Biodata Arrian Shah, Putera Sulung Tomok

Biodata Arrian Shah, Putera Sulung Tomok

Selain selebriti, anak-anak mereka turut diminati dan diikuti ramai pengikut di laman media sosial masing-masing.

Tidak kecuali, Arrian Shah yang merupakan putera sulung vokalis New Boys, Tomok dan pasangannya, Siti Rahayu (Ayu).

Sama seperti anak-anak selebriti tempatan yang lain, pemilik nama lengkap Arrian Shah Akid ini turut menerima tempias dunia populariti sejak dilahirkan lagi.

Bukan sahaja dikurniakan rupa paras yang comel, kanak-kanak berusia 5 tahun ini juga bijak, petah berbicara dan memiliki daya tarikan tersendiri.

Terkini, si cilik ini muncul dalam program realitinya berjudul Rockstar Junior: Arrian & Andra menerusi slot eBu di Astro Ria 104 dan Astro Ria HD 123 yang disiarkan setiap hari Rabu pada pukul 9.00 malam.

Rancangan ini memaparkan kisah rutin kehidupan keluarga Tomok dan isterinya dalam membesarkan serta mendidik dua cahaya mata mereka iaitu Arrian Shah dan Andrashah Iman.

Sekadar info, Tomok dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 1 Julai 2011.

Apa tunggu lagi, jom kita berkenalan lebih dekat dengan kanak-kanak popular ini.

Biodata Ringkas Arrian Shah

Nama Penuh: Arrian Shah Akid Shah Indrawan
Nama Komersil: Arrian Shah
Umur: 5 Tahun (2017)
Tarikh Lahir: 29 Mei 2012
Zodiak: Gemini
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak sulung daripada dua beradik
Nama Ayah: Shah Indrawan Ismail (Tomok)
Nama Ibu: Siti Rahayu Abas
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

TV Show: Rockstar Junior: Arrian & Andra) & Wow Bersama Genki!

Trivia Menarik Tentang Arrian Shah

  • Dilahirkan di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur pada jam 6.03 petang di hari Selasa dengan berat 3.33 kilogram.
  • Adiknya iaitu Andrashah Imam pula dilahirkan pada 27 Februari 2015 di hospital yang sama pada jam 1.34 petang di hari Jumaat.
  • Suka menyanyi dan mengetahui tempo setiap lagu yang dinyanyikannya.
  • Tidak mempunyai akaun Instagram. Segala aktiviti harian berkaitan Arrian dan adiknya boleh dilihat di instagram rasmi ayahnya iaitu Tomok.
  • Foto-foto menarik dan video lucu Arrian yang dimuat naik di instagram berjaya mencuri perhatian dan tular di laman media sosial.
  • Ibunya merupakan bekas pramugari MAS.
  • Boleh bertutur dalam bahasa Inggeris.

Foto MenarikĀ Arrian Shah

arrian-shah-anak-tomok-300x300 Biodata Arrian Shah, Putera Sulung Tomok arrian-shah-dan-tomok-300x300 Biodata Arrian Shah, Putera Sulung Tomok

azlan-150x150 Biodata Arrian Shah, Putera Sulung Tomok

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #anak tomok #Arrian Shah Akid #Arrian Shah Anak Sulung Tomok #Arrian Shah Anak Tomok #Biodata Arrian Shah #Kenali Arrian Shah #Profile Ringkas Arrian Shah Akid #Rockstar Junior #Rockstar Junior: Arrian & Andra #Trivia Menarik Tentang Arrian Shah

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.