Drama Rintihan Nek Mis

Nek Mis

Drama berjudul Rintihan Nek Mis

Produksi Primeworks Studios membawakan drama terbaru untuk slot Azalea berjudul Rintihan Nek Mis. Drama bersiri 20 episod itu diarahkan oleh Amie Maziah. Disiarkan di kaca TV bermula 23 Ogos 2016, setiap hari Selasa hingga Ahad jam 8.30 malam di TV9 dan ulangannya di TV3.

Drama ini mengisahkan hubungan seorang nenek terhadap cucu kesayangannya. Oleh kerana kesibukan bekerja, Helmi dan Shida menyerahkan anaknya, Karmila kepada Nek Mis untuk dijaga. Hubungan Nek Mis dan Karmila sangat rapat, tetapi pada suatu hari, Helmi didapati mati lemas semasa memancing. Manakala isterinya, Shida telah berpindah ke rumah bapanya, Encik Ismail dan membawa Karmila dengannya. Permintaan Nek Mis untuk berjumpa dengan cucunya dilarang oleh Encik Ismail. Encik Ismail tidak suka kepada Nek Mis, kerana perkahwinan Shida dan Helmi dulu tidak direstui olehnya. Dia juga menuduh Nek Mis kerana Shida menjadi janda pada usia yang muda.

Nek Mis melakukan pelbagai cara untuk berjumpa dengan cucunya malah dia juga menuntut hak penjagaan ke atas Karmila, sehingga membawa perkara tersebut ke mahkamah. Walau bagaimanapun, ada sahaja cabaran yang harus diharungi oleh Nek Mis tetapi Nek Mis tidak pernah berputus asa berusaha untuk bertemu kembali dengan cucu kesayangannya.

Tidak lama selepas pemergian suaminya, Shida menjalinkan hubungan cinta bersama Haikal, yang merupakan Penyelia Tapak di syarikat pembinaan bapanya. Perhubungan ini direstui oleh Encik Ismail kerana En Ismail amat mempercayakan Haikal. Lama kelamaan, Shida mula mengabaikan tanggung jawabnya terhadap Karmila.

Nek Mis tidak berputus asa untuk menuntut hak penjagaan dan mengambil Karmila untuk tinggal bersamanya. Pada suatu hari, Karmila pergi menghilangkan diri dan apakah tindakan Nek Mis dalam menangani kes kehilangan Karmila ini?

Di antara barisan pelakon untuk terlibat dengan drama ini ialah seperti Normah Damansuri, Faye Kusairi, Hanna Aqeela, Duerra Mitilda, Idzham Ismail, Sharifah Shahora, Ryzal Jaafar, Rahim Jailani, Faiez Affandi, Fatin Nadiah

Ringkasan drama :

Watak Utama : Normah Damansuri (Nek Mis), Duerra Mitilda (Karmila), Hanna Aqeela (Rashida Ismail@Shida)
Judul : Rintihan Nek Mis
Jumlah Episod : 20
Tahun : 23 Ogos 2016
Siaran : Slot Azalea TV3 TV9
Pengarah : Amie Maziah
Terbitan : Primeworks Studios Sdn Bhd

drama-Rintihan-Nek-Mis-150x150 Drama Rintihan Nek Mis hana-aqeela-pakai-tudung-Rintihan-Nek-Mis-150x150 Drama Rintihan Nek Mis pelakon-Rintihan-Nek-Mis-150x150 Drama Rintihan Nek Mis Rintihan-Nek-Mis-drama-TV-150x150 Drama Rintihan Nek Mis senarai-pelakon-Rintihan-Nekmis-150x150 Drama Rintihan Nek Mis

Loading...

Tags: #Drama Rintihan Nek Mis #gambar pelakon Drama Rintihan Nek Mis #hanna aqeela #jalan cerita Drama Rintihan Nek Mis #pelakon Drama Rintihan Nek Mis #sinopsis Drama Rintihan Nek Mis #slot azalea #watak dalam Drama Rintihan Nek Mis

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Rintihan Nek Mis"