5 Jenis Putus Cinta Yang Mungkin Pernah Dialami Anda. No 2 Tu Seringkali Berlaku!

5 Jenis Putus Cinta

Anda pernah mengalami keadaan putus cinta? Kebanyakan orang mengatakan bahawa saat putus cinta dengan kekasih hati adalah masa yang sangat sukar untuk ditempuhi dan menyakitkan hati.

Bahkan, kesakitan ini mengambil masa yang sangat panjang sehingga bertahun-tahun lamanya bergantung kepada keadaan seseorang yang menghadapinya.

Tahukah anda, terdapat beberapa jenis putus cinta yang sering dialami oleh orang-orang disekeliling kita.

Dipetik dari portal Wolipop Indonesia, penulis senaraikan 5 jenis putus cinta yang mungkin pernah dialami anda semua! Take a look!

1. Kekasih Menghilangkan Diri

Meskipun kekasih anda bukan seorang ahli silap mata namun keedahnya untuk memutuskan hubungan antara anda dan si dia dengan menghilangkan diri sangat menjengkelkan. Lebih baik berkata Tidak daripada ‘Tergantung Sepi’ tanpa apa-apa berita. Jika anda mengalami situasi ini, usahlah berfikir panjang untuk pergi atau move on. Ingat, kumbang bukanlah seekor, bunga bukanlah sekuntum!

2. Alasan Klasik

“Saya tidak sesuai menjadi kekasih awak! Awak terlalu baik buat lelaki/perempuan macam saya!.” Kata-kata sedemikian akan digunapakai apabila berdepan situasi si dia yang ingin memutuskan hubungan cinta dengan anda. Jangan sesekali percaya kata-kata atau alasan berkenaan kerana beliau tidak mahu menunjukkan sisi jahat yang sebenarnya saat berdepan dengan anda.

3. Dicurangi Kawan & Kekasih

Sangat menyakitkan apabila mengetahui sang kekasih berlaku curang dan bercinta dengan kawan baik anda. Perkara ini sangat menjengkel jika ditonton di kaca televisyen namun lebih menjijikkan apabila berlaku dalam kehidupan yang sebenar. Bukan sahaja sedih ditinggalkan kekasih bahkan kecewa dikhianati oleh kawan baik sendiri.

4. Berpisah Menerusi Pesanan Teks Mesej

Aplikasi seperti SMS sangat popular pada satu masa lalu lebih-lebih lagi apabila hendak berkomunikasi dengan seseorang selain membuat panggilan telefon. Disebabkan sukar untuk memutuskan cinta apabila berdepan antara satu sama lain, SMS menjadi pilihan utama sebagai pengganti diri bagi menamatkan perhubungan yang terjalin selama ini.

5. Berpisah Di Hari Istimewa

Sama ada ianya dilakukan secara sengaja atau tidak, berpisah dengan kekasih ketika menyambut hari-hari penting merupakan saat paling tragis dalam kehidupan anda. Sebagai contoh, kekasih anda meminta untuk putus di majlis hari jadi atau majlis konvokesyen anda.

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #ayat kecewa #ayat putus cinta paling sedih #ayat sedih cinta tak dihargai #doa untuk menghilangkan sakit hati #Images for putus cinta #Jenis Putus Cinta Yang Pernah Dialami Anda #Jenis-Jenis Putus Cinta #kata kata putus cinta sedih #kata kata putus cinta tapi masih sayang #kata kata sakit hati dan kecewa #Kategori Putus Cinta #putus cinta break up #putus terpaksa

Amalan Isteri Derhaka Kepada Suami Walaupun Tanpa Disedari
Wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan dunia sebagaimana sabda Nabi SAW yang bermaksud :
Punca Rezeki Suami Menjadi Sempit. Ini Sebab Ramai Isteri Tidak Perasan!
Perkahwinan merupakan sunnah Nabi SAW. Selain daripada mendapat pahala dengan menyempurnakan sunnah, perkahwinan turut
Ini Punca Kenapa Rezeki Susah Masuk Walaupun Telah Berusaha Gigih!
Adakah anda sedang hadapi masalah yang banyak hingga menyebabkan rezeki itu lambat datang?
Punca Suami Berubah Hati. Para Isteri Wajib Baca!
Apabila bergelar seorang isteri, sudah pasti setiap wanita mahu untuk menjadi seorang isteri

Comments are closed.