5 Penyanyi Lelaki Malaysia Popular Masa Kini!

5 Penyanyi Lelaki Malaysia Popular 2017

Industri seni hiburan negara tidak pernah sunyi dengan kehadiran bakat-bakat baharu sama ada bergelar pelakon, penyanyi, penyampai radio atau pengacara.

Di dunia seni suara sendiri, saban tahun ramai penyanyi baharu muncul dengan keunikan tersendiri serta memiliki suara yang merdu dan memukau.

Kehadiran mereka bukan sahaja memeriahkan industri bahkan dilihat mempunyai potensi besar dalam meningkatkan seni hiburan tanah air.

Untuk kali ini, penulis kongsikan dengan anda 5 penyanyi lelaki Malaysia popular pada masa kini. Let’s find out!

1. Aiman Tino

Gambar-penyanyi-lagu-Ku-Rela-Dibenci-Aiman-Tino-e1471431315661-300x300 5 Penyanyi Lelaki Malaysia Popular Masa Kini!

“Ku Tertawa Kau Menangis, Engkau Tertawa Aku Menangis, Kerana Dirimu Oh Sayangku…”

Itulah bait-bait lagu Ku Rela Dibenci dendangan penyanyi kelahiran Kuala Kubu Bharu, Selangor, Aiman Tino yang telah mengangkat namanya di persada seni hiburan tanah air sekitar 2016.

Lagu berkenaan bukan sahaja mencipta fenomena tersendiri di arena seni muzik negara bahkan mengembalikan semula kegemilangan lagu-lagu balada cinta tangkap leleh yang sememangnya popular sekitar 90-an.

Selain lagu Ku Rela Dibenci, pemilik nama lengkap Mohammad Aiman Yusri turut merakamkan beberapa lagu popular yang lain seperti Permata Cinta, Ku Hanya Sayang Padamu, Lara Dalam Kerinduan dan Terasa Cinta (berduet bersama Fara Hezel).

Untuk rekod, anak keempat daripada 10 beradik ini adalah anak kepada finalis bintang RTM 1992 iaitu Yusri Ishak (ACK) yang kini berjinak-jinak dalam bidang penulisan lagu bersama isterinya, Hazelina Mat Jalil (Riena).

Sehingga artikel ini ditulis, Aiman yang bernaung di bawah label Aries Music mempunyai 1.1 juta pengikut di Instagram miliknya.

2. Haqiem Rusli

Haqiem-Rusli-photo-300x300 5 Penyanyi Lelaki Malaysia Popular Masa Kini!

Ridzuan Haqiem Rusli atau nama komersilnya Haqiem Rusli merupakan antara salah satu penyanyi baharu yang semakin meningkat naik dan meniti di bibir peminat muzik tempatan sehingga ke hari ini.

Selepas kejayaan lagu Segalanya, jejaka berusia 19 tahun ini tampil dengan single berjudul Tergantung Sepi yang menjadi siulan generasi muda di luar sana dan pernah menjuarai beberapa carta muzik di stesen-stesen radio tanah air.

Bukan sahaja dikurniakan suara yang merdu dan vokal yang mantap, bekas kumpulan The BeeSings ini juga berbakat dalam bidang penulisan lirik lagu. Di samping untuk diri sendiri, figura kacak ini juga turut menghasilkan beberapa lirik lagu untuk artis-artis terkenal Malaysia seperti Irfan Haris (Pesan), Sufi Rashid (Aku Sendiri) dan Putera Band (Tersiksa).

Sekadar info, anak muda ini adalah naib juara program Idola Kecil musim pertama dan finalis kepada Mentor Milenia 2016 dibawah bimbingan Black Hanifah.

Terkini, beliau muncul dengan single terbaharu bertajuk Jatuh Bangun berduet bersama Aman RA.

3. Khai Bahar

Gambar-Khai-Bahar-Official-e1511551181858-300x300 5 Penyanyi Lelaki Malaysia Popular Masa Kini!

Siapa yang tidak mengenali King Of Smule iaitu Khai Bahar yang popular menerusi lagu Bayang. Namanya mula melonjak naik apabila video nyanyiannya di aplikasi karaoke atas talian, Smule viral di laman media sosial.

Antara lagu-lagu yang dinyanyikan oleh pemilik nama lengkap Muhammad Khairul Baharuddin di aplikasi berkenaan adalah Sudah Ku Tahu (Projector Band), Memori Berkasih (Siti Nordiana & Achik Spin) serta Madah Berhelah (Ziana Zain).

Bernaung di bawah label NAR Record, anak jati Perlis ini turut menerima beberapa anugerah sepanjang dua tahun berkecimpung dalam dunia hiburan iaitu Artis Baharu Lelaki Meletop di Anugerah Meletop ERA (AME) 2017, Artis Baharu Lelaki Popular dan Penyanyi Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2017 serta Artis Paling Popular di Anugerah Planet Muzik (APM) 2017.

Dalam perkembangan terkini, duta kepada Perfume Bayang Limeted Edition (Rises) ini sedang sibuk mempromosikan single terbaharunya berjudul Lulur.

4. Ismail Izzani

Ismail-Izzani-300x300 5 Penyanyi Lelaki Malaysia Popular Masa Kini!

Lagu bertajuk Sabar sedikit sebanyak membuka pintu rezeki buat pendatang baharu bernama Ismail Izzani ke lapangan seni hiburan negara. Ramai yang memuji kelunakan suara dan bakat yang ada pada bintang kelahiran Ampang, Selangor ini.

Paling menarik, lagu Sabar semakin mendapat tempat di hati para penikmat muzik dan acapkali dimainkan di corong-corong stesen radio kerajaan mahupun swasta tempatan.

Setakat ini, video muzik Sabar telah ditonton sebanyak lebih 19 juta tontonan sejak dimuat naik di saluran YouTube pada 24 Februari 2017.

Sedang menyinar bakat dan populariti, anak bongsu daripada tiga beradik baharu sahaja melancarkan single keduanya berjudul Demi Kita.

Untuk pengetahuan para pembaca, figura berbintang Aries merupakan anak kepada penyanyi popular 80-an, Datin Sulisa Salam yang terkenal dengan lagu Untuk Sekali Lagi.

5. Sufian Suhaimi

foto-sufian-suhaimi-300x300 5 Penyanyi Lelaki Malaysia Popular Masa Kini!

Nama Sufian Suhaimi menjadi sebutan orang ramai apabila single pertamanya iaitu Terakhir mula meledak pada tahun lalu.

Untuk info, lagu berhantu ini dicipta sepenuhnya oleh dirinya bersama dua orang kawan bernama Sirkhan dan Rinkarnaen.

Lagu Terakhir juga turut layak ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-31 yang telah berlangsung pada 22 Januari 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.

Sama seperti Aiman Tino, jejaka berusia 25 tahun juga bernaung di bawah syarikat rakaman, Aries Music.

Sehingga kini, Sufian telah merakamkan empat buah lagu iaitu Terakhir, Terasa Ada, Harus Aku dan Kasih Lebaran (lagu raya).

Paling manis, lelaki tampan berkaca mata ini telah mengikat tali pertunangan dengan pelakon bertubuh genit, Elfira Loy pada 6 Oktober lalu dan bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada bulan Mac 2018.

azlan-150x150 5 Penyanyi Lelaki Malaysia Popular Masa Kini!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Aiman Tino #artis lelaki paling popular 2017 #Haqiem Rusli #ismail izzani #khai bahar #lelaki paling terkenal malaysia 2017 #Penyanyi Lelaki Popular Malaysia #Penyanyi Lelaki Popular Malaysia Masa Kini #penyanyi pujaan malaysia 2017 #Sufian Suhaimi

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.