Teknik Memujuk Anak Supaya Senang Makan Ubat, Anak Anda Lekas Sihat!

Memujuk Anak Supaya Senang Makan Ubat

Salah satu ujian buat ibu bapa ialah apabila anak mereka sakit. Lebih-lebih bagi anak yang masih kecil dan dalam fasa membesar. Kadang-kala, ibu bapa akan menghadapi satu masalah apabila anak yang sakit itu enggan untuk memakan ubat.

Tidak semua anak-anak takut makan ubat ataupun enggan memakan ubat. Tapi jika anak anda salah seorang dari kanak-kanak yang meragam dan tidak mahu untuk memakan ubat apabila sakit, pasti sedikit sebanyak perkara ini menambahkan lagi kerisauan hati yang sememangnya sudah risau dengan kesakitan yang menimpa anak.

Berikut adalah beberapa teknik dan tips yang ibu bapa boleh praktikkan bagi memudahkan dan meujuk anak supaya senang memakan ubat.

  1. Guna cara psikologi

Gunakan pendekatan psikologi dengan cara memujuk dan menerangkan kepada si anak kenapa mereka perlu makan ubat. Pujuklah si anak dengan lembut dan baik sehingga mereka berasa gembira dan tenang semasa memakan ubat. Gunakan kreativiti anda, sama ada menerangkan datau bercerita.

  1. Bagi dorongan dan galakan

Ada anak yang suka dipuji. Apabila sudah dipujuk dan berjaya suapkan ubat pada si anak, jangan lupa untuk memuji mereka dengan cara anda. tepuk tangan beramai-ramai supaya si kecil merasa bangga dengan keberanian mereka memakan ubat tersebut.

  1. Campurkan ubat dalam makanan atau minuman kegemaran mereka

Guna taktik letakkan ubat bersama makanan atau minuman kegemarannya. Bila si anak nampak makanan kesukaan mereka, pasti mereka tidak sabar untuk  memakan ubat. Cara ini dapat membantu kerana anak akan lebih senang makan ubat berbanding ubat diberi begitu sahaja.

  1. Guna picagari/syringe

Dengan cara ini, cubalah sedut 1 ml madu setelah anda menyedut ubat dengan picagari. Anak anda akan rasa manis madu terlebih dahulu sebelum merasa ubat.

  1. Sediakan ubat bukan oral

Dalam kes-kes tertentu, langkah berjaga-jaga juga perlu diambil dengan menyediakan ubat yang boleh disumbat melalui dubur anak sekiranya demam yang dialami terlalu tinggi dan si anak pula susah untuk makan ubat.

  1. Makan ubat bersama-sama

Sebelum anda suapkan anak dengan ubat, cuba acah-acah anda juga memakannya. Katakan kepada mereka bahawa ubat itu sedap. Tapi awas jangan berbuat begitu jika si anak sudah mengerti erti sedap, kerana jika mereka makan dan merasa ubat tersebut tidak sedap, mereka akan rasa ditipu dan enggan untuk mengulangi proses memakan ubat pada masa yang lain.

  1. Cara paksaan

Ini adalah cara yang terakhir untuk memastikan si anak tetap akan memakan ubat jika semua cara lain tidak berkesan. Mintalah bantuan pasangan anda atau sesiapa untuk memegang si anak. Cara yang disyorkan doktor, tutup hidung si anak, apabila mereka meraung dan membuka mulut, suapkan ubat dan terus bagi mereka minum air. Kemudian peluklah si anak sambil memujuk dan memuji mereka.

Loading...

Tags: #ajar anak makan ubat #cara memujuk anak yang takut makan ubat #cara paksa anak makan ubat #mengajar anak makan ubat #mengatasi anak yang enggan makan ubat #pujuk anak makan #pujuk anak makan ubat #suruh anak makan ubat #teknik memujuk anak makan ubat

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh,
Elak Mata Cepat Rabun. Amalkan Petua Ini!
Petua Elak Mata Cepat Rabun Mengikut statistik setiap tahun, lebih dari 30% penduduk Malaysia

Comments are closed.