5 Kebaikan Yang Diperolehi Anda Jika Kurangkan Pengambilan Garam Dalam Makanan!

Kebaikan Kurang Garam Dalam Masakan

Selain gula, garam juga seringkali digunakan dalam pelbagai bahan masakan dan makanan.

Sekiranya garam digunakan secara berlebihan, ia boleh mengundang beberapa penyakit yang serius dan memudaratkan kesihatan.

Namun, terdapat banyak manfaat yang sihat jika anda mengurangkan pengambilan garam dalam kehidupan seharian kita.

Dipetik dari laman detikFood, ini 5 kebaikan yang diperolehi anda jika mengurangkan pengambilan garam dalam makanan.

1. Turunkan Berat Badan

Sama ada mengurangkan pengambilan atau tidak mengambil langsung garam dalam pemakanan telah terbukti menjadi diet yang paling berkesan dalam mengurangkan berat badan secara semula jadi. Bukan sahaja sangat bagus untuk kesihatan diri malah boleh menghapuskan lemak dengan cepat sehingga dapat menurunkan berat badan secara drastis.

2. Lindungi Tubuh Dari Sebarang Penyakit

Percaya atau tidak, ketahanan tubuh badan seseorang dari segala penyakit semakin baik sekiranya mengurangkan pengambilan garam terutamanya kanser. Pakar menyatakan bahawa makanan yang mengandungi garam boleh membawa pelbagai penyakit berbahaya dan boleh membawa maut seperti kanser perut dan penyakit buah pinggang (kerosakan buah pinggang).

3. Terhindar Dari Penyakit Strok

Seterusnya, anda boleh mengelakkan diri daripada penyakit strok jika mengurangkan pengambilan atau tidak mengambil garam sama sekali dalam makanan harian. Sebab kenapa seseorang mudah terkena strok adalah kerana kadar garam yang tinggi di dalam tubuh sekaligus meningkat tekanan darah. Dengan menjauhi pengambilan garam, tekanan darah kembali normal dan otak anda semakin aktif.

4. Menjaga Kesihatan Tulang

Untuk info, pengambilan garam terlalu banyak akan memusnahkan kalsium pada tulang yang boleh menyebabkan Osteoporosis. Oleh itu, pengurangan pengambilan garam dapat membantu anda hidup lebih lama khususnya buat mereka yang berumur dan lanjut usia.

5. Meningkatkan Tenaga

Walaupun kedengaran agak aneh tetapi sebenarnya jika anda tidak mengambil atau memakan garam ianya membantu menjadikan anda lebih aktif, sihat dan bertenaga.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #garam dalam makanan #garam dalam masakan #kebaikan kurang garam dalam masakan #Kebaikan Kurangkan Pengambilan Garam #Manfaat Kesihatan Disebalik Kurangkan Pengambilan Garam

Cara Membina Kolam Hiasan Di Laman Rumah, Simple & Cantik!
Membina sebuah kolam hiasan sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Cara Membuat Media Tanaman Ringkas Untuk Tanaman
Media tanaman adalah salah satu komponen penting dalam bidang pertanian. Media tanaman digunakan
Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!
Apakah baja NPK? Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus
Cara Mengenali Karakter Seseorang Melalui Gaya Berjalan!
Banyak cara yang dapat dilakukan untuk membaca karakter seseorang. Salah satunya adalah melihat

Comments are closed.