Bacaan Sujud Tilawah, Sujud Sahwi & Sujud Syukur

Bacaan Sujud Tilawah, Sujud Sahwi Dan Sujud Syukur

  • Sujud Tilawah

Sujud tilawah ialah sujud kerana membaca atau mendengar ayat-ayat al-Qur’an tertentu, yakni yang dinamakan ayat-ayat sajadah.

Bacaan sujud tilawah

سَجَدَ وَجْهِى لِلَّذِى خَلَقَهُ وَصَوَّرَهُ وَشَقَّ سَمْعَهُ وَبَصَرَهُ تَبَارَكَ اللَّهُ أَحْسَنُ الْخَالِقِينَ

Sebutannya : Sajada wajhi lilladzi kholaqohu, wa showwarohu, wa syaqqo sam’ahu, wa bashorohu. Tabarakallahu ahsanul kholiqiin

Ertinya: ”Wajahku bersujud kepada Penciptanya, yang membentuknya, yang membentuk pendengaran dan penglihatannya. Maha Suci Allah Sebaik-baik Pencipta.”

  • Sujud Sahwi

Sujud sahwi ialah sujud yang dilakukan orang yang solat, sebanyak dua kali untuk menutup kekurangan yang terjadi dalam pelaksanaan solat, baik kekurangan raka’at, kelebihan raka’at, atau kerana ragu-ragu yang disebabkan lupa.

Bacaan sujud sahwi

سبحان الذي لا ينام ولا يسهو

Sebutannya : Subhaa nalladzi laa yanaa mu wa laa yas hu

Ertinya: “Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.”

  • Sujud Syukur

Sujud syukur ialah sujud yang dilakukan kerana kita menerima kenikmatan atau mendengar berita yang menggembirakan.

Bacaan sujud syukur

سُبْحَانَكَ اَللَّهُمَّ اَنْتَ رَبِّي حَقَّا حَقَّا، سَجَدْتُ لَكَ يَارَبِّ تَعَبُّدًا وَرِقًّا. اَللَّهُمَّ اِنَّ عَمَلِي ضَعِيْفٌ فَضَاعِفْ لِي. اَللَّهُمَّ قِنِي عَذَابَكَ يَوْمَ تُبْعَثُ عِبَادُكَ وَتُبْ عَلَيَّ اِنَّكَ اَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ

Sebutannya : Subhânakallâhumma Anta Rabbî haq-qan haqqâ, sajadtu laka yâ Rabbî ta-’abbudan wa riqqâ. Allâhumma inna ‘amalî dha’îfun fadha’i lî. Allâhumma qinî ‘adzâbaka yawma tub’atsu ‘ibâduka wa tub ‘alayya innaka Antat tawwâbur Rahîm

Ertinya: ”Maha Suci Engkau. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku yang sebenarnya, aku sujud kepadaMu ya Rabbi sebagai pengabdian dan penghambaan. Ya Allah, sungguh amalku lemah, maka lipat gandakan pahalanya bagiku. Ya Allah, selamatkan aku dari siksaMu pada hari hamba-hambaMu dibangkitkan, terimalah taubatku, sesunguhnya Engkau Maha Menerima taubat dan Maha Penyayang.”

Loading...

Tags: #bacaan dalam solat #bacaan doa sujud sahwi #bacaan doa sujud sajadah #bacaan doa sujud syukur #bacaan doa sujud tilawah #bacaan ketika sujud sejadah #bacaan sujud #doa #doa ketika sujud #doa rasulullah ketika sujud #sujud sahwi #sujud sejadah rumi #sujud syukur #sujud tilawah

Kaitan Bangsa Yahudi dengan Nabi Yusuf A.S
Makam Nabi Yusuf A.S Makam Nabi Yusuf adalah tempat suci dalam Islam dan
15 Perkara Yang Menurunkan Bala Kepada Umat Akhir Zaman
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a Rasulullah saw bersabda ; “Apabila umatku telah
Peperangan Khandak Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Khandak, juga dikenali sebagai Perang Parit, adalah pertempuran yang berlaku pada 5
Peperangan Uhud Dalam Sejarah Perkembangan Islam
Perang Uhud adalah pertempuran penting yang terjadi pada tahun 3 Hijriah (sekitar Oktober

Comments are closed.