Shenty Feliziana, Host Cantik Kelahiran Singapura

Shenty Feliziana, Host Cantik Kelahiran Singapura

Jika anda penonton setia program HLive! terbitan Astro Ria 104, pastinya mengenali bekas pengacaranya iaitu Shenty Feliziana.

Mula mengendalikan program hiburan berkenaan sejak Mei 2015, anak jati Bukit Panjang, Singapura ini akhirnya mengundurkan diri pada 18 Mac 2017 lalu.

Di samping HLive!, figura cantik ini juga pernah mengemudi beberapa rancangan di Astro seperti Alternatif, CCTV dan Bonda Bonding.

Shenty atau nama lengkapnya Shenthy Feliziana Sudirman kini mengendalikan sebuah program terbaru berjudul Manja bersama Fadhli Abdullah yang disiarkan di saluran Suria (MediaCorp).

Selain berbakat di dunia pengacaraan, wanita berusia 28 tahun juga aktif dalam bidang lakonan sama ada di layar kaca mahupun layar perak. Antara drama dan telefilem lakonannya adalah Akadku Yang Terakhir, DO(s)A, Padamu Aku Bersujud, Apa Celop Top dan Rahsia Malam Syawal.

Paling menarik, aktres ini baharu sahaja mengikat tali pertunangan dengan aktor tampan Indonesia bernama Reuben Elishama pada 8 Disember lalu.

Buat tatapan para pembaca, apakata kita berkenalan lebih dekat dengan wanita berbintang Leo ini.

Biodata Ringkas Shenty Feliziana

Nama Penuh: Shenthy Feliziana Sudirman
Nama Komersil: Shenty Feliziana
Umur: 28 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 18 Ogos 1989
Zodiak: Leo
Asal: Bukit Panjang, Singapura
Kerjaya: Pelakon, Pengacara, Penerbit, Penyanyi & Usahawanita
Agama: Islam
Bangsa: Melayu Singapura
Warganegara: Singapura

Drama/Telefilem: Padamu Aku Bersujud, DO(s)A, Walimah, 9 Nyawa, Rahsia Malam Syawal, Naluri Ayah, Akadku Yang Terakhir, Apa Celop Top, Hanya Dengan Bismillah, Syukur Allah dan banyak lagi.

Filem: Mael Lambong, Mat Motor, Romeo Kota & Cinta Atas Tar.

TV Show: HLive!, Alternatif, Manja, Hello Banjaran, Bonda Bonding dan CCTV.

Laman Media Sosial Shenty Feliziana

Trivia Menarik Tentang Shenty Feliziana

  • Shenty merupakan bekas ahli kumpulan nyanyian dan menari, DynDa yang ditubuhkan oleh Cat Farish sekitar 2010 di mana popular dengan lagu AMPM dan Babe…Hanya Kamu.
  • Kalau anda nak tahu, Shenty pernah berkhidmat sebagai pramugari di Singapura Airlines.
  • Beliau juga pernah menjayakan beberapa teater seperti Teater Gerimis Mengundang dan Teater Anjung Adat.
  • Figura cantik molek ini turut menyertai program mencari bakat penyanyi berkumpulan terbitan Astro, The Band pada 2014.
  • Selain menyanyi dan menari, Shenty juga gemar beriadah dan melancong jika ada masa terluang.
  • Bercita-cita ingin menjadi seorang guru ketika masih kanak-kanak.
  • Roti Prata, Maggi Goreng serta Teh Ais adalah makanan dan minuman kegemarannya.
  • Penyanyi kegemarannya adalah Dato’ Seri Siti Nurhaliza, Anuar Zain dan Marc Anthony.
  • Berkawan baik dengan Nina Nadira, Shalma Ainaa, She Nabilla dan Syamin Farid.
  • Pernah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon berbakat, Syazwan Zulkifli sebelum berpisah akibat dipukul oleh aktor berkenaan beberapa tahun lalu.
  • Turut menjalankan bisnes berasaskan body mist dan essential cream dibawah jenama Dear Bunda.
  • Shenty Feliziana FC atau ShenShine adalah nama kelab peminat pengacara ini.
  • Sehingga kini, figura ini mempunyai hampir 60,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Shenty Feliziana, Host Cantik Kelahiran Singapura

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #biodata shenthy feliziana #Biodata Shenty Feliziana #Kenali Shenty Feliziana #Profile Shenty Feliziana #shenthy feliziana #shenthy feliziana kahwin #shenthy feliziana seksi #Shenty Feliziana #Shenty Feliziana Bekas Host HLive! #Shenty Feliziana Profile #Trivia Menarik Shenty Feliziana

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.