5 Rumah TERBALIK Popular Di Malaysia Jadi Tarikan Pelancong!

The Most Popular Rumah Terbalik Malaysia

Malaysia kaya dengan pelbagai budaya serta destinasi pelancongan yang menarik dan popular.

Selain kemakmuran masyarakat yang berbilang bangsa dan agama, negara ini juga terkenal dengan keindahan pulau-pulau serta makanan tradisional yang dipelihara sejak nenek moyang lagi.

Seperti di negara-negara luar, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam mewujudkan daya tarikan pelancongan baharu iaitu rumah terbalik yang mempunyai keunikkan tersendiri.

Ternyata, kewujudan rumah terbalik ini menerima respon positif dari para pelancong tempatan dan antarabangsa.

Berikut, penulis senaraikan 5 rumah terbalik popular di Malaysia buat tatapan pembaca.

1. The Upside Down House Of Borneo

Foto Rumah Terbalik The Upside Down House In Borneo!

Rumah terbalik ini merupakan salah satu daya tarikan di Tamparuli, Sabah dimana telah beroperasi sejak 1 Februari 2012 lalu.

Untuk info, keluasan rumah ini adalah 140 meter persegi dengan memperuntukkan kos pembinaan sebanyak lebih RM500,000 oleh seorang pengusaha penginapan pelancongan bernama Alexander Yee.

Rekaan rumah ini diinspirasi dari masyarakat etnik Sino-Dusun dan Dusun dimana dilengkapi satu ruang tamu, dua bilik tidur, satu ruang makan, beranda, dapur dan tandas yang dibina secara terbalik.

Paling menarik, rumah terbalik ini turut disenaraikan dalam Malaysia Book of Record sebagai Rumah Terbalik Pertama Di Malaysia.

Di sini, anda bukan sahaja dibenarkan merakamkan gambar kenangan swafoto atau wefie apabila berpeluang berkunjung bersama keluarga mahupun sahabat handai malahan dapat menimba ilmu pengetahuan tentang budaya negeri Sabah dan alam persekitaran.

INFO:

Alamat: Kampung Telibong, Batu 21, Jalan Telibong, Tamparuli, Sabah.

Waktu Operasi
Hari: Isnin-Ahad (Dibuka setiap hari trmasuklah hari cuti umum.)
Masa: 7.00 pagi- 7.00 petang

Harga Tiket
Warganegara: RM 10.00 (Dewasa) & RM5.00 (Pelajar dan kanak-kanak berusia bawah 12 tahun.)
Pelancong Asing: RM18.00

Facebook: www.facebook.com/pg/Rumah-Terbalik-The-Upside-Down-House-in-Borneo

2. Upside Down House Gallery, Melaka

Upside Down House Melaka Foto

Jangan khuawatir orang Melaka! Anda pun boleh menikmati keunikkan rumah terbalik ini yang terletak di Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.

Rumah ini dibina dengan dua ruangan iaitu ruang pertama diisi dengan ruang tamu dan dapur manakala ruang kedua terletaknya kamar tidur dan bilik mandi.

Jangan bimbang jika datang keseorangan, para petugas di sana sedia membantu untuk mengambil gambar mengikut kehendak anda.

INFO

Alamat: G12 & G14, Jalan PM 7, Plaza Mahkota, Bandar Hilir, Melaka.

Waktu Operasi
Hari: Isnin- Khamis (10.00 pagi – 7.00 malam), Jumaat (10.00 pagi – 9.00 malam) & Sabtu-Ahad (9.00 pagi-9.00 malam)

Harga Tiket
Warganegara: RM15.00 (Dewasa) & RM10.00 (Kanak-kanak)
Pelancong: RM20.00 (Dewasa) & RM16.00 (Kanak-kanak)

Facebook: www.facebook.com/pg/upsidedownhousemelaka/

3. Rumah Terbalik Port Dickson (Upside Down House Gallery)

Rumah Terbalik Port Dickson

Mula dibuka kepada orang ramai dan pelancong pada 25 Mei 2015, rumah terbalik ini menjadi tarikan terbaharu di Port Dickson.

Terletak berhampiran Teluk Kemang, Negeri Sembilan, rumah ini dibina dalam bangunan dua tingkat dimana segala ruangan dan perabot disusun secara terbalik sekaligus mewujudkan suasana unik dan pelik.

Rumah terbalik ini juga menyediakan ruangan lukisan berbentuk 3 dimensi (3D) seperti kereta langgar tembok, pantai, watak superhero dan tandas.

Menariknya, para pengunjung akan diajar oleh para pekerja cara betul untuk mengambil foto yang menarik di rumah terbalik ini.

INFO

Alamat: No 13A & 15, Jalan Coral Walk, Batu 9, Jalan Pantai, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Waktu Operasi:
Hari: Isnin-Ahad (Dibuka setiap hari termasuk hari cuti umum.)
Masa: 10.00 pagi – 9.00 malam

Harga Tiket: RM15.00 (Dewasa) & RM10.00 (Kanak-kanak)

Facebook: www.facebook.com/rumahterbalikportdickson/

4. Kuala Lumpur Upside Down Gallery

Kuala Lumpur Upside Down House

Rumah ini adalah rumah terbalik pertama di Kuala Lumpur yang terletak di kawasan sekitar Menara Kuala Lumpur.

Dibina seluas 186 meter persegi, rumah terbalik dua tingkat ini menjanjikan pengalaman unik buat para penggunjung yang bertandang.

Rumah ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu bahagian atas yang mengandungi ruang tamu, bilik tidur, bilik kanak-kanak, ruang makan, tandas dan bilik mandi manakala bahagian bawah pula terdapat loteng dan bilik permainan.

Bagi penulis, rumah terbalik ini boleh menjadi hotspot terbaru buat penduduk yang tinggal di sekitar Lembah Klang untuk bersantai di hujung minggu.

INFO

Alamat: Menara Kuala Lumpur, Jalan Puncak, Kuala Lumpur

Waktu Operasi
Hari: Isnin-Ahad (dibuka setiap hari)
Masa: 9.00 pagi-7.00 malam

Harga Tiket
Warganegara: RM 19.00 (Dewasa) & RM15.00 (Kanak-kanak)
Pelancong Asing: RM29.00 (Dewasa) & RM20.00 (Kanak-kanak)

Facebook: www.facebook.com/klupsidedown/

5. Rumah Terbalik Langkawi (Langkawi Upside Down House)

Rumah Terbalik Langkawi

Bakal beroperasi pada September 2017, rumah terbalik ini dijangka akan menjadi tarikan baharu di Pulau Langkawi yang merupakan salah satu ikon pelancongan popular di negara kita.

Direka secara terbalik, rumah ini dibina setinggi lima tingkat dimana dikatakan terbesar di Asia dan tertinggi di Malaysia.

Pastinya, warga Kedah khususnya Pulau Langkawi tidak sabar menunggu rumah terbalik ini beroperasi kelak.

Walaupun belum dibuka kepada orang ramai, rumah terbalik ini viral dan sensasi di media-media sosial tempatan.

Segala info lanjut, anda boleh ke laman facebook rasminya di www.facebook.com/Rumah-Terbalik-Langkawi

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Kuala Lumpur Upside Down House #Rumah Terbalik Langkawi #Rumah Terbalik Perlu Anda Kunjungi di Malaysia #Rumah Terbalik Popular Malaysia #Rumah Terbalik Port Dickson #Rumah Terbalik Terkenal Di Malaysia #The Upside Down House of Borneo #Upside Down House Melaka

5 Tempat Paling Ikonik Filem Walt Disney Ini Boleh Anda Temui Di Dunia Nyata!
Filem Walt Disney bukan sahaja ditonton kanak-kanak malahan disaksikan oleh sesiapa sahaja. Selain
5 Tips Mudah Agar Beg Anda Selamat, Tidak Hilang Ketika Melancong!
Selain diri sendiri dan ahli keluarga, keselamatan beg atau bagasi juga perlu dititikberatkan
Harga Tiket Awana Skyway Genting Highlands
Nikmati pemandangan menarik berlatar belakang gunung ganang apabila anda mencuba kereta kabel terbaru
Tips Elak ‘Mabuk Perjalanan’ Waktu Pergi Melancong!
Everyone love travelling! Tanpa mengira di dalam atau luar negara, melancong sangat menyeronokkan

Comments are closed.