Drama Lara Aishah

Lara Aishah Nazim Dan Fasha Sanda

Drama berjudul Lara Aishah

Drama Lara Aishah adalah terbitan Global Station Sdn Bhd dan diarahkan oleh pengarah Muhamad Riza Baharudin, skrip Adzim Shahabudin. Drama ini adalah adaptasi dari telenovela Mexico, La Loba yang ditayangkan pada tahun 2010.

Drama ini berkisahkan seorang wanita iaitu Aishah yang berjuang menyelamatkan pasar tempatan daripada dirobohkan dan bekas banduan bernama Zurin yang ingin mencari anak kandungnya. Zurin dipenjara di luar negara atas kesalahan yang tidak dilakukannya dan semua itu dirancang ibu mentuanya. Apabila dibebaskan dia dapat tahu anaknya diculik ketika kecil masih hidup dan nekad untuk membalas dendam. Sementara itu, Aishah dibesarkan Muiz dalam serba kekurangan. Dia bekerja di pasar dan terkenal dengan sikap keras hati. Apabila mengetahui pasar itu bakal diambil alih, Aishah bertekak dengan Datuk Alif, anak pemilik premis itu.

Pergaduhan mereka juga menemukan Aishah dengan Iskandar, waris keluarga mentua Zurin. Iskandar menipu Aishah dengan menyatakan dia hanya mekanik yang miskin. Perkenalan itu membuahkan bibit cinta di antara mereka. Dalam masa sama, keluarga Iskandar mahu menyatukan jejaka itu dengan Felisha dan sanggup melakukan apa saja untuk memusnahkan Aishah. Kehadiran bekas kekasih Aishah merumitkan lagi keadaan.

Drama cinta ini dibintangi oleh pelakon-pelakon seperti Fasha Sandha, Nazim Othman, Eizlan Yusof, Dian P.Ramlee, Shah Jaszle, Ainul Aishah, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Janet Khoo, Sasqia Dahuri, Zamarul Hisham, Wati Elite, Maria Farida, Shah Reza, Dayana Roza, Afzan Abdul Rahman, Fadil Dani Mia Nasir dan Aedy Ashraf.

Ringkasan drama :

Watak Utama : Fasha Sandha (Aishah), Nazim Othman (Iskandar)
Judul : Lara Aishah
Jumlah Episod : 100
Tahun : 29 Ogos 2016
Siaran : Astro Prima 105 dan Maya 135
Lagu Tema / OST : Dirgahayu – Faizal Tahir dan Dato’ Siti Nurhaliza

diyana-roza-lara-aishah-2016-150x150 Drama Lara Aishah

drama-lara-aishah-2016-150x150 Drama Lara Aishah

drama-lara-aishah-fasha-sandha-150x150 Drama Lara Aishah

nazim-othman-dan-fasha-sandha-lara-aishah-150x150 Drama Lara Aishah

senarai-pelakon-lara-aishah-150x150 Drama Lara Aishah

Pelakon-drama-Lara-Aishah-prima-astro-150x150 Drama Lara Aishah

Pelakon-Lara-Aishah-2016-150x150 Drama Lara Aishah

logo-150x150 Drama Lara Aishah

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Drama Lara Aishah

Loading...

Tags: #cerita lara aishah #fasha sandha lara aishah #gambar lara aishah #lagu tema drama lara aishah #nazim othman lara aishah #pelakon drama lara aishah #senarai pelakon lara aishah #sinopsis drama lara aishah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Drama Lara Aishah"