Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia!

Biodata Miller Khan

Miller Khan, namanya mula meledak di Malaysia apabila membintangi kempen raya 2017 untuk jenama tudung Naelofar Hijab bertemakan True Love bersama pengacara dan pelakon popular, Neelofa.

Untuk pengetahun pembaca, Miller merupakan pelakon berbakat besar kelahiran Malaysia yang tersohor di Indonesia.

Selain bergelar pelakon, anak jati Johor Bahru, Johor ini turut melebarkan sayapnya di pentas peragaan dan iklan-iklan komersil.

Sedar atau tidak, figura kacak dan tinggi lampai ini sudah berkecimpung lebih 10 tahun di persada seni hiburan Indonesia.

Jangan buang masa lagi, jom kita berkenalan dengan Miller Khan ini.

Biodata Miller Khan

Nama Penuh: Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan
Nama Komersil: Miller Khan
Tarikh Lahir: 3 Mac 1987
Umur: 30 Tahun (2017)
Asal: Johor Bahru, Johor
Adik-Beradik: Anak sulung dari empat beradik
Kerjaya: Pelakon dan Model
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kelab Peminat: Miller Khan Lovers

Sinetron/Drama/Telemovie:
Syurga Yang Ke 2, Cinta Di Langit Taj Mahal, Kau Yang Berasal Dari Bintang, Cinta dan Anugerah, Dia Bukan Anakku, Azizah, Cinta Ilahi, Cinta 7 Susun, Separuh Aku, Kasih dan Cinta, Anugerah, Suci dan banyak lagi.

Filem: Sepet, Bukan Bintang Biasa, Love You…Love You Not, Petak Umpet Minako, Cinta Suci Zahrana, Merem Melek, Hantu Perawan Jeruk Purut dan Cintapuccino.

Laman Sosial Miller Khan

Fakta Menarik Miller Khan

  • Mempunyai darah campuran Melayu, Arab, Tionghoa dan India.
  • Seorang yang happy go lucky, kuat bekerja, bijak dan romantis.
  • Selain Miller, ketiga-ketiga adik-beradiknya iaitu Farali Khan, Aliff Ali Khan dan Isa Khan turut bergiat aktif dalam dunia seni hiburan di Indonesia dan Malaysia sebagai pelakon mahupun penyanyi.
  • Miller merupakan sepupu kepada Syamsul Yusof dan anak saudara kepada Datuk Yusof Haslam.
  • Pengarah hebat tempatan, Allahyarham Yasmin Ahmad merupakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan Miller ke industri seni lakonan selepas mengambilnya berlakon dalam iklan komersil Petronas sempena Hari Kebangsaan 2003 berjudul Becha Param.
  • Sepet merupakan filem pertamanya lakonannya di Malaysia sebelum ke Indonesia.
  • Karier lakonan dan modelnya bermula di Indonesia sejak 2007.
  • Tawaran pertamanya ketika di Indonesia adalah sebagai bintang iklan produk mee segera bersama Luna Maya.
  • Sebelum aktif berlakon sinetron mulai 2008, namanya dikenali para peminat Indinesia menerusi dua filemnya iaitu Bukan Bintang Biasa dan Cintapuccino pada tahun 2007.
  • Antara iklan komersil yang dibintanginya adalah Naelofar Hijab, Rexona, Honda, Puma, Gudang Garam Signature dan banyak lagi.
  • Ciri-ciri wanita idaman Miller adalah wanita yang solehah, pandai memasak, sukakan aktiviti outdoor dan bijak menguruskan rumah tangga.
  • Mempunyai lebih 200,000 pengikut di Instagram miliknya.

Gambar Menarik Miller Khan

aktor-kacak-miller-khan-300x300 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia! badan-miller-khan-300x300 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia! gaya-kacak-miller-khan-300x300 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia! hot-miller-khan-300x300 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia! miller-khan-hairstyles-300x300 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia! miller-khan-hot-body-300x300 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia! miller-khan-300x300 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia! tattoo-miller-khan-300x300 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia!

azlan-150x150 Miller Khan, Aktor Kacak Popular Indonesia, Rupa-Rupanya Kelahiran Malaysia!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Miller Khan #foto miller khan #gambar miller khan #keluarga miller khan #Miller Khan #miller khan biodata #miller khan sepupu fattah amin #miller khan wikipedia #Mohammad Suhaemi Ali Dad Khan #pelakon miller khan #Profil Miller Khan

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.