Biodata Dina Nadzir, Penyampai Radio Serba Boleh Era.FM

Biodata Dina Nadzir, Penyampai Radio Serba Boleh Era.FM

Bagi para pendengar setia Era.FM, nama Dina Nadzir pastinya sudah sebati dan tidak perlu diperkenalkan lagi.

Bergelar penyampai radio di stesen radio berkenaan sejak 2009, figura comel ini kini mengendalikan slot Petang Era bersama pelawak popular, Fad Bocey yang berkeudara setiap Isnin hingga Jumaat bermula 4.00 petang sehingga 8.00 malam.

Selama 8 tahun bersama Era.FM, penyanyi lagu Cinta Datang Lagi ini juga pernah bergandingan dengan Ray menerusi slot Minggu Dedikasi serta SATE bersama-sama Shahrol Shiro dan Tauke Jambu.

Selain deejay radio dan menyanyi, wanita berusia 32 tahun ini juga berbakat besar dalam bidang lakonan dan pengacaraan.

Untuk info, anak jati Johor Bahru ini adalah naib juara bagi program realiti nyanyian iaitu Malaysia Idol musim pertama yang disiarkan sekitar 2004.

Jom kita berkenalan lebih rapat dengan bintang serba boleh ini.

Biodata Ringkas Dina Nadzir

Nama Penuh: Faradina Mohd Nadzir
Nama Komersil: Dina/Dina Nadzir
Tarikh Lahir: 7 Februari 1985
Umur: 32 Tahun (2017)
Zodiak: Aquarius
Asal: Johor Bahru, Johor
Adik Beradik: Anak kedua daripada empat adik beradik
Kerjaya: Penyampai Radio, Penyanyi, Pengacara, Pelakon & Usahawanita
Status: Single
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Malu Tapi Mahu, Cinta Datang Lagi, Wanita Besi, Sejauh Ini, Percaya (duet bersama Hazama), Selamat Tinggal (duet bersama Zizan Razak), Mengapa Dia, Demi Kasih, Yang Tinggal…Aku, Tak Terlihat Olehmu, Hargai Cinta (duet bersama Zwen Addeen), Antara Sahabat Dan Cinta, Kasih dan banyak lagi.

Drama/Telefilem/Filem: Jangan Pandang Belakang Congkak, Rempit VS Impak Maksima, Anak Aku Artis, Jiwa Kacau, Baju Raya Mona dan banyak lagi.

Teater: Cuci The Musical Last Kopek, Supermokh Sebuah Musikal Restaging, Tirai Merah, Impak Maksima The Musical Diari Wanita: Episod Kak Ani Dan Nyonya, Dreamgirls – The Broadway Musical Sensation dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Dina Nadzir

Trivia Menarik Tentang Dina Nadzir

  • Meskipun dibesarkan di Johor Bahru, Dina dilahirkan di Kuala Terengganu, Terengganu.
  • Kedua-dua ibu bapanya berkhidmat sebagai pegawai polis.
  • Sebelum Malaysian Idol musim pertama, Dina pernah menghadiri ujibakat Akademi Fantasia dan Bintang RTM.
  • Graduan Diploma Pengurusan Seni dari Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam, Selangor.
  • Menjadi Nora dan Christina Aguilera sebagai idola dalam bidang muzik manakala Vanida Imran dan Cherlize Theron dalam dunia seni lakonan.
  • Suka main Sudoko setiap malam sebelum tidur.
  • Pernah bercita-cita ingin menjadi juruterbang ketika kanak-kanak.
  • Mahir bermain piano dan drum serta pernah menyertai kumpulan pancaragam ketika di bangku sekolah.
  • Ciri-ciri lelaki idaman Dina adalah seorang yang memahami diri serta kerjaya, matang, kelakar, bijak berkomunikasi, tinggi dan paling penting kena wangi.
  • Dua kali menjuarai Kejohanan Seni Persembahan Dunia Tahunan (Annual World Championship of Performing Arts) di Los Angeles.
  • Mempunyai lebih 100,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Dina Nadzir

dj-era-dina-nadzir-300x300 Biodata Dina Nadzir, Penyampai Radio Serba Boleh Era.FM foto-dina-era-fm-300x300 Biodata Dina Nadzir, Penyampai Radio Serba Boleh Era.FM Menarik-Tentang-Dina-Nadzir-300x300 Biodata Dina Nadzir, Penyampai Radio Serba Boleh Era.FM wajah-dina-nadzir-dj-era-300x300 Biodata Dina Nadzir, Penyampai Radio Serba Boleh Era.FM

azlan-150x150 Biodata Dina Nadzir, Penyampai Radio Serba Boleh Era.FM

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Biodata Dina Nadzir #Dina Nadzir #Dina Nadzir Era.FM #Dina Nadzir Malaysia Idol #DJ radio era #Faradina Mohd Nadzir #Foto Menarik Dina Nadzir #Kenali Dina Nadzir #Laman Media Sosial Dina Nadzir #Profil Dina Nadzir #Trivia Menarik Tentang Dina Nadzir

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.