Buah Kiwi & Manfaatnya Kepada Kulit Anda!

Buah Kiwi Dan Manfaatnya Kepada Kulit

Walaupun ukuran saiznya yang kecil, siapa sangka buah Kiwi memiliki banyak khasiat dan manfaat buat kehidupan manusia sejagat.

Bukan hanya mengandungi vitamin C dan vitamin B6, buah ini juga kaya dengan kalsium, magnesium dan zat besi yang sememangnya baik untuk kesihatan kita semua. Tambahan pula, anti-oksidan yang terdapat pada buah ini juga dapat melindungi kulit seseorang daripada kesan buruk alam sekitar.

Untuk info, buah Kiwi ditemukan di Wilayah China buat pertama kali pada abad ke-19 dan dikenali sebagai gooseberry sebelum ditanam secara meluas di seluruh negara termasuklah India dan New Zealand.

Dipetik dari laman Vemale.Com, penulis kongsikan mengenai 5 manfaat buah Kiwi untuk kesihatan dan kecantikan diri anda! Take a look!

1. Merawat Tekstur Kulit

Semakin bertambahnya usia seseorang, tekstur kulit akan mula mengendur dan hilang ketegangannya. Percaya atau tidak, kandungan vitamin C yang terkandung dalam buah Kiwi dapat membantu kulit untuk menghasilkan lebih banyak kolagen supaya kulit wajah dan tubuh badan anda kekal muda dan berseri-seri.

Jika diamalkan secara rutin, buah Kiwi mampu membuatkan kulit anda sentiasa lembap serta mencegah masalah kulit kusam.

2. Atasi Masalah Kulit Berjerawat

Tahukah anda, kandungan anti-radang (anti-inflammatory) yang tinggi pada buah boleh mengatasi masalah kulit berjerawat. Malah, banyak produk-produk penjagaan kulit di pasaran menggunakan buah Kiwi sebagai salah satu ramuan yang bertujuan untuk mencegah kulit daripada diancam jerawat.

Selain produk penjagaan kulit, anda juga boleh merawat kulit berjerawat secara semula jadi dengan mengaplikasikan hirisan buah Kiwi di seluruh raut wajah sebagai masker harian.

3. Hilangkan Lingkaran Hitam Di Bawah Mata

Salah satu punca berlakunya masalah lingkaran hitam di bawah mata anda adalah tidak cukup tidur. Kalau anda nak tahu, kandungan vitamin C pada buah Kiwi boleh mencerahkan kulit wajah termasuklah di bahagian bawah mata.

Bahkan, lapisan dermis di kawasan ini akan menjadi lebih kuat sekiranya anda mengamalkan memakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C dan anti-oksidan seperti buah Kiwi. Anda juga boleh menggantikan timun dengan hirisan buah kiwi bagi menghilangkan kesan hitam di sekitar bahagian mata setiap malam.

4. Lindungi Kulit Daripada Sinaran Matahari

Buah Kiwi juga bermanfaat dalam melindungi kulit anda akibat kesan buruk sinaran matahari menerusi kandungan vitamin C dan asid amino yang terdapat pada buah berwarna hijau berkenaan.

Jangan risau sekiranya anda mengalami kulit terbakar atau iritasi. Ambil hirisan buah Kiwi lalu diletakkan di tempat yang terkena iritasi atau sunburn selama 10 minit. Rawatan ini sedikit sebanyak mengurangkan rasa kepedihan dan memberi kesan memenangkan pada kulit.

5. Cegah Pelbagai Penyakit Kulit

Tidak hanya ikan salmon dan telur, buah Kiwi juga memiliki khasiat omega-3 yang sangat baik dalam melindungi kulit daripada pelbagai penyakit termasuklah ancaman kanser. Seperti yang anda tahu, omega-3 tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Oleh itu, anda perlulah memakan makanan yang mengandungi khasiat omega-3 ini.

Paling mudah, anda cuna perlu memakan buah Kiwi secara kerap atau menggunakan produk penjagaan diri yang mengandungi buah Kiwi sebagai komposisi utamanya.

azlan-150x150 Buah Kiwi & Manfaatnya Kepada Kulit Anda!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #buah kiwi #cara rawat kulit dengan buah kiwi #Kebaikan Buah Kiwi #Kebaikan Buah Kiwi Untuk Kesihatan & Kecantikan Manusia #Khasiat Buah Kiwi #Khasiat Buah Kiwi Buat Manusia #kiwi #Manfaat Buah Kiwi #Manfaat Buah Kiwi Untuk Kacantikan Dan Kesihatan Diri #Manfaat Hebat buah Kiwi untuk Kulit dan kecantikan #rawat kulit dengan buah kiwi

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.