Kenali Nazirul Mubin, Pelakon Baharu Yang Semakin Dikenali

Nazirul Mubin, Pelakon Baharu Yang Semakin Dikenali

Nama Nazirul Mubin mungkin tidak sepopular Fattah Amin, Shafiq Kyle, Saharul Ridzwan dan Alvin Chong namun bakat lakonan yang dimilikinya tidak boleh dipandang sebelah mata.

Biarpun masih hijau di arena lakonan, wajah Nazirul atau nama sebenarnya Muhammad Nazirul Ahmad Fauzi sudah banyak menghiasi drama-drama Melayu seperti Abang Bomba I Love You, Tauke Jamu, Cinta Bersegi-Segi dan Lara Cinta Ameena.

Meskipun dikurniakan rupa paras yang kacak dan mempunyai ketinggian seorang peragawan, anak kelahiran Pulau Pinang ini mahu dikenali khalayak menerusi bakatnya.

Sebelum terjun ke dunia lakonan, jejaka berusia 27 tahun ini berjinak-jinak di pentas peragaan dan iklan komersil.

Untuk pengetahuan para pembaca, Nazirul merupakan juara program Mister Planet Malaysia (MPM) 2016.

Berikut, penulis kongsikan ringkasan biodata dan trivia menarik pemuda berbintang Cancer ini.

Biodata Ringkas Nazirul Mubin

Nama Penuh: Muhammad Nazirul Ahmad Fauzi
Nama Komersil: Nazirul Mubin
Umur: 27 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 29 Jun 1990
Zodiak: Cancer
Asal: Pulau Pinang
Adik Beradik: Anak sulung daripada lima beradik
Kerjaya: Pelakon & Model
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Cinta Bersegi-Segi, Abang Bomba I Love You, Kak Mar Raya, Lara Cinta Ameena, Cinta Sang Rembulan, Imamkan Aku, Tauke Jamu dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Nazirul Mubin

Trivia Menarik Tentang Nazirul Mubin

  • Turut mewakili negara ke pertandingan Mr Global 2017 yang telah diadakan di Chiang Mai, Thailand pada Mei lalu.
  • Figura kacak ini adalah graduan jurusan Pengurusan Pembinaan Kejuruteraan Awam dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai, Johor.
  • Ciri-ciri gadis pilihannya adalah seorang yang kelakar, tidak cemburu buta, memahami dan boleh tangani tekanan stres.
  • Drama Kak Mar Raya adalah projek seni pertamanya dalam bidang lakonan dan memperkenalkan namanya sebagai seorang pelakon.
  • Dikurniakan sepasang mata berwarna coklat yang menjadi daya penarik buat dirinya.
  • Sangat mengagumi dua pelakon hebat tanah air iaitu Datuk Rosyam Nor dan Fauziah Nawi.
  • Aktif berlakon teater sejak di bangku sekolah lagi.
  • Nazirulism merupakan nama kelab peminat pelakon baharu ini.
  • Pernah menuntut di Sekolah Menengah Teknik Batu Lancang yang kini dikenali sebagai Kolej Vokasional Batu Lancang, Pulau Pinang.
azlan-150x150 Kenali Nazirul Mubin, Pelakon Baharu Yang Semakin Dikenali

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Nazirul Mubin #ciri gadis pilihan nazirul mubin #Images for Nazirul Mubin #Juara Mister Planet Malaysia 2016 #Kenali Nazirul Mubin #Nazirul Mubin #nazirul mubin instagram #Nazirul Mubin Juara Mister Planet Malaysia 2016 #Nazirul Mubin Profile #Profil Nazirul Mubin

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.