Resipi Nasi Kerabu Kuning Kelantan

Nasi Kerabu Kuning Kelantan

Bahan-bahan nasi :

  • 4 pot/cawan beras
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Sehelai daun kunyit
  • 2 helai daun pandan
  • 2-3 helai daun limau purut
  • Air secukupnya

Cara penyediaan nasi :

  1. Beras dibasuh dan ditoskan.
  2. Masuk sedikit serbuk kunyit, daun kunyit, daun pandan dan daun limau purut di dalam beras yang akan dimasak.
  3. Kemudian masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan kuah tumis :

  • Santan pekat (1 biji kelapa)
  • 10 biji bawang merah
  • 10 tangkai cili kering
  • 7-8 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 3 batang serai
  • 2 keping asam keping
  • Gula melaka
  • Garam secukup rasa

Cara penyediaan kuah tumis :

  1. Ambil santan pekat dari sebiji kelapa.
  2. Kisar dengan mesin pengisar sehingga halus bahan-bahan berikut iaitu bawang merah, cili kering, bawang putih, halia dan serai.
  3. Kemudian campurkan bahan yang dikisar halus tadi ke dalam santan pekat. Kacau di atas api yang sederhana.
  4. Kemudian, masukkan asam keping, gula melaka dan sedikit garam ke dalam kuah tumis.
  5. Kacau hingga medidih.

Bahan-bahan sambal nasi kerabu :

  • Setengah biji kelapa parut
  • 300-400gram ikan kembung atau ikan selayang
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • Setengah inci halia
  • Sedikit lada hitam
  • Gula melaka
  • Sedikit garam dan ajinimoto

Cara penyediaan sambal nasi kerabu :

  1. Kelapa parut dibuat kerisik.
  2. Ikan kembung atau selayang dibakar.
  3. Tumbuk bawang merah, bawang putih, serai, halia, lada hitam serta ikan bakar sehingga sebati.
  4. Masukkan bahan perasa iaitu gula melaka, sedikit garam dan ajinomoto.
  5. Gaul bahan-bahan tadi dengan kerisik kelapa sehingga sebati di atas api yang perlahan.

Bahan hiasan dan ulam-ulaman :

  • Mentimun (dihiris halus)
  • Kacang botor (dipotong halus)
  • Bunga kantan (dihiris halus)
  • Kacang panjang (dipotong halus membulat)
  • Taugeh
  • Daun kesum (dicincang halus)
  • Serai (dipotong halus membulat)
  • Keropok keping
  • Budu

Cadangan lauk tambahan :

  • Solok lada
  • Telur masin
  • Ikan goreng celup tepung
  • Daging bakar
  • Ayam bakar
  • Ayam percik

Carian Berkaitan

percik kerisik kelapa, resepi nasi kerabu kuning kelantan
Loading...

Tags: #aneka resepi masakan nasi #aneka resepi nasi #cara buat nasi kerabu #Images for Nasi Kerabu Kuning Kelantan #nasi kerabu ayam bakar #Nasi Kerabu Kelantan #nasi kerabu kota bharu #Nasi Kerabu Kuning Kelantan #resepi masakan kelantan #resepi masakan timur #resepi nasi kerabu #resepi nasi kerabu kuning #resepi nasi kerabu kuning kelantan #tumis budu

10 Resepi Masakan Ikan Tongkol Popular Boleh Anda Cuba!
Bermacam-macam jenis ikan yang mempunyai cita rasa yang tersendiri sehingga diminati oleh berbagai
Resipi Teh Beng Vanilla Yang Pernah Tular Di Media Sosial
Teh beng vanilla atau teh ais vanilla merupakan menu minuman yang kian tular
Resipi Nasi Khoumok (Khao Mok Gai)
Bahan-bahan rempah khoumok : 2 sudu besar rempah kari 1 sudu besar serbuk
Resipi Nasi Beriani Gam Johor
Bahan-bahan untuk nasi : 5 cawan beras basmathi/beras panjang 1 cawan minyak sapi

Comments are closed.