Cara Menghilangkan Kerak Pada Kulit Kepala Bayi

Cara Menghilangkan Kerak Pada Kulit Kepala Bayi

Setiap bayi yang baru lahir biasanya masih terdapat kerak di kepalanya. Kerak kepala atau cradle cap kelihatan seperti kondisi kelemumur yang parah. Ia akan timbul sebagai satu kawasan merah atas kulit kepala bayi baru lahir, diselaputi oleh tompok-tompok yang berminyak, kuning dan bersisik.

Dalam sedikit masa, sisik-sisik itu mula menanggal dan menjadi senang untuk dihapus buang, seperti kelemumur, tetapi selalunya ada rambut bayi yang terlekat.

Kadangkala kerak kepala boleh menutupi seluruh kulit kepala tetapi ia juga boleh timbul di muka bayi, di keliling ruang lampin, ketiak dan hidung; di tempat-tempat ini ia diberi nama ekzema seborea (dermatitis) bukan kerak kepala.

Kerak kepala kerap berlaku dalam kalangan bayi bawah usia lapan bulan, sebab ia lazimnya bermula semasa tiga bulan pertama kehidupan bayi, tetapi boleh berlanjutan untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Ia juga boleh berlaku bagi bayi yang lebih tua dan bayi bertatih.

Walaupun kondisi itu kelihatan agak buruk, ianya tidaklah gatal dan tidak akan menyebabkan sebarang ketidakselesaaan. Ianya tidak merbahaya dan tidak perlu dibimbangkan.

Cara menghilangkan kerak kepala

Terdapat beberapa strategi yang anda boleh cuba untuk menanggalkan kerak kepala.

Cara 1

Basuh rambut bayi anda secara kerap dengan syampu bayi kemudian tanggalkan kepingan-kepingan kerak dengan menggunakan berus lembut. Gosok minyak bayi yang lembut ke atas kulit kepala bayi anda, biarkan sekejap (semalaman jika mahu) kemudian tanggalkan kepingan-kepingan itu, dan buangkan minyak pada rambut dengan syampu bayi yang lembut.

Sudah tentu anda teringin untuk duduk dan mengikis lapisan kerak atas kepala anak anda, tetapi elakkan ini, kerana membuat demikian akan menyebabkan tompok-tompok kemerahan dan boleh mendapat infeksi.

Kerak kepala akan hilang dengan sendirinya, tetapi bercakaplah dengan doktor atau pakar pediatrik anda jika kondisi itu berlarutan, atau menjadi lebih parah, atau merebak ke muka atau leher anak anda.

Cara 2

Gosokkan sedikit minyak mineral, minyak bayi atau petroleum jelly ke bahagian kulit yang bersisik. Biarkan minyak atau gel meresap ke kulit selama 15 minit. Minyak/gel akan mengendurkan kerak menjadi lebih mudah untuk dibersihkan. Jangan membiarkan minyak atau gel menempel pada bayi terlalu lama kerana akan menyebabkan kerak menjadi sukar untuk ditanggalkan secara semulajadi.

Minyak kelapa dan shea butter adalah ubatan semulajadi yang umum dan dapat digunakan. Jangan menggunakan minyak zaitun karena dapat mendorong pertumbuhan ragi kulit, atau malassezia, dan ini akan membuat kerak kulit semakin buruk. Bersihkan minyak dengan air yang suam.

Cucilah kepala bayi dengan hati-hati menggunakan syampu bayi yang lembut untuk menghilangkan minyak atau gel dan kerak. Sikatlah kerak yang telah mengendur dari rambut bayi menggunakan sikat lembut.

Cara 3

Campurkan cuka epal dan air dengan perbandingan 1:2. Ratakan larutan ini ke kerak kepala dan biarkan selama 15 minit atau sampai kering. Larutan akan membantu melarutkan dan mengendurkan kerak.

Selain cuka epal, anda juga boleh menggunakan serbuk soda. Campurkan soda dan air. Gunakan 1-2 sudu teh soda dan air dengan perbandingan 1:1. Sapukan ke area yang bermasalah dan biarkan mengering di kulit kepala bayi selama 15 minit.

Jangan sapukan cuka atau soda ke kulit yang menggelupas atau luka terbuka kerana dapat menimbulkan rasa pedih. Sikatlah kerak menggunakan sikat bergigi rapat. Sikatlah rambut bayi anda dengan lembut sambil mengangkat dan melepaskan kerak yang sudah mengendur perlahan.

Cucilah kepala bayi untuk membersihkan sisa-sisa cuka epal atau soda. Berhati-hatilah agar cuka epal atau campuran soda tidak mengenai mata bayi. Gunakan syampu lembut yang telah terbukti baik untuk kulit sensitif bayi.

 

Rujukan : 
https://www.babycenter.com.my
https://id.wikihow.com
Loading...

Tags: #bayi sihat #cara alami menghilangkan kerak kepala bayi #cara mengatasi kerak kepala bayi #cara menghilangkan kerak pada kulit kepala bayi #cara merawat kerak kepala bayi baru lahir #cradle cap #kerak kepala bayi #kerak pada kepala bayi #masalah kerak kepala bayi #Menghilangkan Kerak Pada Kulit Kepala Bayi #petua menghilangkan kerak pada kulit kepala bayi

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan
10 Tips Atasi Gagap Bercakap
Gagap ialah gangguan pertuturan yang boleh menjejaskan cara seseorang bercakap, termasuk kelewatan atau

Leave a reply "Cara Menghilangkan Kerak Pada Kulit Kepala Bayi"