Wanna Ali, Aktres Cantik Persis Diana Daniella

Biodata Wanna Ali, Aktres Cantik Persis Diana Daniella

Muda, cantik dan berbakat. Itulah tiga perkataan yang muncul di fikiran penulis mengenai pendatang baharu bernama Wanna Ali.

Wanna atau nama sebenarnya Nor Shazwana Mohd Ali merupakan seorang pelakon dan penyanyi yang berasal dari Kuala Lumpur.

Drama lakonan gadis berusia 20 tahun iaitu Jurnal Suraya sedang rancak ditayangkan menerusi slot Zehra di TV3 bermula 15 November lalu. Selain Jurnal Suraya, anak muda ini juga membintangi beberapa drama dan telefilem yang lain termasuklah Papa Sayang dan Khalifahkan Aku.

Bukan sahaja di kaca televisyen, figura berkulit cerah ini juga laris di layar lebar di mana tampil dalam filem seperti Penanggal, Aku Ada Kau Ada, Bopeng dan Tokan.

Di dunia seni suara pula, anak kedua daripada empat beradik ini telah merakamkan lebih lima buah lagu termasuklah lagu Lepaskan, Baby Crazy, Ditinggalkan Lagi dan Jika Kau Benar.

Jom kita intip biodata dan trivia menarik aktres yang dikatakan mempunyai wajah persis pelakon popular tanah air, Diana Danielle.

Biodata Ringkas Wanna Ali

Nama Penuh: Nor Syazwana Mohd Ali
Nama Komersil: Wanna Ali
Umur: 20 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 25 Disember 1997
Zodiak: Capricorn
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon & Penyanyi
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Jurnal Suraya, Papa Sayang, Khalifahkah Aku, D’Kayangan dan banyak lagi.

Filem: Tokan, Aku Ada Kau Ada, Penanggal, Bopeng, Kayuh dan banyak lagi.

Lagu/Single: Lepaskan, Tak Mengapa (duet bersama Juzzthin), Jika Kau Benar (duet bersama Ajai), Baby Crazy, Stop Kamu, Tak Mengapa dan Ditinggal Lagi (duet bersama Adista).

Laman Media Sosial Wanna Ali

Trivia Menarik Tentang Wanna Ali

  • Melanjutkan pengajiaan di University of Nottingham Malaysia Campus, Semenyih, Selangor dalam bidang perniagaan dan pengurusan.
  • Menjadi duta kepada produk kecantikan Opiel Secrets.
  • Ibunya iaitu Datuk Normashayu Puteh (Ayu Puteh) merupakan ahli perniagaan di mana memiliki syarikat rakaman dan produksi tersendiri, Pencil Pictures & Records.
  • Mendapat keputusan yang cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) iaitu 7A 2B.
  • Abangnya iaitu Fian Ali juga bergelar seorang penyanyi yang popular dengan lagu Semakin Benci Semakin Rindu.
  • Pernah menghidap masalah tonsil bengkak sehingga menyebabkan gusinya berdarah sejak kecil lagi.
  • Wajahnya juga pernah muncul dalam iklan komersil (TVC) Silky Girl.
  • Mengagumi penyanyi popular antarabangsa seperti Taylor Swift, Adele, Amy Winehouse dan Lenka.
  • Seringkali dikelirukan dengan Wana MyStarz LG dek kerana mempunyai nama pentas yang sama.
  • Memiliki seramai 11,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Wanna Ali

wanna-ali-biodata-e1512641890674-300x300 Wanna Ali, Aktres Cantik Persis Diana DaniellaWanna-Ali-pakai-skirt-pendek-e1512641913138-300x300 Wanna Ali, Aktres Cantik Persis Diana Daniella

azlan-150x150 Wanna Ali, Aktres Cantik Persis Diana Daniella

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak datuk Ayu Puteh #Biodata Wanna Ali #Kenali Wanna Ali #Nor Shazwana Mohd Ali #Pelakon Drama Jurnal Suraya #Profil Wanna Ali #siapa wanna ali #Trivia Menarik Wanna Ali #Wanna Ali #wanna ali biodata #wanna ali instagram #wanna ali jika kau benar #wanna ali lepaskan #Wanna Ali Pelakon Drama Jurnal Suraya #wanna ali umur #wanna ali wikipedia

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.