Fara Hezel, Pelantun Lagu Terasa Cinta & Kakak Aiman Tino

Fara Hezel Kakak Aiman Tino

Korang kenal tak gadis cantik molek bernama Fara Hezel ini? Kalau nak tahu, Fara atau nama sebenarnya Nur Fara Azira Yusri ini adalah kakak kepada penyanyi remaja yang semakin meningkat naik, Aiman Tino.

Sedar atau tidak, figura inilah yang menjadi model wanita untuk muzik video Aiman berjudul Ku Rela Dibenci.

Malah, anak jati Kuala Kubu Bharu, Selangor ini turut mengikut jejak adiknya apabila dilamar menjadi artis rakaman di bawah label Aries Music sekitar Mei 2017.

Selepas melancarkan lagu pertamanya iaitu Setiaku Pasti, wanita berusia 21 tahun ini mengeluarkan single keduanya berjudul Terasa Cinta. Menariknya, Aiman turut menyumbangkan suaranya sebagai penyanyi rap dalam lagu berentak rancak ini.

Apa tunggu lagi, jom kenali lebih dekat dengan bintang muda berbakat ini.

Biodata Ringkas Fara Hezel

Nama Penuh: Nur Fara Azira Yusri
Nama Komersil: Fara Hezel
Umur: 21 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 8 Mei 1996
Zodiak: Taurus
Asal: Kuala Kubu Bharu, Selangor
Adik Beradik: Anak ketiga daripada 10 beradik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia
Kerjaya: Penyanyi

Lagu/Single: Terasa Cinta (duet bersama Aiman Tino) & Setiaku Pasti.

Laman Media Sosial Fara Hezel

Trivia Menarik Tentang Fara Hezel

  • Merupakan penuntut Politeknik Sultan Azlan Shah, Behrang, Perak dalam jurusan Pemasaran dan Perniagaan.
  • Selain menjadi penyeri kepada muzik video lagu Ku Rela Dibenci, Fara juga menyumbangkan suaranya dalam single kedua Aiman Tino berjudul Permata Hati.
  • Beliau juga turut menjayakan beberapa babak lakonan bersama Arja Lee untuk persembahan adiknya di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-31.
  • Nama ‘Hezel’ diinspirasikan daripada nama ibunya iaitu Hazelina Mat Jalil.
  • Turut menjalani latihan industri (praktikal) di Media Prima Sdn Bhd.
  • Keluarganya turut menjalankan bisnes berasaskan restoran yang beroperasi di Dataran Kuala Kubu Bharu.
  • Ayahnya iaitu Yusri Ishak adalah bekas finalis Bintang RTM 1992.
  • Si cantik ini juga pernah menyertai program Pencarian Gadis Panca NR 2017.
  • Fara turut mempunyai kelab peminatnya tersendiri Farahezel Supporters yang telah ditubuhkan secara rasmi pada 5 September 2017.
  • Sehingga kini, Fara memiliki seramai 170,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Fara Hezel, Pelantun Lagu Terasa Cinta & Kakak Aiman Tino

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #aiman tino kakak #Biodata Fara Hezel #Fara Hezel #fara hezel biodata #fara hezel instagram #Fara Hezel Kakak Aiman Tino #Fara Hezel Penyanyi Lagu Setiaku Pasti #Fara Hezel Penyanyi Lagu Terasa Cinta #Fara Hezel Setiaku Pasti #Kakak Aiman Tino #Kenali Fara Hezel #Nur Fara Azira Yusri #Penyanyi Lagu Setiaku Pasti #Penyanyi Lagu Terasa Cinta #Profil Fara Hezel #setia ku pasti

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.