5 Barang Peribadi Wanita Yang Berguna Sebagai Alat Pertahanan Diri Ketika Diancam Bahaya!

Pertahanan Wanita

Sejak akhir-akhir ini, kes jenayah semakin meningkat di negara kita. Pelbagai kes jenayah dilaporkan di dada-dada akhbar dan di kaca televisyen tempatan.

Antara kes jenayah yang seringkali berlaku adalah meragut, merompak, mencabul dan merogol dimana kaum wanita seringkali dijadi sasaran mereka yang tidak bertanggungjawab ini.

Sama ada berada di dalam atau luar rumah, aspek keselamatan diri perlu dititikberatkan oleh kita semua lebih-lebih lagi golongan wanita.

Tahukah anda, barangan yang terdapat di dalam beg tangan atau barangan kegunaan harian boleh digunakan oleh wanita sebagai alat untuk keselamatan diri.

Berikut, penulis kongsikan lima barangan wanita yang boleh dijadikan sebagai alat bela diri jika diancam bahaya. Jom kita semak!

1. Jarum Peniti

Jarum Peniti

Jarum peniti yang biasanya digunakan oleh wanita berhijab untuk membetulkan tudung boleh dijadikan sebagai alat bela diri jika mengalami bahaya. Jika ditangkap oleh orang jahat, anda cuma perlu mencucuk jarum peniti dibahagian tangan atau badannya. Walaupun kecil, jarum peniti boleh memberikan kesan yang menyakitkan andai dicucuk dengan kuat.

2. Pengetip Kuku

Nail Clip

Jangan pernah anda persoalkan orang yang membawa pengetip kuku ke mana-mana sahaja sama ada di poket seluar atau beg tangan. Hal ini kerana, pengetip kuku sangat bermanfaat ketika anda diancam bahaya. Sebagai contoh, anda boleh menggunakan pisau yang terdapat pada pengetip kuku untuk memotong tali jika diikat oleh penjahat atau mencederakan penjahat untuk cubaan melarikan diri ke kawasan selamat.

3. Minyak Wangi

Perfume Spray

Bukan sahaja dapat menyegarlan kembali tubuh badan si pemakai, minyak wangi juga berfungsi sebagai alat untuk keselamatan diri. Dengan sedikit semburan di bahagian mata, anda boleh menyelamatkan diri dari orang jahat yang cuba mendekati dengan tiba-tiba.

4. Kasut Tumit Tinggi

Kasut Tumit Tinggi

Siapa kata kasut tumit tinggi atau high heels hanya sesuai digunakan oleh wanita untuk berfesyen. Kalau nak tahu, kasut jenis ini mampu menumpahkan orang jahat jika anda diancam bahaya. Dibanding wedges, high heels jauh lebih menyakitkan dan meninggalkan luka ringan jika dibaling kepada orang jahat. Hebat bukan!

5. Payung

Payung

Sama ada hujan atau tidak, payung mesti dibawa kerana boleh menjadi penyelamat tanpa diduga buat anda saat dilanda bahaya. Tanpa sebarang alatan bela diri, anda boleh memukul orang jahat dengan menggunakan payung. Dengan menggunakan payung, mampu menyelamatkan diri anda.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #alat bela diri wanita #Alat Pertahanan Diri Ini DiMiliki Wanita Tanpa Disedari #alat pertahanan diri yang legal #barang peribadi wanita #Jaga Keselamatan Diri Dengan Barangan Wanita #senjata rahasia untuk jaga diri #Tips Keselamatan Diri Buat Wanita

Rahsia Cantik Katrina Kaif? Ikuti 5 Petua Kecantikan Ini!
Katrina Kaif, satu bintang yang semakin bersinar terang di dunia seni hiburan Bollywood.
5 Golongan Manusia Akan Anda Temui Di Instagram!
Selain Facebook dan Twitter, Instagram merupakan salah satu aplikasi media sosial popular di
Cara Meredakan Demam Jika Anda Tidak Ke Klinik
Bilakah kali terakhir anda demam? Bila seseorang demam, badan menjadi lemah dan kebanyakan
Rahsia Kecantikan Nelydia Senrose Yang Perlu Anda Cuba!
Sedar atau tidak, aktres cun bernama Nelydia Senrose ini sudah 10 tahun bergelar

Comments are closed.