Isa Khan, Penyanyi Lagu Syurga Yang Sempurna

Biodata Isa Khan, Penyanyi Lagu Syurga Yang Sempurna

Tersingkir di minggu kedua Akademi Fantasia (AF) 2016 tidak memudarkan semangat jejaka bernama Isa Khan ini untuk menerpa nama di persada seni hiburan tanah air.

Ternyata, pintu rezekinya terbentang luas selepas meninggalkan program realiti berkenaan lebih-lebih lagi di dunia seni lakonan.

Biarpun semakin aktif sebagai pelakon, anak jati Selangor ini tidak melupakan cita-citanya untuk bergelar seorang penyanyi.

Beliau kini sedang sibuk mempromosikan single sulungnya berjudul Syurga Yang Sempurna. Sekadar info, lirik lagu ini dicipta sendiri oleh Isa manakala muziknya dihasilkan oleh Room None.

Untuk rekod, muzik video lagu ini telah ditonton hampir 400,000 tontonan sejak dimuat naik di saluran YouTube mulai 30 November 2017.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan dengan lelaki berbakat besar ini.

Biodata Ringkas Isa Khan

Nama Penuh: Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan
Nama Komersil: Isa Khan
Umur: 24 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 15 Julai 1993
Zodiak: Cancer
Asal: Selangor
Adik Beradik: Anak bongsu daripada empat adik beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Pelakon, Penyanyi dan Model

Lagu/Single: Syurga Yang Sempurna.

Drama/Telefilem: Mok Cun Pi Lombok, Transit Terakhir dan Ratu Kebaya Mas Uku.

Laman Media Sosial Isa Khan

Trivia Menarik Tentang Isa Khan

  • Memiliki darah kacukan Melayu, Arab, Cina dan Pakistan.
  • Selain Isa, ketiga-tiga adik-beradiknya iaitu Miller Khan, Aliff Ali dan Farali Khan turut bergiat aktif di arena seni hiburan Malaysia dan Indonesia.
  • Untuk info, Isa merupakan sepupu kepada Syamsul Yusof dan anak saudara kepada Datuk Yusof Haslam.
  • Pernah menjayakan Teater Putera La Galigo pada Disember 2016.
  • Tidak suka makan makanan pedas dan mempunyai alahan terhadap makanan laut.
  • Sebelum dikenali ramai, Isa seringkali membuat persembahan nyanyian di kafe-kafe di Indonesia sebelum kembali ke tanah air bagi mengikuti AF2016.
  • Beliau kini bernaung di bawah syarikat rakaman tempatan, Music Valley Malaysia (MVM) Production Sdn Bhd.
  • Sebelum tampil dengan imej berambut pendek dan kemas, Isa pernah berambut panjang di mana telah menyimpannya selama empat tahun.
  • Mengidolakan abangnya iaitu Miller Khan untuk berjaya dalam bidang seni hiburan.
  • Menjadi penyeri kepada muzik video berjudul Esok Masih Ada nyanyian aktres cantik kelahiran Singapura, Hannah Delisha.
  • Isaddictive FC adalah nama kelab peminat penyanyi ini.
  • Memiliki seramai 37,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Isa Khan, Penyanyi Lagu Syurga Yang Sempurna

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #abang isa khan af #Adik Farali Khan #Adik Miller Khan #Biodata Isa Khan #Isa Khan #isa khan af 2016 #isa khan af biodata #isa khan biodata #isa khan malaysia #isa khan malaysia biodata #isa khan pelakon #isa khan pelakon malaysia #Isa Khan Penyanyi Lagu Syurga Yang Sempurna #Kenali Isa Khan #Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan #Penyanyi Lagu Syurga Yang Sempurna #Profil Isa Khan #Trivia Menarik Isa Khan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.