Makanan, Minuman, Amalan & Doa Untuk Memperbanyakkan Penghasilan Susu Badan

Amalan Dan Doa Untuk Memperbanyakkan Penghasilan Susu Bagi Ibu Yang Menyusukan Bayi

Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu badan semasa menyusukan bayi, pemakanan dan beberapa amalan yang betul dapat mengatasi masalah ini.

Makanan

Antara makanan yang mungkin menambah penghasilan susu ibu ialah makanan tinggi CLA.

Ibu menyusu yang makan makanan tinggi kandungan conjugatedlinoleic acid (CLA) boleh meningkatkan kandungan kumpulan asid lemak ini dalam susunya. Asid-asid lemak ini mempunyai pelbagai kebaikan dalam penjagaan kesihatan antaranya kesan anti kanser, anti oksida, pengurangan berat badan dan pengurangan risiko sakit jantung.

Dalam kajian yang didedahkan dalam Jurnal Kajian Pemakanan ini, susu perahan ibu menyusu yang makan biskut diperkaya CLA didapati mempunyai kandungan asid lemak lebih 46% berbanding ibu menyusu yang makan biskut biasa. CLA dalam susu ibu mencapai tahap tertingginya selepas 8 ke 28 jam ibu-ibu memakan biskut khas ini.

Kandungan CLA yang tinggi secara semulajadinya terdapat dalam makanan seperti susu, keju, telur, minyak sayuran dan sesetengah jenis daging (ayam, daging lembu dan kambing yang makan rumput, bukan bijirin).

Selain itu, ibu-ibu juga digalakkan untuk mengambal makanan seperti berikut :

  • Makanan mengandungi vitamin B seperti kekacang dan dal.
  • Jambu batu.
  • Sawi, bayam, brocoli, kacang panjang, kacang buncis, jagung muda yang digoreng atau dibuat sup.
  • Daun atau pucuk meranti masak lemak putih, tumis air atau goreng.
  • Madu – gunakan sebagai pemanis dalam minuman atau sapuan pada roti.
  • Daun red raspberry – suplemen dari farmasi.
  • Barli – air atau bubur barli.
  • Pucuk manis – masak lemak bersama ubi keledek.
  • Pucuk pegaga – dijadikan ulam atau jus.
  • Daun kucai – goreng bersama taugeh dengan tauhu dan tempe.
  • Makanan mengandung yis seperti roti, donut, tapai pulut dan sebagainya.
  • Bawang putih.
  • Lobak putih – boleh dimasak buat sup atau jus.
  • Daun pucuk betik, jantung pisang – dimakan sebagai ulam atau rebus.
  • Petola, kacang buncis, daun turi, sengkuang cina.
  • Kurma – makan begitu sahaja atau buat jus.
  • Kismis ­– 7 biji setiap pagi, tengahari dan malam.
  • Ikan Tenggiri.
  • Buah laici, longan, mata kucing, rambutan.
  • Halba – masak dengan nasi (nasi dagang).

Makanan Tambahan

  • Pil Kalsium
  • Obimim
  • Omega 3
  • Vitamin C
  • GNC fenugreek – Halba dlm bentuk kapsul keluaran GNC
  • Habatussauda
  • Organic Spirulina
  • Melilea Greenfield Organic
  • ML – Goat’s Rue Vegetarian Capsules
  • ML ­– More Milk Plus Vegetarian Capsules
  • ML – More Milk Special Blend Alcohol-free tincture (2oz)

Minuman

  • Air masak ­– minum lebih 3 liter sehari.
  • Susu ­– Susu Anmum Breastfeeding yang paling sesuai.
  • Longan Kering – sama ada dibuat jus atau dimakan begitu sahaja/direbus.
  • Halba – rendam dan minum airnya. Boleh juga telan sesudu kecil dengan air suam.
  • Oat ­– boleh ditambah dalam minuman/makanan.
  • Amalkan minum milo/nestum/horlicks
  • Air Kelapa
  • Milkmaid tea
  • Melilea Organic Soya Drink
  • Autumnz Organic Nursing Tea
  • Joy Angel Nursing Tea
  • Air soya dan produk soya seperti tauhu, taufufa, tempe.
  • Teh hijau Jepun

Selain dari pemakanan dan minuman, para ibu boleh mengamalkan beberapa zikir dan doa serta melakukan beberapa amalan untuk sebagai ikhtiar dan usaha memperbanyakkan susu badan.

Zikir dan Doa

  • Berzikir dengan kalimah Ya Matin (Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yang paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  • Baca doa untuk ibu-ibu – “Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…”
  • Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca surah al-Baqarah ayat 60, letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak dan supaya mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun.

Maksud ayat surah al-Baqarah, ayat 60 :

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Lain-lain Amalan

  • Selalu bersihkan puting untuk memudahkan liang-liang susu keluar dengan laju.
  • Kerapkan pengepaman setiap 2-3 jam sekali masa di dalam pantang, inshaAllah susu akan berlebihan nanti.
  • Kerapkan pengepaman waktu malam, kerana waktu malamlah yang merangsangkan hormon payudara untuk membanyakkan air susu.
  • Wajib mengurut badan satu bulan sekali. Boleh betulkan perjalanan urat-urat payudara.
  • Pam susu sambil lihat muka anak atau gambar anak di telefon bimbit atau bayangkan wajah comel anak yang menjadi segala-galanya dalam hidup.
  • Rehatlah secukupnya. Jauhi stres kerana stres akan menyebabkan hormon oksitosin terencat, sekaligus merencat pemancutan susu ibu. Bawa bayi tidur bersama anda setiap masa anda dengan bayi (hari cuti).
  • Susuilah bayi dengan kedua-dua belah payudara sehingga bayi sendiri yang melepaskan puting setelah dia tertidur kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  • Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

Para ibu yang menyusu disarankan untuk meninggalkan atau mengelakkan minuman ais dan minuman bergas. Sentiasalah berdoa pada Allah SWT, semoga diberi ketenangan dan dibanyakkan air susu. Usaha dan tawakkal adalah sebaiknya. Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu anda, inshaAllah.

Loading...

Tags: #amalan membanyakkan susu badan #amalan untuk ibu menyusu #bila susu badan akan keluar #breastfeeding #cara keluarkan susu badan #cara menyusu #cara pam susu badan yang betul #doa membnayakkan susu badan #doa untuk ibu menyusu #makanan tambahan untuk ibu menyusu #makanan untuk banyakkan susu badan #makanan untuk ibu menyusu #makanan untuk membanyakkan susu badan #menyusukan bayi #minuman membanyakkan susu badan #minuman perlu dielakkan semasa menyusu badan #minuman untuk ibu menyusu #minuman wajib ditinggalkan jika ingin banyakkan susu badan #petua banyakkan susu badan selepas bersalin #susu badan menitik #susu ibu hamil #susu ibu tahan berapa jam #zikir membanyakkan susu badan #zikir untuk ibu menyusu

Cara Membina Kolam Hiasan Di Laman Rumah, Simple & Cantik!
Membina sebuah kolam hiasan sebenarnya mencipta pelbagai manfaat tanpa melibatkan kos yang tinggi.
Cara Membuat Media Tanaman Ringkas Untuk Tanaman
Media tanaman adalah salah satu komponen penting dalam bidang pertanian. Media tanaman digunakan
Cara Membuat Baja NPK Larut Untuk Tanaman Organik Di Rumah!
Apakah baja NPK? Sistem pemberian huruf dan nombor ini telah diperkenalkan oleh Justus
Cara Mengenali Karakter Seseorang Melalui Gaya Berjalan!
Banyak cara yang dapat dilakukan untuk membaca karakter seseorang. Salah satunya adalah melihat

Comments are closed.