Biodata Kayda Aziz, Anak Dato’ Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap

Biodata Kayda Aziz

Buat penggemar muzik hip hop tempatan, pastinya mengenali penyanyi rap bernama Kayda Aziz ini.

Figura kecik molek ini mula dikenali para penikmat muzik selepas muncul dengan single berjudul Go Hard or Gostan berkolaborasi bersama Hunny Madu pada tahun lalu.

Membesar dalam keluarga seni, anak jati Kuala Lumpur ini mula menyanyi dan menulis lagu sejak berusia 13 tahun lagi.

Untuk pengetahuan para pembaca, si cantik ini adalah anak kepada Dato’ Sheila Majid bersama bekas suami, Roslan Aziz.

Dengan keazaman dan semangat tidak mudah putus asa, tidak mustahil Kayda atau nama lengkapnya Wan Nur Khaleda Aziz mampu pergi jauh di dalam industri seni muzik tempatan dan antarabangsa.

Berikut, penulis kongsikan serba sedikit tentang biodata dan trivia menarik Kayda Aziz buat tatapan para pembaca.

Biodata Ringkas Kayda Aziz

Nama Penuh: Wan Nur Khaleda Aziz
Nama Komersil: Kayda Aziz
Umur: 26 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 1991
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak sulung daripada empat beradik
Kerjaya: Penyanyi, Penulis Lirik & Pendidik
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Go Hard or Gostan (duet bersama Hunny Madu), Your Call (duet bersama Radio3000), Gucci Dowh, Sinaran (Remix), Down With Me (duet bersama Bem), Kosmic, Run This Mother, Unit Trust dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Kayza Aziz

Trivia Menarik Tentang Kayda Aziz

  • Merupakan seorang guru tadika di Sparkles Montessori dimana mengajar bahasa Inggeris dan Muzik kepada kanak-kanak berusia empat tahun.
  • Wajahnya muncul di dalam iklan komersil produk minuman Anlene bersama ibunya.
  • Malah, berduet lagu Sinaran yang diberi nafas baharu dengan ibunya.
  • Graduan Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari Universiti Help.
  • Lagu bahasa Inggeris berjudul Down With Me berduet bersama Bem merupakan single pertamanya.
  • Pernah tersenarai dalam top 5 Kolaborasi Terbaik Duo/Kumpulan di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2016 dan Artis Baharu Terbaik di Anugerah Hip Hop Malaysia 2013.
  • Elemen muziknya dipengaruhi dari Beyonce, Aaliyah dan Lauryn Hill.
  • Selain menyanyi dan menulis lagu, Kayda juga boleh menari.
  • Mempunyai 20,000 pengikut di instagram miliknya.

Foto Menarik Kayda Aziz

Biodata-Kayda-Aziz-dan-gambar-300x300 Biodata Kayda Aziz, Anak Dato' Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap Dato-Sheila-Majid-dan-anaknya-kayda-aziz-300x300 Biodata Kayda Aziz, Anak Dato' Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap fesyen-Kayda-Aziz-300x300 Biodata Kayda Aziz, Anak Dato' Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap gambar-kayda-aziz-300x300 Biodata Kayda Aziz, Anak Dato' Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap photoshoot-kayda-aziz-300x300 Biodata Kayda Aziz, Anak Dato' Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap wajah-kayda-aziz-300x300 Biodata Kayda Aziz, Anak Dato' Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap

azlan-150x150 Biodata Kayda Aziz, Anak Dato' Sheila Majid Yang Kini Bergelar Penyanyi Rap

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Anak Sulung Dato' Sheila Majid #Biodata Kayda Aziz #Foto Menarik Kayda Aziz #kayda anak sheila majid #Kayda Aziz #Kayda Aziz Anak Dato Sheila Majid #kayda aziz biodata #kayda malaysia #kayda sheila majid #Kenali Kayda Aziz #Laman Media Sosial Kayza Aziz #Profil Ringkas Kayda Aziz #Trivia Menarik Tentang Kayda Aziz #Wan Nur Khaleda Aziz

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.