5 Tips Hilangkan Bosan Dalam Kapal Terbang Saat Menempuh Perjalanan Yang Lama

Hilangkan Bosan Dalam Kapal Terbang

Selain bas dan kereta api, kapal terbang merupakan pengangkutan pilihan utama masyarakat kini untuk pulang ke kampung atau pergi bercuti ke luar negara.

Namun, perjalanan yang mengambil masa lebih dua jam ke atas menyebabkan anda mengalami kebosanan di dalam pesawat.

Jangan risau, penulis kongsikan 5 tips mudah hilangkan kebosanan di dalam pesawat supaya dapat mengembalikan semula mood ceria anda. Check it out!

1. Bersembang Dengan Penumpang Lain

Tidak ada salahnya sekira bersembang atau berbicara dengan penumpang lain yang duduk disebelah anda. Buka perbualan dengan sopan dan mesra jika si dia tidak keberatan untuk bersembang dengan anda. Siapa tahu, anda mempunyai selera muzik yang sama atau bertemu rakan kongsi perniagaan yang baru.

2. Tonton Filem

Sekiranya airlines yang dinaiki tidak menyediakan monitor televisyen, anda boleh memuat turun beberapa filem dari komputer riba dan memindahkan ke dalam tablet sebelum menaiki pesawat. Inilah masa yang sesuai untuk menyaksikan filem-filem yang tidak pernah ditonton anda sebelum ini. Pastinya, anda tidak akan kebosanan lagi.

3. Dengar Muzik

Di samping menonton filem, anda juga boleh mengemaskini music playlist dengan memuat turun 20 hingga 30 lagu baharu ke dalam telefon bimbit sebelum berangkat ke destinasi pilihan. Jangan lupa bawa fon kepala untuk mendengar lagu-lagu berkenaan. Sesetengah pesawat menyediakan palam USB untuk kegunaan mengecas telefon bimbit sekiranya kehabisan bateri.

4. Main Games

Jika telefon masih mempunyai ruang simpanan, apakata anda memuat turun beberapa pemainan dari App Store atau Play Store. Anda boleh menghabiskan masa memainkan pelbagai permainan yang menarik dan menyeronokan. Ingat, pilih permainan tidak memerlukan wifi atau data mobile.

5. Tidur

Lastly, tidur akan membantu anda mengurangkan rasa loya dan jet lag. Meskipun tiket kelas ekonomi tidak memberikan keselesaan seperti tilam di rumah, anda boleh beristirehat selama lebih dua jam dengan bantuan ubat anti-mual, cermin mata hitam dan fon telinga.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Cara Mudah Hilangkan Kebosanan Di dalam Kapal Terbang #hilangkan bosan dalam kapal terbang #hilangkan bosan dalam pesawat #isi masa penerbangan yang lama #Saat Menempuh Perjalanan Yang Lama dalam kapal terbang #tips isi masa dalam kapal terbang #Tips Mudah Hilangkan Kebosanan Dalam Pesawat

Panduan Lengkap Menanam Pokok Pisang. Ini Rahsianya!
Pisang adalah tanaman yang termasuk dalam keluarga musaceae, berdaun lebar serta semua bahagian dari tanaman
Petua Hilangkan Parut Jerawat
Jerawat merupakan musuh utama kepada semua orang termasuk lelaki dan wanita. Jerawat akan
12 Petua Terbaik Mencerahkan Kulit Muka Tanpa Kesan Sampingan!
Kebanyakan orang mengaitkan kulit yang cerah dengan kecantikan. Malah, wajah yang cerah juga
Cara Memagar Rumah Dalam Islam Beserta Doa
Berpindah ke rumah baru sama ada rumah sendiri yang dibeli ataupun rumah sewa

Comments are closed.