Kenali Ezzrin Loy, Adik Lelaki Kepada Elfira Loy Yang Mula Aktif Di Layar Perak

Kenali Ezzrin Loy, Adik Lelaki Kepada Elfira Loy Yang Mula Aktif Di Layar Perak

Pastinya generasi yang lahir pada 80-an dan 90-an mengenali jejaka bernama Ezzrin Loy ini. Mana tidaknya, wajah pemilik nama lengkap Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri ini seringkali menghiasi drama dan telefilem Melayu terutamanya ketika musim cuti sekolah sewaktu zaman kanak-kanaknya.

Antara drama dan telefilem yang dibintangi anak jati Kuala Lumpur adalah Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Si Kijang Merah, Nenek Dara, Kum Kum, Qalesya dan Cucu Tok Aki.

Meskipun masih kanak-kanak pada ketika itu, bakat lakonan anak bongsu daripada empat beradik ini tidak boleh dipandang sebelah mata dan mengagumkan ramai pihak termasuklah penggiat seni tanah air.

Seiring dengan usia yang semakin meningkat, figura kacak ini semakin bijak dan selektif dengan karya-karya yang akan dijayakannya supaya tidak klise dengan karakter-karakter yang pernah dilakonkannya terdahulu.

Seperti yang anda semua tahu, Ezzrin adalah adik kepada pelakon bertubuh genit dan berbakat besar, Elfira Loy.

Jangan buang masa, jom kita berkenalan dengan jejaka berbintang Cancer ini.

Biodata Ringkas Ezzrin Loy

Nama Penuh: Ahmad Ezzrin Loy Ahmad Sabri
Nama Komersil: Ezzrin Loy
Umur: 21 Tahun (2018)
Tarikh Lahir: 30 Jun 1997
Zodiak: Cancer
Asal: Kuala Lumpur
Adik Beradik: Anak bongsu daripada empat beradik
Kerjaya: Pelakon & Pengacara
Agama: Islam
Bangsa: Melayu
Warganegara: Malaysia

Drama/Telefilem: Oh My English, Biar Mimpi Sampai Ke Bintang, Si Kijang Merah, Joni Togo, Munajat Terhenti, Cucu Tok Aki, Kum Kum, Rafeeq, Dosa Terlindung, Qiam, Qalesya, Anak Rintih, Permata Hati, Aloy, Ayyad, Nenek Dara, Salah Siapa, Pekan dan banyak lagi.

Laman Media Sosial Ezzrin Loy

Trivia Menarik Tentang Ezzrin Loy

  • Memiliki darah kacukan Melayu, Cina dan Arab.
  • Kerjaya seni Ezzrin diuruskan oleh ibunya sendiri iaitu Filzah Yusoff termasuklah kakaknya, Elfira Loy.
  • Selain Elfira, Ezzrin juga mempunyai seorang kakak yang aktif berlakon ketika zaman remajanya, Ezlisa Loy.
  • Pernah menjayakan sebuah teater muzikal kanak-kanak bersama Elfira dan Dato’ Aznil Nawawi berjudul Ali Baba yang dipentaskan sekitar 2006.
  • Dikatakan sedang hangat bercinta dengan pelakon dan pengacara cantik menawan, Ain Edruce.
  • Di samping lakonan, Ezzrin juga sangat meminati ke bidang perakaunan.
  • Seperti selebriti lain, jejaka ini juga mempunyai kelab peminatnya tersendiri yang dikenali sebagai Ezzrin Loy FC.
  • Menjadi salah seorang peserta program Lari: Misi Mr X (TV9) bersama-sama selebriti tempatan seperti Atu Zero, Mark Adam dan Nonny Nadirah.
  • Setakat ini, Ezzrin memiliki lebih 500,000 pengikut di Instagram miliknya.
azlan-150x150 Kenali Ezzrin Loy, Adik Lelaki Kepada Elfira Loy Yang Mula Aktif Di Layar Perak

Azlan Jusoh

Creative Writer (Sambilan) di EncikShino.Com.

More Posts

Loading...

Tags: #Adik Elfira Loy #ahmad ezzra loy #Ahmad Ezzrin Loy #ahmad ezzrin loy 2017 #ahmad ezzrin loy instagram #biodata adik beradik elfira loy #Biodata Ezzrin Loy #Ezzrin Loy #ezzrin loy age #ezzrin loy ain edruce #ezzrin loy dan ain edruce #Kenali Ezzrin Loy #Profil Ezzrin Loy #Siapa Ezzrin Loy #Trivia Menarik Ezzrin Loy

Ramalan Dalam Siri Kartun “The Simpsons” Yang Menjadi Kenyataan
Kebanyakan cerita dalam siri kartun “The Simpsons” tidak boleh dianggap sebagai ramalan yang
Perniagaan Penghantaran Makanan @ Food Delivery : Adakah Ia Menguntungkan?
Perniagaan penghantaran makanan boleh menjadi perniagaan yang menguntungkan, terutamanya dengan perkembangan teknologi dan
Jika Dunia Kehilangan Teknologi Secara Mengejut! Apa Akan Terjadi?
Sekiranya dunia kehilangan teknologi secara tiba-tiba atau sepenuhnya, ia akan memberi impak yang
Drama Bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, 25 Mei 2020, TV3
Drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe akan disiarkan di slot Akasia bermula

Leave a reply "Kenali Ezzrin Loy, Adik Lelaki Kepada Elfira Loy Yang Mula Aktif Di Layar Perak"