Biodata Beego, Aktor Kacak Drama Syurga Yang Kedua

Biodata Beego, Aktor Kacak Drama Syurga Yang Kedua

Pesona bintang bernama Beego ini mula mencuri tumpuan para peminat dan penggiat seni tanah air apabila membintangi sitkom popular, Puteri.

Menerusi sitkom tersebut, Beego yang membawa karakter Roslan bergandingan dengan Nora Danish (Puteri), Siti Fazurina (Anita) dan Kenchana Dewi (Kamala) yang pernah ditayangkan di TV3 satu masa dahulu.

Sejak itu, karier seni lakonannya mula berkembang mekar serta diberi peluang untuk menggalas watak-watak utama bagi drama bersiri dan telefilem Melayu.

Antara drama dan telefilem yang dijayakannya adalah Seutai Tasbih, Aliff Firdaus, Menantu Tiga Rasa, Menangguh Tangisan dan Cuci-Cuci Services.

Selain menjadi teraju utama sebagai hero, pemilik nama lengkap Mohd Aszerul Nizam Abdullah ini juga pernah membawa karakter antagonis dan jahat demi mempelbagaikan lagi mutu lakonannya.

Terkini, aktor kacak ini muncul dengan projek terbaharunya iaitu drama bersiri berjudul Syurga Yang Kedua yang sedang hangat disiarkan menerusi slot Tiara di Astro Prima setiap Isnin hingga Jumaat mulai 6.00 petang.

Jom kita semak biodata dan trivia ringkas anak jati Johor Bahru, Johor ini.

Biodata Ringkas Beego

Nama Sebenar: Mohd Aszerul Nizam Abdullah
Nama Komersil: Beego
Umur: 38 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 24 November 1980
Zodiak: Sagittarius
Asal: Johor Bahru, Johor
Adik Beradik:
Kerjaya: Pelakon & Penyanyi
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Malayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Syurga Yang Kedua, Sape Dari Itali, Keluarga Karaoke, Menongkah Kasih, Mencintaimu, Songket Pak Andam, Fatimah Juling, Terowong, Seutai Tasbih, Menantu Tiga Rasa, Pulang Balik Jandaku, Jangan Bakar Mayat Anakku, Menangguh Tangisan, Aliff Firdaus, Suzanna, Tragedi Malam Raya, Bicara Cinta, Puteri, Gitar Tua 1, Gitar Tua 2, Aku Kaya Giler, Cuci-Cuci Services, Ezora, Pendekar Lima, Jingga Mentari, Akademi

Filem: Libas, Senario Pemburu Emas Yamashita, Bilut, KL Menjerit 1 & Gila Gila Pengantin Remaja.

Laman Media Sosial Beego

Trivia Ringkas Tentang Beego

  • Figura kacak ini berdarah campuran Melayu-Jerman.
  • Merupakan bekas ahli kumpulan Phyne Ballerz yang popular dengan lagu-lagu seperti Vida, Hasrat dan Jangan Pisahkan.
  • Beego mendirikan rumahtangga dengan aktres cantik, Linda Hashim pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Jelita Clarissa (4 tahun) dan Anggun Cassandra (3 tahun).
  • Sebelum berkahwin dengan Linda, Beego pernah mendirikan rumah tangga buat pertama kali dengan wanita bernama Intan Shahira pada 28 Disember 2008 di mana hanya mampu bertahan selama 10 hari sebelum bercerai dan membawa haluan masing-masing.
  • Media tempatan turut melaporkan bahawa Beego pernah ditangkap khalwat bersama empat kenalannya di Kondominium Oakleaf, Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur pada 23 Februari 2011.
  • Karier seninya sempat menjuman beberapa tahun lalu sehingga beliau memutuskan untuk melakukan pelbagai kerja termasuklah menjual pakaian di pasar malam.
  • Beego pernah dikejarkan ke hospital kerana kedua-dua kakinya mengalami keretakan dan patah ketika sesi pengambaran filem Libas.
  • Memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Penguatkuasaan Pelesenan dan Tata Tertib di bawah Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
  • Mempunyai pertalian persaudaraan dengan pelakon hebat tanah air, Que Haidar.
  • Selain Que Haidar, Beego juga berkawan rapat (BFF) dengan Awal Ashaari dan Nabila Huda.
  • Beego memiliki lebih 60,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Biodata Beego, Aktor Kacak Drama Syurga Yang Kedua

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Beego #Beego Pelakon Drama Syurga Yang Kedua #Beego Phyne Ballerz #Biodata Beego #Drama Syurga Yang Kedua #Kenali Beego #Laman Media Sosial Beego #Mohd Aszerul Nizam Abdullah #Pelakon Beego #Pelakon Drama Syurga Yang Kedua #Phyne Ballerz #Profil Beego #Siapa Beego

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.