Top 5 Selebriti Korea Terima Bayaran Tertinggi Bagi Setiap Satu Episod K-Drama!

Bae Su Ji @ Suzy Korea K Drama

Annyeong K-Pop Lovers! Secara umumnya, selebriti-selebriti Korea Selatan memiliki pelbagai bakat yang unik dan tersendiri.

Bukan sahaja boleh menyanyi dan menari malah berbakat dalam seni lakonan. Malah, pendapatan mereka sebagai seorang aktor atau aktres sedikit sebanyak meningkatkan hasil kekayaan masing-masing.

Menerusi portal hiburan Koreaboo.Com, satu komuniti dalam talian di Korea Selatan bernama Instiz baru-baru ini mengeluarkan kenyataan mengenai bayaran idola K-Pop yang sering membintangi K-Drama.

Berdasarkan kenyataan berkenaan, selebriti-selebriti ini menerima bayaran yang sangat hebat dan luar biasa bagi setiap episod yang dibintanginya.

Berikut, ini top 5 selebriti Korea Selatan terima bayaran tertinggi bagi setiap satu episod K-Drama. Take a look!

5. L (Kim Myung Soo)

Kim-Myung-Soo-L-photo-300x300 Top 5 Selebriti Korea Terima Bayaran Tertinggi Bagi Setiap Satu Episod K-Drama!

Ahli kumpulan Infinite iaitu L atau nama lengkapnya Kim Myung Soo berada di tangga kelima menerima bayaran tertinggi bagi setiap satu episod drama yang dibintanginya iaitu sekitar 7 juta Won.

Dikurniakan wajah yang tampan dan bakat yang luar biasa membuat figura ini diburu pengarah dan penerbit untuk menjayakan drama-drama Korea Selatan.

Antara K-Drama yang mengangkat namanya dalam dunia seni lakonan adalah My Lonely Girl, Shut Up Flower Boy Band dan The Emperor : Owner of the Mask.

4.Park Hyung Sik

Park-Hyung-Sik-pictures-300x300 Top 5 Selebriti Korea Terima Bayaran Tertinggi Bagi Setiap Satu Episod K-Drama!

Menduduki tangga keempat sebagai selebriti Korea Selatan yang menerima bayaran tertinggi bagi setiap satu episod K-Drama adalah milik penyanyi dan pelakon popular, Park Hyun Sik. Jejaka berusia berusia 26 tahun ini dibayar sehingga 10 juta Won dalam setiap drama yang dibintanginya.

Anggota boyband ZE: A ini banyak menghiasi layar kaca menerusi drama-drama lakonannya seperti Hwarang, The Theirs, Strong Woman Do Bong Soon, What Happen To My Family?, High Society dan Real Man.

3. Yook Sung Jae

Yook-Sung-Jae-pictures-300x300 Top 5 Selebriti Korea Terima Bayaran Tertinggi Bagi Setiap Satu Episod K-Drama!

Yook Sung Jae atau lebih dikenali sebagai Sungjae merupakan seorang selebriti yang memiliki bakat besar seperti berlakon, menyanyi, pengacara dan menari.

Aktor drama Goblin, Plus Nine Boys dan Who Are You: School 2015 ini menyandang tempat ketiga dengan menerima bayaran sebanyak 10 juta Won sama dengan Park Hyung Sik. Sedar atau tidak, ahli kumpulan BTOB ini sudah empat tahun bergelar sebagai anak wayang.

2. Yoona

yoona-pictures-300x300 Top 5 Selebriti Korea Terima Bayaran Tertinggi Bagi Setiap Satu Episod K-Drama!

Peminat muzik K-Pop pastinya mengenali gadis bernama Yoona ini. Sebelum terjun ke bidang lakonan, si cantik ini adalah anggota kumpulan Girls Generation atau SNSD. Selain Prime Minister And I, figura ini turut berlakon dalam drama Love Rain, The K2, Cinderella Man dan The King In Love.

Populariti Yoona membuatnya berada di posisi kedua sebagai selebriti Korea Selatan menerima bayaran tertinggi bagi setiap satu episod K-Drama lakonannya. Dalam setiap episod yang dijayakannya, anak kelahiran Seoul, Korea Selatan ini dibayar sehingga 20 juta Won.

1. Suzy

suzy-Bae-Su-Ji-korean-actress-photo-300x300 Top 5 Selebriti Korea Terima Bayaran Tertinggi Bagi Setiap Satu Episod K-Drama!

Di tangga pertama sebagai selebriti Korea Selatan menerima bayaran paling tinggi bagi setiap satu episod K-Drama menjadi milik Bae Su Ji atau nama komersilnya Suzy. Dengan bayaran setinggi 20 juta Won, Suzy merupakan satu jenama yang tidak asing lagi dalam persada seni hiburan Korea Selatan.

Sebelum meledak dengan drama-drama lakonannya seperti Dream High, Uncontrollably Fond, Gu Family Book dan While You Were Sleeping, kekasih hati Lee Min Ho ini mencipta nama sebagai anggota girlband terkenal, Miss A.

azlan-150x150 Top 5 Selebriti Korea Terima Bayaran Tertinggi Bagi Setiap Satu Episod K-Drama!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Artis Korea Terkaya Dengan Bayaran Termahal #artis korea termahal #bayaran pelakon drama korea #bayaran pelakon drama korea paling mahal #Bayaran Tertinggi Selebriti Korea Selatan Bagi Satu Epiaod K-Drama #drama korea #pelakon drama korea paling kaya #pelakon korea paling hits #Selebriti Korea Selatan #Top 5 Selebriti Korea Selatan Terima Bayaran Tertinggi Bagi Setiap Satu Episod K-Drama!

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.