4 Langkah Mudah Cuci Pakaian Berasaskan Batik Perlu Anda Ketahui!

4 Langkah Mudah Cuci Pakaian Berasaskan Batik Perlu Anda Ketahui!

Memakai pakaian berasaskan batik seperti kemeja dan baju kurung bukanlah suatu yang asing di negara kita.

Bukan sahaja dipakai oleh penjawat-penjawat awam pada setiap hari Khamis malahan disambut baik oleh organisasi-organisasi bukan kerajaan dan swasta.

Pemakaian baju batik pada masa kini tidak hanya untuk majlis formal semata-mata bahkan sangat menarik dan elegan dikenakan di majlis-majlis santai atau semi formal.

Seperti jeans, pakaian batik juga perlu dicuci dan dijaga dengan betul bagi mengekalkan kualitinya.

Jika sebelum ini penulis kongsikan tentang 4 tips mudah rawat pakaian betasaskan jeans supaya tahan lama dan kekal bergaya. Untuk kali ini, penulis senaraikan pula 4 langkah mudah cuci pakaian berasaskan batik yang perlu anda ketahui.

Apa tunggu lagi, jom semak artikel dibawah.

1. Cuci Tanpa Sabun Pembersih

Apabila membersihkan pakaian berasaskan batik, elakkan menggunakan sabun pembersih atau detergen kerana mengandungi pelbagai bahan kimia yang boleh mengakibatkan warna semakin terhakis dan luntur. Oleh itu, anda disyorkan supaya menggunakan sabun mandi atau detergen cecair khas untuk pakaian batik yang boleh didapati di pasar raya. Cara mencucinya, letakkan pakaian batik anda ke dalam air dan rendamkan selama 20 hingga 30 minit. Gosok perlahan-lahan kemudian dibilas dengan air bersih.

2. Gunakan Air Sederhana Panas

Sekiranya terdapat kesan kotoran pada pakaian batik, anda boleh gunakan air sederhana panas untuk mencucikannya. Semudah ABC, anda cuma perlu rendamkan ke dalam air sederhana panas sebelum pakaian batik anda dicuci seperti Langkah 1 diatas. Kesan kotoran yang melekat akan hilang pada pakaian batik anda apabila dibersihkan dengan air sederhana panas.

3. Basuh Secara Berasingan

Salah satu sebab kenapa pakaian batik anda berubah warna atau luntur adalah membersihkannya dengan pakaian-pakaian lain seperti t-shirt, kemeja atau seluar. Bukan sahaja merosakkan pakaian batik bahkan pakaian-pakaian yang lain milik anda. Oleh itu, anda diingatkan supaya jangan sekali-kali mencampurkan pakaian berkenaan dengan pakaian yang lain apabila mencuci pakaian berasaskan batik.

4. Jemur Di Tempat Kurang Terdedah Cahaya Matahari Secara Langsung

Selepas mencuci, seelok-eloknya jangan diperas secara kuat pakaian batik anda. Cukup sekadar kibas kemudian di jemur di ampaian. Paling penting, jemur pakaian batik anda ditempat yang kurang terdedahnya cahaya matahari agar tekstur dan warnanya tidak berubah dan kusam.

Kesimpulannya, 4 langkah mudah diatas sedikit sebanyak membantu dan memudahkan anda untuk mencucikan pakaian batik masing-masing. Selamat mencuba!

azlan-150x150 4 Langkah Mudah Cuci Pakaian Berasaskan Batik Perlu Anda Ketahui!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #bagaimana cara perawatan kain batik agar tetap awet #cara basuh baju batik #cara basuh batik #cara jaga batik supaya tahan lama #cara mencuci baju batik agar tidak pudar #cara mencuci batik agar tidak luntur #cara mencuci batik dengan lerak #cara mencuci batik katun #cara mencuci sarung batik #Cara Mudah Cuci Pakaian Berasaskan Batik #deterjen untuk mencuci batik #Langkah Mudah Bersihkan Pakaian Batik #malaysian batik #Tips Mudah Cuci Pakaian Berasaskan Batik

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Comments are closed.