Top 5 Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Sepanjang 2017!

Top 5 Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Sepanjang 2017

Pada tahun ini, terdapat banyak drama Melayu telah diterbitkan oleh pihak produksi tempatan.

Ada yang sendu, ada juga yang meledak dan mencipta fenomena luar biasa dalam industri seni hiburan tanah air.

Dek penangan berkenaan, drama-drama ini hangat diperkatakan netizen sehingga tular di media-media sosial termasuklah di carian Google Malaysia.

Saban tahun, Google Malaysia akan mengeluarkan beberapa senarai berkaitan kata carian popular dan sohorkini di enjin cariannya.

Berikut, penulis senaraikan top 5 drama Melayu paling popular di enjin carian Google sepanjang tahun 2017. Here they are!

5. Mencintaimu Mr Photographer

Mencintaimu-Mr-Photographer Top 5 Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Sepanjang 2017!

Memulakan tayangan pada 3 Julai 2017, drama bersiri berjudul Mencintaimu Mr Photographer ini ditunjangi oleh Hannah Delisha, Shafiq Kyle, Ariz Lufias, Ikmal Amry dan Aisyah Azman. Drama 16 episod ini disiarkan setiap Isnin hingga Khamis mulai 10.00 malam di slot MegaDrama di Astro Ria dan Astro Ria HD.

Drama yang diadaptasi dari novel Mencintaimu Mr Photographer hasil tulisan novelis Emma Mariam ini mengisahkan kisah perjalanan cinta Aira Qaisara (Aira) yang bercita-cita untuk menjadi model dan Nazmi Elyas (Jemy) yang bekerja sebagai jurugambar profesional. Drama berantai yang diarahkan oleh Eyra Rahman ini berjaya menduduki carta kelima sebagai drama Melayu paling popular di enjin carian Google sepanjang tahun 2017.

4. Andainya Takdir

Andainya-Takdir Top 5 Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Sepanjang 2017!

Mengangkat tema kisah rumah tangga, drama arahan Along Kamaludin yang disiarkan pada 29 Mei 2017 menerusi slot Samarinda di TV3 berada di tangga keempat sebagai drama Melayu paling popular di enjin carian Google pada tahun ini.

Dilakonkan oleh Shukri Yahya, Nina Iskandar, Puteri Balqis, Erry Putra dan Sheila Mambo, drama 16 episod ini menceritakan ketabahan seorang isteri menjalani kehidupan berumah tangga di mana menghadapi masalah terhadap suaminya yang panas baran, cemburu buta dan sentiasa berpikiran negatif. Paling menarik, drama terbitan A.Aida Production ini menjadi trending di laman media sekaligus mencatatkan rating sebanyak 10 juta tontonan.

3. Suamiku Paling Sweet

Suamiku-Paling-Sweet Top 5 Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Sepanjang 2017!

Jika anda pengemar setia drama Melayu, pastinya tidak ketinggalan menonton drama bersiri Suamiku Paling Sweet yang telah dibintangi Shafiq Kyle, Mawar Rashid, Nik Adam Mika, Aedy Ashraf, Fazren Rafi dan Natasha Mahyan ini. Ditayangkan pada 13 Februari lalu di slot Akasia TV3, drama arahan Zul Huzaimy ini meraih tempat ketiga sebagai drama Melayu paling popular di enjin carian Google pada 2017.

Seperti drama-drama bersiri Melayu yang lain, drama 28 episod ini turut diadaptasi dari novel yang dituliskan oleh Anjell dengan judul yang sama. Ianya mengisahkan tentang wanita bernama Qisya Iriz yang terpaksa berkahwin dengan majikannya iaitu Izz Haikal dan mempunyai seorang anak, Hafiy di usia muda.

2. Titian Cinta

Titian-Cinta Top 5 Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Sepanjang 2017!

Berada di posisi kedua, drama berantai Titian Cinta yang mengandingkan pelakon seperti Zul Ariffin, Farah Nabilah (Fawa), Daler Yusuf, Shahz Jaszle dan Tisha Shamsir diangkat sebagai drama Melayu terpopular di enjin carian Google pada tahun ini. Tahukah anda, drama yang disiarkan mulai 12 September 2017 berkenaan berjaya mengutip rating sebanyak 11 juta tontonan di mana menjadikan drama arahan Heykal Hanifah ini drama tontonan kedua tertinggi selepas 7 Hari Mencintaimu yang mencipta fenomena pada tahun lalu.

Drama 28 episod yang disiarkan menerusi slot Akasia TV3 ini mengangkat kisah kehidupan seorang wanita kampung bernama Rahadatul Aisy yang berkahwin dengan Umayr Harris namun dibenci oleh ibu mertuanya Puan Sri Nora serta dikhianati oleh rakan baik dan bekas teman lelaki sendiri iaitu Sofia dan Rayyan Smith.

1. Hero Seorang Cinderella

Hero-Seorang-Cinderella Top 5 Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Sepanjang 2017!

Jeng Jeng Jeng! Drama Melayu paling popular di carian enjin Google sepanjang 2017 menjadi milik Hero Seorang Cinderella. Selain dibintangi pasangan #Fattzura iaitu Fattah Amin dan Nur Fazura, drama berantai arahan Michael Ang ini turut dijayakan oleh Uqasha Senrose, Fikry Ibrahim, Zizie Ezette, Nina Juren dan Iswan Ismail.

Disiarkan menerusi slot MegaDrama di saluran Astro Ria dan Astro Ria HD pada 22 Mei 2017, drama ini mengisahkan mengenai wanita bernama Nura Medina yang terpaksa tinggal bersama ayahnya bersama-sama ibu tiri, Puan Sri Mawar serta kakak tirinya, Puteri Emallyn yang jahat dan suka membuli. Namun, kehidupannya berubah selepas bertemu dengan cinta hati, Tengku Ian Uzzam yang menjadi penyelamat. Paling manis, kolaborasi pertama antara #Fattzura ini akhirnya membawa ke jinjang pelamin apabila sah bergelar suami isteri pada 28 November 2017.

azlan-150x150 Top 5 Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Sepanjang 2017!

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Andainya Takdir #best malay drama 2017 #Drama Melayu Paling Popular Di Enjin Carian Google Malaysia 2017 #Drama Melayu Paling Trending Di Enjin Carian Google Malaysia 2017 #drama melayu terbaik 2017 #Hero Seorang Cinderella #Mencintaimu Mr Photographer #Suamiku Paling Sweet #Titian Cinta #top 5 drama Melayu paling popular di enjin carian Google 2017

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Comments are closed.