Tips Penjagaan Kenderaan Anda

Sayangi Kenderaan Anda

Jangan gunakannya

Kurangkan masa memandu kereta anda dengan menaiki public transport, basikal, motosikal atau berjalan kaki. Ia bagus untuk alam sekitar dan baik juga untuk kesihatan serta duit poket anda. Lagi kurang anda memandu, lagi tahan lama kereta anda. Kenyataan ini benar!

Minyak pelincir

Kadangkala kita terlupa atau tak sempat untuk running kan engine terlebih dahulu sebelum mula melakukan perjalanan. Samada perjalanan dekat mahupun jauh. Minyak pelincir biasanya akan mula berfungsi selepas engine dipanaskan dengan sempurna. Oleh itu, penukaran minyak pelincir setiap 2,000 – 3,000 km adalah digalakkan.

Kereta baru

Pastikan memilih kenderaan yang mempunyai jenama atau reputasi pengeluaran yang baik disamping bekalan alat ganti yang senang didapati. Lagi mewah dan selesa kereta anda, lagi susah untuk dapatkan bekalan sparepart dan tenaga foreman yang mahir untuk beberapa tahun akan datang. Anggaplah kereta anda seperti tubuh anda sendiri. Oleh itu, sila pandu dengan perlahan dan cermat. Elakkan memandu seperti lembu atau menunggang kuda!

Pandu dengan cermat

Jangan memecut dan membrake dengan tiba-tiba (biasanya wanita) Elakkan memecut semasa engine dalam keadaan sejuk. Biarkan engine running 3 – 5minit sebelum memecut untuk membiarkan pengaliran minyak pelincir di dalam engine sekata. Bagi kenderaan baru keluar kedai, sila amalkan pemanduan tidak melebihi 90kmh sejauh 1,000km dan selepas itu, sila tukarkan minyak pelincir sebelum memandu dengan keadaan biasa. Sila alert dengan warning signal engine yang terpapar pada papan muka dashboard anda. Terutama pada sensor tempretured.

Penyelenggaraan asas

Lakukan penyelenggaraan berkala seperti penukaran minyak pelincir, oil filter, timing belt, oil gear dan bateri. Apa yang perlu diperiksa? Minyak pelincir, minyak brake, minyak power steering, minyak gear dan radiator cooling. Semuanya harus berada pada keadaan baik dan mencukupi.

Dapatkan mekanik yang dipercayai

Hubungan yang baik dengan mekanik membolehkan segala keputusan yang anda lakukan terhadap kenderaan anda dapat dilakukan dengan tepat oleh kerana mekanik yang baik akan menerangkan keadaan sebenar kenderaan anda.

Bagaimana mahu cari mekanik yang bagus?

Jika anda bertemu dengan mekanik yang anda suka, sila bertanyakan pelanggan tetap di kedai beliau untuk mendapatkan sedikit gambaran. Jika anda orang baru di sesuatu kawasan itu, sila tanyakan kawan-kawan anda berkenaan bengkel yang mereka kunjungi.

Air masin, air laut dan hujan asid

Jika rumah anda berhampiran pantai, amalkan mencuci kenderaan dengan kerap kerana, udara dan wap garam air laut akan menyebabkan kerosakan kepada kenderaan dan perkakasan bawah kenderaan. Ia akan mudah berkarat jika dibiarkan.

Cara simpan kereta

Jangan dedahkan terlalu lama kenderaan anda di tengah sinaran matahari dengan keadaan cermin tertutup rapat. Ini akan menyebabkan segala aksesori dalaman kenderaan anda akan mudah rosak dan koyak. Pastikan ada sedikit pengudaraan.

Perlu bangga dengan kereta yang dimiliki

Anda perlu bangga mempunyai kenderaan anda sendiri walaupun ia sudah lama. Anda tidak lagi perlu risau daripada dicuri, dicalar atau sebagainya. Apa yang penting ialah anda sudah tiada hutang dengan bank. Jadi, pedulikan apa yang kawan-kawan dan jiran anda cakap pasal kereta anda! Senyumlah pada mereka!

Loading...

Tags: #cara cari mekanik bagus #cara penjagaan kereta perlu tahu #tip jaga kereta #tips penjagaan kereta anda #tips sayang kereta

Cara Paling Mudah Menilai Harga Semasa Kenderaan Sebelum Menjualnya
Jika anda bercadang untuk menjual kenderaan sendiri, namun kenderaan tersebut masih lagi mempunyai
Jenis Kenderaan SUV 4×4 Mampu Milik, Jimat Belanja!
Kenderaan pacuan empat roda (4WD atau 4×4) asalnya sangat popular pada lewat 1990-an
Tips Jimatkan Minyak Kenderaan Semasa Memandu
Penggunaan minyak bukanlah bergantung kepada jenis dan model kereta sahaja, tetapi juga bergantung
Tips Membeli Kereta Terpakai, Kalau Tak Ada Pengalaman Baik Baca Artikel Ini!
Bercadang untuk membeli kenderaan terpakai? Bukan semua orang mampu beli kenderaan baru mahupun