The Sacred Riana, Juara Asia’s Got Talent 2017

The Sacred Riana, Juara Asia's Got Talent 2017

Pejam celik pejam celik program Asia’s Got Talent (AGT) 2017 telah melabuhkan tirainya di mana telah menobatkan peserta bernama Marie Antoinette Riana Graharani atau nama pentasnya The Sacred Riana selaku juara bagi musim kedua.

Wanita kelahiran Jakarta, Indonesia ini telah menewaskan lapan peserta lain iaitu DMX Comvalenos (Filipina), Shobi Shaker (Malaysia), Cannion Shijirbat (Mongolia), Feng- E (Taiwan), Angela July (Indonesia), Adem Dance Crew (Kyrzystan), Neil Rey Gracia (Filipina) dan Urban Crew (Filipina) di pentas akhir bertempat di Marina Bay Sands, Singapura pada 14 Disember 2017.

Dengan persembahan yang menyeramkan namun menghiburkan para penonton dan juri, figura berusia 25 tahun ini membawa pulang wang tunai sebanyak US$100,000 atau RM408,300.

Program yang telah berlangsung selama 10 minggu dan disertai oleh 15 buah negara ini dihoskan oleh Alan Wong dan Justin Bratton serta diadili oleh David Foster, Anggun dan Jay Park.

Untuk rekod, kumpulan El Gamma Penumbra dari Filipina menjuarai AGT 2016.

Jom kita berkenalan dengan ahli silap mata ini.

Biodata Ringkas The Sacred Riana

Nama Penuh: Marie Antoinette Riana Graharani
Nama Komersil: The Sacred Riana/Riana
Umur: 25 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 13 Julai 1992
Zodiak: Cancer
Asal: Jakarta, Indonesia
Adik Beradik: Anak sulung daripada dua beradik
Kerjaya: Ahli Silap Mata
Warganegara: Indonesia

Laman Media Sosial The Sacred Riana

Trivia Menarik Tentang The Sacred Riana

  • Riana merupakan ahli silap mata yang beraliran Bizarre Illusionist dengan keahlian khusus telekinesis iaitu keupayaan memanipulasi objek fizik dengan menggunakan fikiran.
  • Beliau tertarik dengan dunia silap mata sejak kecil lagi dek kerana ayahnya juga merupakan ahli silap mata.
  • Idolanya dalam dunia silap mata adalah David Copperfield iaitu ahli silap mata tersohor antarabangsa.
  • Selain AGT 2017, Riana juga pernah menyertai program seperti Hizteria (2012), Stand Up Magician (2012) dan The Next Mentalist (2013-2014).
  • Menyandang tempat kedua dalam program The Next Mentalist.
  • Gaya busana dan fesyen rambutnya diinpirasikan daripada salah satu watak dalam filem seram Jepun berjudul Ringu.
  • Selalu ditemani boneka anak patungnya bernama Riani.
  • Setakat ini, Riana memiliki lebih 80,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 The Sacred Riana, Juara Asia's Got Talent 2017

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata The Sacred Riana #Juara Asia's Got Talent 2017 #Kenali The Sacred Riana #Marie Antoinette Riana Graharani #Profil The Sacred Riana #Riana Juara AGT 2017 #The Sacred Riana #The Sacred Riana Juara Asia's Got Talent 2 #The Sacred Riana Juara Asia's Got Talent 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.