Cara Atasi Silau Ketika Memandu Waktu Malam

Cara Mengatasi Silau Malam Semasa Memandu Kereta

Silau malam lebih-lebih lagi semasa memandu merupakan masalah yang dialami oleh ramai orang. Kadang kala sangat berbahaya dan terpaksa menghentikan kenderaan gara-gara silau dan tidak dapat melihat arah jalan. Silau mata adalah sejenis rabun yang dikenali sebagai antigmatism. Selain menjaga kesihatan mata dengan amalan senaman mata dan rutin merehatkan mata yang dah penat bekerja untuk kita hari-hari ni, makanan pun sangat penting untuk bantu mata kita sentiasa dapat bertugas dengan cemerlang.

Punca Silau Ketika Memandu Waktu Malam

  • Mata

Punca utama bagi masalah silau ialah kuasa mata atau power yang tidak dibetulkan. Sama ada power sphere atau astigmatisma akan memberikan masalah silau. Bagi pemandu yang lebih berusia, mereka akan lebih sensitif kepada masalah silau ini berbanding dengan mereka yang lebih muda. Ini adalah kerana keadaan mata mereka yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan pantas kepada cahaya yang dikenakan pada mereka. Ini sebenarnya berkaitan dengan fisiologi mata mereka. Selain itu pembedahan yang melibatkan bahagian kornea juga boleh menyebabkan silau.

  • Lampu Ekstra Kenderaan

Kebanyakan kenderaan sekarang dilengkapi lampu kabus atau dipanggil fog lamp. Kebanyakan kenderaan, fog lamp dipasang di bahagian bawah iaitu di bahagian bumper depan. Kegunaan fog lamp adalah semasa berada di kawasan kabus tebal. Fog lamp akan dinyalakan untuk memudahkan penglihatan pemandu serta memberikan kemudahan kepada pemandu lain untuk menyedari kehadiran anda.

Ada juga fog lamp pada beberapa kenderaan dibuat cantik dan nampak stylo bila dinyalakan. Namun begitu, menyalakan fog lamp yang stylo itu semasa memandu pada waktu malam biasa dan tanpa kabus, akan memberikan masalah silau kepada pemandu lain. Jangan disebabkan stylo itu akan mengundang bahaya kepada orang lain. Tetapi kebanyakan syarikat-syarikat terkemuka telah memperbaharui reka bentuk fog lamp dengan menggunkan LED yang tidak memberikan masalah silau kepada pemandu lain.

  • Lampu HID

Ada kereta yang menggunakan lampu yang berwarna kebiru-biruan yang tersangat terang. Lampu tersebut dipanggil sebagai High-Intensity Discharge atau HID. HID sudah lama diperkenalkan di Amerika Syarikat iaitu pada tahun 1996 lagi. HID tidak menggunakan filamen seperti lampu biasa tetapi menggunakan voltage tinggi untuk mengionkan gas xenon dan membuatkan ia bercahaya. Tahap kecerahan HID adalah dua kali lebih cerah berbanding dengan lampu halogen biasa.

Sama ada suka atau benci, HID ini bergantung kepada pihak di sebelah mana anda berada. Pemandu yang memandu kereta dengan lampu HID ini mungkin menyukainya disebabkan kecerahan yang tinggi namun bagi pemandu yang terpaksa berdepan dengan HID ini, tahap kesilauan yang dialami adalah tinggi.

  • Kedudukan Lampu Kenderaan

Masalah ini berkaitan dengan kenderaan besar seperti SUV. SUV mempunyai saiz yang besar dan dipandu pada tahap yang lebih tinggi daripada kereta biasa. Saiz yang besar ini menyebabkan lampu yang ditempatkan di SUV adalah lebih tinggi dan menyebabkan silau pada pemandu lain.

  • Tahap Ketinggian Lampu Kenderaan

Tahap-Ketinggian-Lampu-Kenderaan Cara Atasi Silau Ketika Memandu Waktu Malam

Lampu depan kenderaan wajib dilaraskan supaya tidak menganggu pemandu yang bertentangan. Kesilapan melaraskan ketinggian lampu walaupun satu darjah akan memberikan kesan yang besar kepada pemandu lain. Kenderaan yang telah berusia lebih 5 tahun perlu diperiksa tahap ketinggian lampunya kerana lampu depan kenderaan yang begini lebih cenderung untuk misalign.

Cara Mengatasi Rabun Silau Ketika Memandu Malam

  • Makanan tinggi vitamin A dan Beta Karotena

Buah labu memiliki kandungan vitamin A yang tinggi berfungsi sebagai antioksida yang baik untuk mata. Keledek mengandungi vitamin A untuk membantu mengekalkan kesihatan kornea dan melindungi sel mata. Manakala bayam mengadungi vitamin A, lutin dan zeaxanthin yang diperlukan untuk mata sihat. Minyak ikan sangat bagus untuk mata yang selalu kekeringan. Kandungan asid lemak omega yang terkandung dalam minyak ikan membantu untuk menganjalkan otot-otot di sekitar mata. Oleh itu, 4 jenis makanan ini adalah sangat baik diambil bagi mengatasi masalah silau malam.

  • Elakkan silau dari lampu meter dan papan pemuka

Cahaya dari skrin di papan pemuka atau dari panel meter juga akan menyebabkan silau dan ini membuatkan mata pemandu cepat letih dan paling bahaya, pemandangan hadapan terganggu. Ada kereta yang lampu pada papan pemuka dan panel meternya boleh dikurangkan kekuatannya. Jika kenderaan anda anda fungsi itu, kurangkan kadar keterangan lampu papan pemuka agar mata anda tidak penat memandu malam. Anda juga tidak digalakkan memandu dengan lampu kabin terhidup kerana ia akan menyebabkan anda silau dan tidak nampak kenderaan atau jalanraya di hadapan.

  • Jangan memandang ke lampu kenderaan mendatang

Ada antara pemandu yang berkhayal dan terpandang kepada lampu kereta yang datang dari arah bertentangan. Ini hanya akan menyilaukan mata anda dan bila anda hendak lihat ke hadapan kembali, jalan yang gelap itu akan menjadi berpinar-pinar. Satu lagi yang anda perlu ingat ialah kenderaan (kereta dan motosikal) akan bergerak ke arah di mana mata anda sedang melihat. Ini bermakna jika anda merenung kenderaan di laluan sebelah, secara tidak sengaja stereng akan anda gerakkan ke arah tersebut.

  • Turunkan cermin pandang belakang jika silau.

Ada pemilik kenderaan yang menggunakan lampu HID haram (dipasang sendiri dan bukan alatan standard) atau mentol cerah yang didongakkan ke atas. Ada juga pemandu yang memang tidak tahu lampunya tinggi dan menyilaukan pemandu lain di hadapan. (Tips : Jika lampu kenderaan anda sudah boleh menyuluh ke dalam kabin kenderaan di hadapan, ia bermakna lampu anda tinggi). Jika ini berlaku, turunkan cermin sisi dan cermin pandang belakang. Jika tidak tahan juga pada panahan lampu itu, perlahankan kenderaan dan biarkan mereka potong.

  • Jangan pakai cermin mata yang salah

Ada juga iklan yang menyatakan cermin mata dengan lensa kuning sesuai untuk pemanduan di sebelah malam. Ini disangkal sendiri oleh Persatuan Cermin Mata Hitam Amerika Syarikat. Cermin mata warna kuning mungkin akan membantu menaikan kontras, tetapi ia juga menghalang jumlah cahaya yang masuk ke mata anda dan mengurangkan penglihatan.

  • Pakai cermin mata anti-silau

Gunakan cermin mata dengan lapisan anti-silau kerana ia memang membantu. Untuk anda yang memang memakai cermin mata, pastikan nilai astigmatism anda turut dimasukan ke dalam lensa anda kerana ia adalah punca utama silau.

  • Bersihkan cermin hadapan dengan kertas surat-khabar

Permukaan berminyak pada cermin hadapan akan menyebabkan silauan pada pemandu. Bersihkan cermin hadapan, luar dan dalam dengan menggunakan surat khabar kerana mampu membuang minyak-minyak tersebut. Simpan kain microfiber di dalam kenderaan untuk membersihkan bahagian dalam cermin hadapan.

Loading...

Tags: #Antigmatisma #cara mengatasi mata silau #cara mengelak silau semasa memandu #faktor penyebab silau #mengatasi rabun silau #mengelak silau ketika memandu malam #mengelak silau malam #merawat mata silau #punca silau malam #punca silau malam ketika memandu #rabun silau #silau malam #silau mata #Susah Memandu Malam Kerana Rabun Silau

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Leave a reply "Cara Atasi Silau Ketika Memandu Waktu Malam"