Kenali Harris J, Justin Bieber Versi Muslim

Kenali Harris J, Justin Bieber Versi Muslim

Lagu berjudul Salam Alaikum sedikit sebanyak melonjakkan nama Harris J di persada seni hiburan antarabangsa.

Lagu bertemakan kerohanian tersebut bukan sahaja menjadi halwa telinga para penikmat muzik malahan video muziknya turut meraih jutaan tontonan di saluran YouTube.

Ramai yang memuji kelunakan suara dan bakat yang ada pada jejaka kelahiran British ini.

Untuk rekod, bakat nyanyian figura berusia 20 tahun ini dikesan setelah menjuarai Awakening Talent Contest pada tahun 2013.

Selepas itu, anak sulung daripada lima beradik ini dilamar untuk menjadi artis rakaman dibawah label Awakening Record mulai 2015 sehinggalah ke hari ini.

Sekadar info, Harris mula aktif menyanyi sejak berusia 5 tahun lagi dimana telah membuat banyak persembahan di khalayak ramai termasuklah di pertunjukan sekolah dan perhimpunan agama.

Menerusi muzik, pendatang baharu ini dapat berdakwah melalui karya-karya lagunya kepada para peminat di seluruh dunia.

Bahkan, pelantun lagu Rasool’Allah ini baharu sahaja membuat persembahan di Sound Of Peace Live In Kuala Lumpur bersama-sama Ismail Izzani dan As’ad Motawh bertempat di International University Of Malaysia-Wales (IUMW) pada 11 November lalu.

Buat peminat tegar Harris J, jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik penyanyi berbakat ini.

Biodata Ringkas Harris J

Nama Penuh: Harris Jung
Nama Komersil: Harris J
Umur: 20 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 2 Mei 1997
Zodiak: Taurus
Asal: Chelsea, England (British)
Adik Beradik: Anak sulung daripada lima beradik
Kerjaya: Penyanyi & Penulis Lagu
Agama: Islam
Warganegara: British

Lagu/Single: Salam Alaikum, Save Me From Myself, Rasool’Allah, You Are My Life, I Promise, Paradise (duet bersama Jae Deen), Love Who You Are, Worth It (duet bersama Saif Adam), The One, My Hero, Let Me Breathe, Good Life, Eid Mubarak (duet bersama Shujat Ali Khan) dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Harris J

Trivia Menarik Tentang Harris J

1. Mempunyai darah campuran Ireland dan India (belah ayah) serta British dan Jamaica (belah ibunya).
2. Figura ini sangat meminati sukan bola sepak dimana pernah menerima latihan di Chelsea Academy di bawah pasukan junior Chelsea FC ketika berusia 12 tahun.
3. Selain bola sepak, penyanyi remaja ini suka bermain gokart.
4. Selesa menggenakan topi dan memakai t-shirt yang longgar.
5. Ayahnya iaitu Rahim Jung merupakan pemyampai berita di Islam Channel TV di London.
6. Graduan BRIT School of Performing Arts & Technology, London (BRIT School). Untuk info, penyanyin popular antarabangsa iaitu Adele, Jessie J dan Leona Lewis adalah alumni BRIT School.
7. Penyanyi ini turut digelar sebagai ‘The Muslim Justin Bieber’ dan ‘Young Maher Zain’.
8. Tidak menyukai mata pelajaran Matematik.
9. Boleh menghazal 10 juzuk al-Quran.
10. Pernah membintangi sinetron berjudul Salam yang ditayangkan di Indonesia pada 2016.
11. Album sulungnya bertajuk Salam meraih penghargaan Platinum Award dari Warner Music Indonesia.
12. Memiliki lebih 700,000 pengikut di Instagram miliknya.

azlan-150x150 Kenali Harris J, Justin Bieber Versi Muslim

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Harris J #Harris J #harris j 2017 #harris j biodata #harris j family #Harris J Justin Bieber Versi Muslim #harris j salam alaikum #harris j you are my life #harris j youtube #harris songs #Kenali Harris J #Laman Media Sosial Harris J #penyanyi lagu lagu Rasool'Allah #Profil Harris J #Trivia Menarik Harris J

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.