Cara Jitu Hilangkan Ketagihan Rokok. Perokok Tegar Boleh Cuba Petua Ini!

Cara Jitu Hilangkan Ketagihan Rokok.

Harga sekotak rokok semakin lama semakin mahal. Mungkin inilah masanya untuk para perokok tegar menguatkan tekad untuk berhenti merokok. Merokok seperti diketahui umum, sangat membahayakan kesihatan. Jika anda seorang perokok tegar, lebih baik anda mencuba untuk berhenti dari tabiat buruk anda tersebut.

Terdapat beberapa tanda yang jelas kelihatan apabila seseorang sudah ketagih merokok.

  • Anda tidak dapat berhenti merokok walaupun telah mencuba pelbagai cara untuk berhenti.
  • Anda akan pastikan bekalan rokok sentiasa ada.
  • Apabila anda berhenti merokok, anda akan mengalami simptom nikotin withdrawal seperti bimbang, resah,gelisah tanpa sebab. Kesukaran untuk menumpukan perhatian, tertekan, rasa marah dan lapar.
  • Jika anda sakit anda tetap akan merokok. Malah anda tetap teruskan merokok walaupun mengalami masalah paru-paru atau jantung.
  • Anda sanggup kurangkan aktiviti rekreasi kerana ingin merokok.
  • Sanggup tidak pergi ke restoran atau majlis serta sesuatu tempat yang melarang merokok atau perlu bebas dari asap rokok.
  • Menjauhkan diri dengan rakan-rakan yang tidak merokok malah lebih selesa dan suka bersama-sama dengan rakan yang merokok.
  • Sering berasa stress atau rimas apabila ada yang menegur tabiat merokok anda, malah terasa lebih tercabar dan menyebabkan anda terus merokok lebih banyak.

Secara ringkasnya tabiat merokok telah mengundang pelbagai penyakit kronik. Ia bukan sahaja membahayakan perokok malah orang-orang sekeliling termasuk ahli keluarga. Terdapat pelbagai cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan ketagihan malah boleh menghilangkan terus rasa ketagih itu. Berikut adalah cara jitu untuk anda menghilangkan rasa ketagihan pada rokok dan juga bahan yang dapat dicuba untuk menghilangkan ketagihan merokok.

  1. Elakkan kebiasaan untuk mendorong rasa ingin merokok

Elakkan beberapa kebiasaan yang boleh membuat anda ingin merokok seperti minum kopi, alkohol, ataupun naik marah. Namun jika anda tidak mampu untuk menghindari itu semua, anda boleh cuba memakan buah-buahan dan juga susu.

  1. Gantikan rokok dengan snek

Apabila keinginan merokok terasa, cuba alihkan minda anda dan cuba nikmati pelbagai jenis snek.

  1. Mengunyah gula-gula getah

Ganti kebiasaan merokok dengan mengunyah gula-gula getah. Dengan mengunyah chewing gum ini, anda dapat mengalihkan fikiran dari rokok. Dua bulan dengan cara ini menurut pengalaman orang lain, dapat menghentikan kebiasaan merokok.

  1. Minum lebih banyak air

Cubalah untuk minum lebih banyak air. Air merupakan egen detoks yang mudah didapati. Air akan membantu dalam detoksifikasi badan. Setiap kali rasa ingin merokok, minumlah segelas air. Air bukan sahaja boleh membantu mengurangkan keinginan malah mengurangkan simptom withdrawal. Air membantu dalam menghilangkan racun dari merokok yang telah meresap dalam tubuh anda lebih cepat, sekaligus mengurangi keinginan anda untuk merokok. Kalau boleh, minumlah air panas atau air suam kerana akan membuat nafsu untuk merokok berkurang.

  1. Menggosok gigi

Menggosok gigi secara teratur ternyata dapat menahan keinginan anda untuk sebatang rokok.

  1. Makan buah dan sayuran yang tepat

Makanlah buah dan sayur-sayuran yang tepat sebelum anda merokok. Sebuah kajian mendapati jika mengambil makanan ini akan membuat rokok anda terasa memuakkan. Hadiahi diri anda dengan menggunakan wang yang lebih dari tidak membeli rokok. Jika anda merasa ingin sekali merokok, ambillah buah lalu makan. Akan lebih baik jika dalam bentuk jus buah segar.

  1. Oat

Oats merupakan sejenis makanan yang dapat membantu menyingkirkan toksin dalam badan dan mengurangkan keinginan untuk merokok serta mengurangkan simptom withdrawal. Caranya adalah ambil 1 sudu besar oat dan dicampur ke dalam 2 cawan air masak. Rendam semalaman dan rebus pada keesokkan harinya kira-kira 10 minit. Makan oat tersebut setiap kali selepas makan.

  1. Serbuk cili merah

Cili merah juga merupakan salah satu ubat semulajadi untuk berhenti merokok. Caranya adalah dengan mencampurkan beberapa cubit serbuk cili merah ke dalam segelas air.  Cili merah membantu dalam menyahsensiviti sistem pernafasan untuk semua perkara yang melibatkan ketagihan. Ia juga mampu mengurangkan ketagihan merokok.

  1. Halia dan bunga lobelia

Salah satu simptom withdrawal merokok adalah loya. Halia didapati dapat mengurangkan rasa loya, minum air yang dicampur dengan jus halia. Bunga lobelia pula membantu mengatasi gejala seperti loya, lapar dan kurang rasa tumpuan.

  1. Multivitamin

Merokok menyebabkan badan anda kekurangan vitamin yang penting dalam badan. Vitamin A, C dan E dapat menampung semula kekurangan vitamin itu malah boleh menangani  simptom withdrawal. Vitamin A mampu mengurangkan mukus, vitamin E mampu membaiki sel-sel yang rosak akibat merokok dan vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun badan.

  1. Radish

Sejenis lobak yang dipercayai dapat membantu untuk berhenti merokok. Parut lobak atau mesin dan ambil jusnya. Campurkan bersama madu dan minum sekurang-kurangnya 2 gelas sehari.

  1. Licorice stick

Sejenis herba yang dapat mengurangkan rasa keinginan untuk merokok. Kunyah licorice stick setiap kali anda berasa ingin merokok.

  1. Ekstrak biji anggur dan jus anggur

Pengambilan ekstrak biji anggur dapat membaiki kerosakan paru-paru yang disebabkan oleh tabiat merokok. Manakala kandungan asid dalam jus anggur dapat membantu menyingkirkan nikotin. Jadikan amalan meminum jus anggur setiap hari akan memudahkan anda mengurangkan ketagihan merokok.

  1. Hyssop

Sejenis herba yang dipercayai dapat mengurangkan simptom withdrawal seperti perasaan resah dan dapat membersihkan paru-paru.

  1. Ginseng

Campukan sesudu teh serbuk ginseng dalam sarapan pagi untuk membantu mengurangkan keinginan merokok. Ginseng adalah satu ubatan yang berkesan untuk menghalang pembebasan dopamin, salah satu komponen utama yang terdapat dalam nikotin.

  1. Velarian

Sejenis herba yang terbaik dapat membantu meringankan simptom withdrawal seperti keresahan, insomnia, tekanan, kebimbangan dan kegelisahan.

  1. Madu

Madu merupakan sejenis manisan yang dapat membantu untuk berhenti merokok. Terdapat vitamin, enzim dan protein dalam madu yang mampu mengurangkan tabiat merokok dengan mudah.

Loading...

Tags: #bahan di rumah yang dapat menghilang ketagihan merokok #berhenti merokok #cara berhenti merokok #Cara jitu hilangkan rasa ketagihan rokok #cara mengatasi ketagihan merokok #hilangkan ketagihan rokok #makanan terbaik untuk hilangkan rasa ketagihan rokok #tips berhenti merokok #tips hilangkan ketagihan rokok

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan
10 Teknik Penanaman Sayur Di Ruang Sempit. Teknik Berkebun Ini Boleh Anda Cuba!
Selain menjadikan rumah lebih hijau, kegiatan berkebun juga dapat menjadi pelepas stres akibat
Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!
Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan,
Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!
Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh

Leave a reply "Cara Jitu Hilangkan Ketagihan Rokok. Perokok Tegar Boleh Cuba Petua Ini!"