Cara-cara Mandi Wajib Beserta Lafaz Niat Dalam Jawi & Rumi

Cara Cara Mandi Wajib Beserta Lafaz Niat Dalam Jawi Dan Rumi

Berikut adalah cara melakukan mandi wajib yang betul.

  1. Niat

Niat dilakukan bersama-sama dengan basuhan pertama yang dilakukan pada anggota tubuh. Bacaan niatnya adalah seperti berikut:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ الْحَدَثِ اْلاَكْبَرِ فَرْضًا ِللهِ تَعَالَى

Sebutan : Nawaitul ghusla liraf’il hadatsil akbari fardhan lillahiI ta’ala

Ertinya : “Aku berniat mandi wajib untuk menghilangkan hadas besar fardhu kerana Allah Ta’ala”

  1. Mendahului dengan bacaan Bismillah

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

  1. Terlebih dahulu membersihkan semua kotoran dan najis yang terdapat pada badan.
  • Mencuci tangan sebanyak tiga kali
  • Mencuci kemaluan dengan tangan kiri

Wuduk boleh dilakukan seperti wuduk biasa(untuk solat) atau menangguhkan mencuci kaki selepas selesai mandi. Kemudian diikuti dengan membaca doa selepas wuduk.

,أَشْهَدُ اَنْ لاَإِلَهَ اِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَشَرِيْكَ لَهُ, وَأَشْهَدُ اَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ

اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنَ التَّوَّابِيْنَ وَاجْعَلْنِي مِنَ الْمُتَطَهِّرِيْنَوَجْعَلْنَيْ مِن عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

Sebutan :

Asyhadu allaa ilaaha illallaah, wahdahu laa syariika lah, wa asyhadu anna mUhammadan ‘abduhu wa Rasuuluh.
Allahumma j’alnii minat tawwabiina, waj’alnii minal mutathahiriina waj’alnii min ‘ibaadikash shalihiina.

Ertinya : “Aku bersaksi bahwa tiada Tuhan melainkan Allah dan tidak ada yang menyekutukanNya. Aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad adalah hambaNya dan utusanNya. Ya Allah, jadikanlah aku orang yang bertaubat, jadikanlah aku orang yang menjaga kebersihan dan jadikanlah aku dari hambamu yang soleh.”

  1. Meratakan air ke seluruh anggota badan
  • Membasuh kepala dengan mengusap rambut secara merata lalu menyiramnya sebanyak tiga kali.
  • Bagi wanita perlu dilepaskn ikatan rambut supaya air dapat melalui setap helaian rambut.
  • Mendahulukan anggota tubuh yang kanan dahulu daripada yang kiri.
  • Setiap basuhan sebanyak tiga kali.
Loading...

Tags: #cara mandi hadas #cara mandi junub #Cara mandi wajib #cara mandi wajib haid #cara mandi wajib selepas bersetubuh #cara mandi wajib selepas keluar air mani #Cara-Cara Mandi Wajib Yang Betul Dan Lengkap #doa berwudhuk #niat mandi hadas #niat mandi junub untuk perempuan #niat mandi wajib #niat mandi wajib haid #niat mandi wajib lelaki #niat mandi wajib rumi #panduan mandi wajib #Tata Caranya & Niat Mandi Wajib #tatacara mandi wajib

Amalan Memperolehi Rezeki Melimpah & Berpanjangan, Rugi Kalau Tak Diamalkan!
Bila disebut tentang rezeki, apa yang kita perlu tahu, perkara yang paling penting
Kelebihan Solat Berjemaah Menurut Pandangan Pakar Fizik, Ini Sebab Kenapa Ia Digalakkan!
Solat berjemaah memiliki banyak kelebihan dan Allah menggandakan pahala bagi mereka yang melakukan
Peristiwa Israk Dan Mikraj, Kisah Perjalanan Istimewa Nabi Muhammad SAW
Peristiwa Israk dan Mikraj berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah Nabi Muhammad
Tanda Akhir Zaman & Kisah Sebelum Terjadinya Hari Kiamat
Setiap muslimin serta muslimat wajib mempercayai hari kiamat. Bahkan hari kiamat turut terdapat

Comments are closed.