Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!

Cara Menyediakan Baja NPK Organik Larut Untuk Tanaman Skala Kecil Di Rumah

Apakah baja NPK? Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus Von Liebig seorang saintis Jerman. Beliau mengatakan bahawa asas kepada kesuburan sesuatu tanaman itu bergantung kepada kadar Nitrogen (N), Phosphorus (P) dan Kalium (K-potasium).

Ketiga-tiga unsur tersebut merupakan komponen penting untuk pertumbuhan tanaman dimana N adalah untuk kehijauan daun (Green Foliage), P untuk Akar Subur (Strong Root) dan K untuk pembesaran tanaman (Healthy growth).

Secara amnya, baja ini tergolong dalam kategori baja kimia. Ramai salah anggap bahawa baja kimia buruk untuk tanaman. Sebenarnya tidak. Baja kimia tidak memberi kesan buruk kepada tanaman. Kesan buruk adalah kepada alam sekitar apabila baja kimia kerap digunakan ke atas tanah. Oleh sebab itu, penanaman cara organik menjadi pilihan masyarakat masa kini.

NPK hijau mengandungi peratus unsur NPK seimbang. Nombor 15-15-15 mewakili peratus unsur yang terkandung dalam butiran baja itu. Jangan silap menyangka 15-15-15 itu sebagai nisbah. Jika nisbah sudah lama pengeluar baja menulis 1:1:1.

Baja ini sangat sesuai digunakan untuk penanaman sayur-sayuran. Peratus yang stabil ini dapat menggalakkan sayur tumbuh dengan sihat. Ini berbeza dengan baja NPK biru yang lebih sesuai untuk penanaman pokok buah.

Kita boleh gunakan baja ini dalam tanaman terutama kepada tanaman dalam pasu. Masukkan baja berdasarkan jumlah yang disarankan pada paket pembelian. Jangan terlebih kerana akan menyebabkan media tanah menjadi masin yang boleh menyebabkan pokok layu dan seterusnya mati.

Namun demikian, terdapat kaedah lain menghasilkan baja NPK daripada unsur organik yang menggunakan bahan-bahan sisa makanan yang pasti tiada penglibatan bahan kimia langsung. Teknik ini adalah terbaik bagi mereka yang mengamalkan penanaman pokok secara organik, bebas bahan kimia.

Cara menghasilkan baja NPK larut dengan bahan semulajadi

Bahan-bahan untuk 1 liter baja

  • Kulit telur (dibersihkan) 8 keping dan diramas hancur.
  • Kulit pisang 6 helai dan dihiris halus.
  • Hampas kopi.
  • 1 liter air biasa.

Cara menyediakan :

  • Campurkan kesemua bahan-bahan tadi bersama sedikit air dan gunakan blender atau pengisar elektrik di rumah.
  • Masukkan air sehingga selesai dan kisar sehancur mungkin.
  • Cecair ini boleh dicampurkan dengan air.
  • Cara menggunakannya ialah dengan nisbah 1:4.
  • Siramkan dibahagian akar pokok secara berkala.

Anda pasti akan melihat perubahannya selepas 2 minggu. Harus diingatkan bahawa kesan baja NPK organik ini adalah lebih perlahan daripada baja NPK kimia. Apa yang pasti, tanaman anda selamat daripada bahan kimia yang merosakkan. Selamat mencuba!

logo-150x150 Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!

Loading...

Tags: #Apa itu NPK #apakah baja npk #Apakah itu baja NPK #baja npk #baja NPK larut #baja npk organik #buat baja npk DIY #cara buat baja npk #cara buat baja sendiri #DIY baja NPK #fungsi baja npk #kegunaan baja npk #Kegunaan Baja NPK Hijau #tanam sayur #tanam sayur di rumah #tanaman cara organik #tanaman organik

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.