Biodata Chacha Maembong, Pelakon Campuran Melayu-Scotland

Biodata Chacha Maembong, Pelakon Campuran Melayu Scotland

Cantik, menawan dan berbakat! Itulah tiga perkataan yang boleh penulis gambarkan tentang bintang muda bernama Chacha Maembong ini.

Kelibatnya mula mendapat perhatian para peminat selepas membintangi drama bersiri popular berjudul Playboy Itu Suamiku dan Setia Hujung Nyawa. Bermula dari situ, dunia lakonan menjadi periuk nasi anak kelahiran Kuala Terengganu, Terengganu ini.

Seperti pendatang baharu yang lain, anak bongsu dari sebelas adik-beradik ini mengetengahkan bakatnya dengan hanya memegang karakter kecil sebagai pelakon tambahan atau watak pembantu sebelum diberi peluang untuk menerajui watak utama atau heroin pada masa kini.

Seperti yang anda semua tahu, Chacha merupakan adik kepada pelakon cantik manis, Emma Maembong.

Jom kita berkenalan lebih dekat dengan bintang filem I’m Not A Terrorist ini!.

Biodata Ringkas Chacha Maembong

Nama Sebenar: Siti Aishah Ismail
Nama Komersil: Chacha Maembong
Umur: 22 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 31 Julai 1996
Zodiak: Leo
Asal: Kuala Terengganu, Terengganu
Adik Beradik: Anak bongsu dari sebelas beradik
Kerjaya: Pelakon
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Menantu Bilal, Kahwin Muda, Cinta Dari Marikh, Projek Kuih Mak Leha, Ramadan Terindah Nurani, Kelas Sebelah, Anak Ke-5, Perempuan Di Hujung Kampung, Oh My English! Class Of 2015, Playboy Itu Suamiku, Setia Hujung Nyawa, Awak Kat Mana, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya, Manis, Mimpi Cinderella, Kenangan Terindah,

Filem: I’m Not A Terrorist

Laman Media Sosial Chacha Maembong

Trivia Menarik Tentang Chacha Maembong

  • Chacha menyifatkan dirinya seorang yang happy go lucky, manja, comel, suka ketawa, gemar berfesyen dan sensitif.
  • Anak kepada pelukis prolifik dan pakar seni negara, Ismail Embong atau lebil dikenali sebagai Maembong.
  • Selain Emma, Chacha juga mempunyai adik-beradik yang aktif berlakon iaitu Yaya Maembong dan Syikin Maembong.
  • Mewarisi darah kacukan Melayu disebelah bapa dan Scotland di sebelah ibunya.
  • Kini menjalinkan hubungan cinta dengan seorang lelaki berketurunan Cina bernama Leslie.
  • Siapa sangka, Chacha mahir memasak pelbagai kek seperti muffin dan kek cawan.
  • Seorang yang kuat tidur terutamanya apabila tidak terlibat dengan aktiviti seni dan penggambaran.
  • Chacha bersama Emma dan Yaya pernah muncul dalam satu program realiti berjudul The House terbitan Astro Ria 104 pada 2015.
  • Yaya memberitahu bahawa adiknya seorang yang tidak pandai menguruskan wang dan pemboros tetapi tidak kedekut terutamanya dengan adik-beradik (Astro Gempak).
  • Seorang yang gila gajet dan permainan.
  • Kalau nak tahu, Chacha pernah tampil sebagai pelakon dalam video muzik Dato’ Seri Siti Nurhaliza berjudul Lebih Indah bersama Zain Saidin.
  • Mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Chacha Maembong, Pelakon Campuran Melayu-Scotland

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adik Emma Maembong #Biodata Chacha Maembong #cha cha maembong tumblr #Chacha Maembong #chacha maembong biodata #chacha maembong height #chacha maembong instagram #chacha maembong leslie #chacha maembong movie #Info Menarik Chacha Maembong #Kenali Chacha Maembong #maembong #Pelakon Campuran Melayu-Scotland #Pelakon Chacha Maembong #Profil Chacha Maembong #Siti Aishah Ismail #Trivia Menarik Chacha Maembong

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.