Biodata Aril Pilus, Host CCTV & Deejay Radio Raku

Biodata Aril Pilus

Dunia pengacaraan bukankah suatu yang asing buat figura kacak bernama Khairil Azam Pilus atau lebih dikenali sebagai Aril Pilus.

Selain mengendalikan program CCTV bersama Alif Farhan di saluran Astro Ria, pemuda berusia 33 tahun ini pernah mengemudikan beberapa rancangan lain seperti Trek Selebriti, Di Mana Joe Jambul, Nostalgia 69 dan Tren-D.

Di samping pengacaraan, anak ketiga daripada empat beradik ini bergelar deejay radio melalui siaran radio internet aplikasi Raku berkolaborasi bersama Zahid Baharuddin menerusi segmen #ViralRadio. Terdahulu, aktor telemovie Shuffle Milikku ini juga pernah menjadi penyampai radio di Era.FM selama dua tahun.

Untuk pengetahuan para pembaca, Aril adalah finalis program realiti nyanyian Akademi Fantasia 7 (AF7) dan dinobatkan sebagai naib johan rancangan berkenaan.

Toksik, Menatap Matamu, Bangkit, Kembali Senyum dan Ganjil merupakan sebahagian lagu popular anak jati Melaka ini.

Jangan buang masa, jom semak ringkasan biodata dan trivia menarik bintang berbakat besar ini.

Biodata Ringkas Aril Pilus

Nama Penuh: Khairil Azam Pilus
Nama Komersil: Aril Pilus
Umur: 33 tahun (2018)
Tarikh Lahir: 15 November 1985
Zodiak: Scorpio
Asal: Melaka
Adik Beradik: Anak ketiga daripada empat beradik
Kerjaya: Pengacara, Deejay Radio, Penyanyi & Pelakon
Status: Berkahwin
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Lagu/Single: Menatap Matamu, Toksik Ganjil, Anugerah Terindah, Kembali Senyum, Bangkit, Lelaki Pujaan (duet bersama Mila Jirin), Hanya, Kisah Kita Berdua (duet bersama Akim Ahmad & Mila Jirin), Tulus (duet bersama Terry) Bintang & Kelompang, Cari Aku, Menggeletar dan banyak lagi.

TV Show: CCTV, Trek Selebriti, Ceria Superstar 2, Nostagia 69, Di Mana Joe Jambul (2012), Tren-D dan banyak lagi.

Drama/Telefilem: Kau Dan Aku, Kau Dan Aku 2 & Shuffle Milikku.

Laman Media Sosial Aril Pilus

Trivia Menarik Tentang Aril Pilus

  • Merupakan adik kepada penyanyi yang popular dengan lagu berjudul Kembali Senyum, Allahyarham Izwan Pilus.
  • Pemuda ini menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pujaan hati, Puteri Erma Edlinda pada 20 Disember 2013 yang berasal dari Kelantan.
  • Untuk info, isteri Aril adalah bekas pramugari Saudi Arabian Airlines.
  • Hasil perkahwinan tersebut, Aril dan isteri dianugerah seorang cahaya mata lelaki bernama Tun Adriel Mikael.
  • Sebelum terjun di dunia seni hiburan, Aril pernah bekerja sebagai pereka grafik.
  • Aril juga aktif menari tarian Shuffle di usia remaja dan mempunyai kumpulan Shuffle tersendiri yang dikenali sebagai Hardstyle Republic.
  • Tagline Aril ketika di pentas AF9 adalah Terbaik Wokkkkkk!.
  • Pernah menjadi jurucakap produk kepada Brands bersama Hafiz Suip, Akim Ahmad dan Black Hanifah.
  • Beliau kini menyambungkan pengajiannya di Universiti Utara Malaysia (UUM) Kuala Lumpur dalam jurusan Pengurusan Industri Kreatif.
  • Aril juga menjayakan persembahan teater berjudul Cinta Pertama The Musical di Dewan Muadzam Shah, UUM, Sintok pada 11 Disember 2017 yang turut mengandingkan barisan artis popular tempatan seperti Fattah Amin, Tomok, Akma Abdullah, Amir Syazwan dan Zahid Baharuddin.
  • Aril juga pernah mengemudi Karpet Merah Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-22 bersama Syamim Farid.
  • Sehingga artikel ini ditulis, Aril memiliki lebih 200,000 pengikut di Instagramnya.
azlan-150x150 Biodata Aril Pilus, Host CCTV & Deejay Radio Raku

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #adik izwan pilus #anak aril pilus #aril af anak #aril af instagram #aril af7 songs #aril anugerah terindah #Aril Pilus #aril pilus dan istri #aril pilus lagu #Aril Pilus Pengacara CCTV #Aril Pilus Profile #Biodata Aril AF7 #Biodata Aril Akademi Fantasia 7 #Biodata Aril Pilus #isteri aril pilus #kembali senyum aril #Kenali Aril Pilus #Pengacara CCTV Astro Ria #Profil Aril Pilus

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Biodata Aril Pilus, Host CCTV & Deejay Radio Raku"