Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Pekerjaan Selebriti Sebelum Popular

Tiada jalan pintas untuk menuju pintu kejayaan. Sebagai manusia, kita perlu menempuh pelbagai pengalaman pahit manis bagi mengapai impian masing-masing.

Begitu juga keadaan yang dialami oleh bintang Hollywood kita ini. Sebelum dikenali dan terkenal, mereka pernah melalui bermacam-macam pekerjaan yang jauh dari bidang seni hiburan.

Penasaran? Jom kita semak apa pekerjaan yang dilakukan oleh 7 selebriti Hollywood ini sebelum popular.

1. Andrew Garfield

andrew_garfield-2017-photo-300x300 Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Sebelum terjun ke dunia seni lakon, Andrew Garfield ini pernah bekerja sebagai barista di sebuah kafe minuman. Ketika berusia 17 tahun, mantan superhero Spiderman ini berpindah dari Surrey ke London untuk mencari pekerjaaan di sana. Walaupun kebanyakan orang London tidak meminum coffee, tetapi figura kacak ini menikmati pekerjaannya tersebut.

2. Harry Styles

harry-styles-2017-photo-300x300 Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Harry Styles pernah bekerja di kedai roti selama dua tahun setengah. Itulah pekerjaan pertamanya sebelum menyertai program realiti X-Factor 2010 dan bergabung bersama boyband popular, 1 Direction.

3. Carly Rae Jepsen

Carly-Rae-Jepson-2017-photo-300x300 Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Sama seperti Andrew Garfield, pelantun lagu Call Me Maybe ini pernah bekerja sebagai barista dan pelayan restoran. Malah, Carly Rae Jepsen sempat menjadi chef pastri sebelum bergelar seorang penyanyi popular masa kini. Paling menarik, figura ini mampu membuat lapan cheesecakes sekaligus. Hebat bukan!

4. Neyo

neyo-2017-photo-300x300 Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Juri World Of Dance ini pernah bekerja di restoran makanan segera iaitu McDonald. Namun, Neyo hanya mampu bertahan selama dua minggu sahaja kerana memasak kentang goreng terlalu masin. Kini, beliau merupakan salah seorang penyanyi yang disegani dan mempunyai ramai peminat di luar sana.

5. Megan Fox

megan-fox-2017-photo-300x300 Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Selain mempunyai rupa paras yang cantik, Megan Fox turut memilik tubuh badan yang langsing dan seksi. Kamu pasti tidak menyangka bahawa bintang filem Transformers dan Teenage Mutant Ninja Turtle ini pernah bekerja dalam balutan kostum pisang di kedai minuman jus.

6. Pink

pink-singer-2017-photo-300x300 Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Pink atau nama lengkapnya Alicia Beth Moore merupakan penyanyi tersohor antarabangsa serta menerima pelbagai anugerah dan penghargaan seperti Grammy Awards dan MTV Awards. Disebalik kejayaannya, wanita berusia lewat 30-an ini pernah bertugas di restoran makanan segera dan dipecat akibat tidak cekap ketika bekerja. Dek kerana menumpahkan bahan berbahaya di restoran berkenaan, Pink dibuang setelah 90 minit diterima bekerja.

7. Brad Pitt

brad-pitt-2017-photos-actor-300x300 Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Ketika mengejar cita-citanya sebagai bintang filem, bekas suami Angelina Jolie ini sempat bekerja sebagai pemandu limosin untuk penari-penari eksotik dan menjadi maskot ayam di sebuah restoran makanan segera bernama El Polo Loco.

 

azlan-150x150 Ini Pekerjaan 7 Selebriti Hollywood Sebelum Popular

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Andrew Garfield #brad pit #Carlyn Rae Jepsen #Harry Styles #megan fox #neyo #Pekerjaan 7 Artis Hollywood Sebelum Popular #Pekerjaan Artis Hollywood Sebelum Terkenal #Pekerjaan Asal Selebriti Hollywood Sebelum Popular #pink

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.