Drama Isteri Tuan Ihsan

Aaron Aziz Dan Amyra Rosli Isteri Tuan Ihsan

Drama berjudul Isteri Tuan Ihsan

Nantikan drama di Astro Ria bertajuk Isteri Tuan Ihsan. Sebuah drama adaptasi novel karya Sara Kyoko. Diarahkan oleh Raja Ahmad Alauddin, terbitan Global Station Sdn Bhd. Drama bersiri 20 episod itu diterajui oleh Aaron Aziz dan Amyra Rosli.

Drama ini berkisahkan Seroja Irdina, gadis remaja mebesar di kota. Hidupnya tampak mudah. Siang dia seorang pelajar universiti, malam dia ke kelab malam untuk berhibur bersama teman-teman. Berbusana moden bak artis Hollywood dan bertas tangan berjenama. Bergaya dan dunianya penuh warna-warni. Namun, tidak siapa yang tahu perang di jiwanya.

Tuan Ihsan, si kaya-raya yang terlajak usia. Hidupnya bergelumang dengan kisah lama yang penuh duka. Duka itu akhirnya menjadi kepompong menyaluti diri, menghindar hati untuk jatuh cinta lagi. Dunianya hanya ada warna hitam dan putih. Putih untuk, ya. Hitam untuk, tidak. Harta dan kejayaan yang dimiliki, malangnya tidak mampu menafikan jiwanya.

Sekeping wasiat dan satu amanah menjadi titik pertemuan antara dua insan yang berbeza. Tuan Ihsan dipertemukan dengan Seroja Irdina, gadis yang diamanahkan untuk dijaga oleh ibu seroja (Imaninah) selepas meninggal dunia. Ibu seroja, Imaninah merupakan bekas gadis istimewa Tuan Ihsan pada masa lalu. Seroja yang hidup sebatang kara memulakan hidup baru di banglo mewah Tuan Ihsan.

Apabila dua dunia bertembung, mampukah si diva sengal semarakkan warna-warni cinta ke atas kanvas hitam dan putih hati si pak cik tua? Mampukah satu persoalan mudah dijawab si pak cik tua kalau maruah seorang Seroja perlu dibela? Dan dapatkan Seroja Irdina mendakap jawatan idaman menjadi hak milik kekalnya?

Antara pelakon yang dibarisi oleh drama ini adalah seperti Aaron Aziz, Amyra Rosli, Harris Baba, Gambit Saifullah, Mardiana Alwi, Nazia Mustafar, Livonia Ricky, Qazem Nor, Ruzana Ibrahim

Ringkasan drama :

Watak Utama : Aaron Aziz (Tuan Ihsan), Amyra Rosli (Seroja Irdina)
Judul : Isteri Tuan Ihsan
Jumlah Episod : 20
Tahun : 2016
Siaran : Astro Ria 104 & Astro Ria HD 123
Pengarah : Raja Ahmad Alauddin
Terbitan : Global Station Sdn Bhd

aaron-aziz-dan-amyra-rosli-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan drama-Isteri-Tuan-Ihsan-2016-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan Isteri-Tuan-Ihsan-drama-Isteri-Tuan-Ihsan-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan Isteri-Tuan-Ihsan-drama-tv-2016-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan Isteri-Tuan-Ihsan-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan novel-Isteri-Tuan-Ihsan-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan pelakon-drama-Isteri-Tuan-Ihsan-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan rambut-aaron-aziz-tuan-ihsan-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan watak-amyra-rosli-Isteri-Tuan-Ihsan-150x150 Drama Isteri Tuan Ihsan

Loading...

Tags: #aaron aziz #amyra rosli #Drama Isteri Tuan Ihsan #harris baba #kisah drama Isteri Tuan Ihsan #pelakon drama Isteri Tuan Ihsan #sinopsis Isteri Tuan Ihsan #watak dalam Isteri Tuan Ihsan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Isteri Tuan Ihsan"