Drama Samudera Rindu

Azhan Rani Dan Dynas Mokhtar

Drama berjudul Samudera Rindu

Drama bersiri berjudul Samudera Rindu akan ditayangkan di slot Azalea TV9. Drama terbitan Suhan Movies itu diarahkan oleh Amor Rizan.

Drama ini mengisahkan hubungan seorang gadis muda, Atirah (Eyra Hazali) dengan ibunya, Nadia (Dynas Mokhtar) yang menghidap penyakit kemurungan selepas kehilangan anak sulungnya. Atirah ialah seorang gadis yang cantik dan pandai serta patuh pada orang tuanya. Walaupun dia tahu keadaan ibunya, dia tetap menghormati Nadia sebagai ibunya. Kehidupan Atirah tidaklah mewah seperti rakan karibnya, Eliza. Zainal (Azhan Rani), ayahnya pula kerap tukar pekerjaan kerana keadaan isteri tercintanya, Nadia.

Atirah dilahirkan dengan harapan dapat mengurangkan kemurungan Nadia, tetapi harapan itu hanya menjadi angan-angan sahaja. Nadia tetap berada di dalam dunianya sendiri sahaja, sehinggakan lupa untuk menjaga Atirah. Bagi Zainal, Atirah adalah satu-satunya anaknya dengan isteri kesayangannya, dan sudah menjadi tanggungjawabnya untuk menjaga Atirah.

Atirah menjadi rakan baik dengan ibunya. Perangai Nadia berubah menjadi kebudak-budakan seperti Atirah. Walaupun Zainal sedih melihat keadaan Nadia, tetapi dia tetap bahagia kerana merekalah ahli keluarga yang menjadi dorongannya. Zainal tidak pernah melupakan cinta kepada isterinya mahupun mempunyai niat untuk menghantar Nadia ke hospital.

Lama kelamaan, Atirah telah berjaya menyambung pelajaran ke menara gading. Dia mula berasa penat untuk melayan karenah ibunya. Dia juga berasa malu untuk mengaku dengan kehadiran ibunya yang tidak waras itu. Apatah lagi Atirah mula berkawan dengan Eizaril, seorang pemuda yang baik hati.

Akhirnya, Nadia dihantarkan ke hospital untuk rawatan. Walaupun berat hati Zainal untuk berbuat demikian, tetapi ia adalah cara yang terbaik buat Nadia. Pada masa yang sama, Zainal juga mula rapat dengan rakan sekerjanya, Siti (Watie Sadali) yang sentiasa memberi kegembiraan yang kian lama tidak diisi. Adakah Nadia berjaya dirawat dengan sepenuhnya? Apakah bahagia akan tiba setelah Zainal, Nadia dan Atirah hidup menderita sekian lama?

Drama ini membariskan pelakon seperti Dynas Mokhtar, Eyra Hazali, Azhan Rani, Hafeez Mikail, Watie Sadali, Alif Hadi, Emely Hanif, Efa Mareesja, Shahrul Afizie

Ringkasan drama :

Watak Utama : Azhan Rani (Zainal), Dynas Mokhtar (Nadia), Eyra Hazali (Athirah)
Judul : Samudera Rindu
Jumlah Episod : 20
Tahun : 25 September 2016
Siaran : Slot Azalea TV9
Pengarah : Amor Rizan
Terbitan : Suhan Movies & Trading
Lagu Tema OST : Melankoli – Azlan And The Typewriter

azhan-rani-dan-dynas-mokhtar-150x150 Drama Samudera Rindu pelakon-drama-samudera-rindu-tv9-150x150 Drama Samudera Rindu TV9-Samudera-Rindu-150x150 Drama Samudera Rindu watak-dalam-drama-samudera-rindu-150x150 Drama Samudera Rindu

Loading...

Tags: #azhan rani #Drama Samudera Rindu #drama tv3 tv9 #dynas mokhtar #eyra hazali #gambar pelakon sanudera rindu #pelakon Drama Samudera Rindu #sinopsis Drama Samudera Rindu #slot azalea Drama Samudera Rindu

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Samudera Rindu"