Senarai Barangan Yang Dilarang Dalam Penerbangan Domestik & Antarabangsa

Senarai Barangan Yang Dilarang Dalam Penerbangan Domestik Dan Antarabangsa

Terdapat peraturan-peraturan yang wajib dipatuhi oleh para penumpang pesawat, termasuk antaranya peraturan mengenai benda-benda yang tidak boleh dibawa ke pesawat dan senarai barangan berbahaya demi keamanan dan keselamatan penumpang. Semua ketentuan mengenai barang-barang yang dilarang dibawa ke dalam pesawat sudah diatur oleh ICAO (International Civil Aviation Organization) dan diselaraskan secara global.

Senarai Barangan Yang Dilarang Dalam Penerbangan

Berikut adalah panduan mengenai barang yang dilarang ketika menaiki pesawat sama ada untuk penerbangan domestik mahupun penerbangan antarabangsa.

  1. Senjata api dan peluru

Anda hanya dapat membawa senjata api dan peluru untuk tujuan menembak dan berburu sebagai bagasi check in, jika anda mempunyai semua surat izin dan lesen yang diperlukan, dalam syarat dan peraturan yang sangat ketat. Yang demikian hanya akan dibenarkan untuk bagasi jinjing dan sama seklai tidak dibenarkan untuk bagasi bimbit. Namun syarat ini bergantung pula pada syarikat penerbangan sama ada membenarkan atau melarang sama sekali untuk bagasi berdaftar ataupun tidak berdaftar. Berikut adalah senarai lengkap senjata bagi kategori ini.

  • Pistol angin, senapan angin dan senjata pelet (pellet guns)
  • Senjata BB (ball bearing guns)
  • Katapel
  • Busur silang
  • Komponen senjata api (kecuali kelengkapan pandang teleskop dan pembidik pandang atau viewfinder)
  • Harpoons dan pistol tombak
  • Humane animal killer
  • Pistol paku dan industrial staple
  • Perhiasan atau gajet yang terbuat dari peluru aktif atau kelongsong peluru kosong
  • Senjata api replika atau tiruan
  • Pistol suar (signal flare pistols)
  • Pistol start
  • Alat kejut, misalnya sistem daya yang dialirkan secara balistik (ballistic conducted energy system)
  • Pistol mainan
  1. Bahan letupan, gas mudah terbakar atau tidak mudah terbakar

Bahan letupan dan gas mudah terbakar juga merupakan barang larangan untuk penerbangan. Antaranya adalah seperti berikut :

  • Cat aerosol
  • Isian semula pemetik api
  • Minuman beralkohol yang melebihi 70% dari volume (140 proof)
  • Pemicu ledakan
  • Detonator dan sumbu
  • Bahan peledak dan alat-alat letupan
  • Bunga api dan mercun
  • Bahan bakar cair yang mudah terbakar, misalnya solar, bahan bakar cairan yang lebih ringan, alkohol, etanol
  • Gas dan botol gas, misalnya butana, propana, asetilena, oksigen dalam jumlah besar
  • Bom tangan
  • Peranti dan gajet yang beroperasi dengan bateri litium, seperti hoverboard, airboard, oxboard, e-skate, waveboard, dan U-runner.
  • Replika atau tiruan bahan letupan atau bahan peledak
  • Peluru asap
  1. Objek Berhujung Tajam

Segala bentuk senjata tajam memang sudah lama dilarang dibawa masuk ke dalam pesawat. Segala jenis senjata tajam dikhuatiri akan membawa petaka atau kejadian yang tidak di sangka-sangka. Antaranya :

  • Anak panah dan damak (dart)
  • Kapak dan beliung (hatchet)
  • Besi-panjat (climbing iron)
  • Kasut luncur (ice skate)
  • Jack-knives atau pisau lipat (flick knife) dengan segala ukuran mata pisau
  • Pisau yang terbuat dari logam atau bahan lain yang cukup kuat untuk digunakan sebagai senjata
  • Parang panjang (Machete)
  • Pisau daging (meat cleaver)
  • Pisau cukur (tidak termasuk pisau cukur elektrik atau sekali pakai dengan mata pisau di dalam penutupnya)
  • Pedang dan tongkat berpedang (sword stick)
  • Pisau bedah
  • Gunting
  • Jarum untuk tujuan hobi dan jarum rajut, yang terbuat dari logam atau bahan lain yang cukup kuat untuk digunakan sebagai senjata
  • Tongkat ski atau tongkat berjalan/pendakian
  • Throwing star
  • Semua alat tajam yang dapat digunakan sebagai senjata
  1. Peralatan Tumpul

Meskipun bukan seperti benda tajam yang berbahaya, penumpang pesawat tidak boleh membawa benda-benda tumpul yang ada potensi untuk dijadikan senjata dan menyebabkan kecederaan bagi penumpang lainnya ke dalam kabin pesawat.

  • Pemukul Baseball dan softball
  • kayu snooker dan pool
  • Pemukul cricket
  • joran pancing
  • kayu golf
  • kayu Hockey
  • pendayung kayak
  • kayu lacrosse
  • Perlengkapan ilmu bela diri
  • Baton
  • Papan luncur dan papan panjang
  1. Bahan kimia dan toksik

Anda tidak boleh membawa bahan kimia atau beracun apa pun yang dapat menimbulkan risiko terhadap para penumpang dan keselamatan pesawat. Ini mencakupi :

  • Asid dan alkali
  • Bahan korosif atau pemutih, misalnya merkuri dan klorin
  • Semburan melumpuhkan, misalnya semburan cili, merica, gas air mata
  • Pemadam api
  • Bahan-bahan menular atau yang berbahaya secara biologi, misalnya darah yang terinfeksi, bakteria dan virus
  • Bahan yang dapat menyebabkan pembakaran spontan
  • Racun
  • Bahan radioaktif, misalnya isotop untuk pengubatan atau komersial
  • Kartrij printer dan toner
  1. Membawa cecair lebih dari 100 ml

Para penumpang pesawat terbang tidak boleh membawa cairan lebih dari 100 ml ke dalam bagasi kabin. Sebaiknya peralatan-peralatan kosmetik anda yang berbentuk cecair, sabun, shampu, dan peralatan mandi lainnya termasuk minyak wangi disimpan ke dalam beg plastik atau bekas pelindung tertutup untuk disimpan ke dalam bagasi check in.

  1. Produk yang berasal dari haiwan

Produk yang dihasilkan dari haiwan umumnya memiliki bakteria. Oleh karena itu, terdapat syarikat penerbangan dan lapangan terbang melarang keras para penumpang pesawat untuk membawa susu segar, daging segar, dan produk dari susu seperti keju. Hal ini kerana produk-produk ini dapat mengandung bakteri pathogen yang dapat menular dan memberi jangkitan.

Senarai barang di atas sebaiknya anda perhatikan ketika menyiapkan bagasi anda agar perjalanan anda dapat berjalan dengan lancar. Selain itu, berikut adalah senarai barang-barang lain yang tidak dibenarkan ke dalam kawasan larangan keselamatan dan di dalam bagasi bimbit anda:

  • sebarang objek tajam/berbilah yang lain (pemecah ais, pemotong kuku) yang dianggap menyalahi undang-undang tempatan
  • Senjata seperti cemeti, nanchaku (belantan berantai), belantan
  • Peranti dengan bateri mudah tumpah (bateri basah)
  • Aerosol (penyembur rambut, minyak wangi, ubat-ubatan yang mengandungi alkohol) tidak melebihi 0.5kg/l setiap barang dan 2.0kg/l jumlah berat.
  • Kereta sorong bayi (baby stroller)
  • Sebarang item lain yang dirasakan sebagai bahaya keselamatan oleh undang-undang tempatan

Selain daripada barangan dalam senarai di atas, sesetengah lapangan terbang mungkin mempunyai larangan tambahan. Untuk memastikan anda mematuhi peraturan, sila semak dengan lapangan terbang setiap kali sebelum anda terbang.

Loading...

Tags: #barang berbahaya untuk penerbangan #Barang dilarang masuk pesawat #barang larangan bagasi check in #barang larangan dalam penerbangan domestic #Barangan berbahaya airasia #Barangan berbahaya dalam pesawat #Barangan berbahaya MAS #bolehkah membawa makanan ke dalam pesawat #cara naik kapal terbang air asia #panduan bagasi penerbangan #panduan barangan tidak boleh dibawa masuk dalam pesawat #Senarai bagasi yang larang bawa ke dalam penerbangan #senarai barang dilarang dibawa masuk ke dalam pesawat terbang #Senarai barang larangan untuk bagasi bimbit penerbangan #senarai barang yang tidak boleh dibawa dalam penerbangan #Senarai Barangan yang Dilarang Dalam Penerbangan Antarabangsa #Senarai Barangan yang Dilarang Dalam Penerbangan Domestik

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.