Kenali Pasangan Anda, Perempuan Wajib Baca!

Uqasha Senrose Dan Syafiq Kyle

Kehidupan lelaki kebanyakan sibuk. Sibuk dengan kerja dan kawan-kawan. Jadi dalam soal mencari masa untuk bersama sepatutnya perlulah difikirkan oleh pihak perempuan. Samada nak ajak keluar atau makan, dating or jalan-jalan. Itu yang terbaik.

Lagipun, kebanyakan lelaki tidak suka mengatur sesuatu program bersama. Mereka sering kekurangan idea dalam bab ini. Selalunya program ini disusun oleh pihak perempuan. Dan yang pasti lelaki akan ikut sahaja tanpa banyak soal. Kalau lelaki soal pun, semua tu eksen jek!

Walaupun sikap lelaki yang dinampak seperti acuh tak acuh dalam memberi respon terhadap sesuatu benda tetapi pada hakikatnya lelaki sangat perihatin dan mudah masuk kepala. Dia suka teman wanitanya ambil tahu pasal dirinya. At least lelaki mahu nak teman wanitanya menghargai dirinya. Anggaplah “dia” ini wujud. Lebih-lebih lagi if mereka yang sudah diikat talian pertunangan.

Ikatan tali pertunangan ini diibaratkan, anda telah melangkah setapak ke depan ke arah mencapai tahap kestabilan dalam hubungan sebelum melangkah ke alam perkahwinan. Dalam kontek hubungan ini, pihak perempuan sepatutnya telah mula mengikuti segala kehendak bakal suami beliau kerana pada peringkat inilah pelbagai ujian melanda bagi menguji tahap keserasian yang sebenar. Kalaulah pada peringkat pertunangan ini sudah timbul perkara yang kurang senang, maka pihak lelaki beranggapan kalaulah beliau berkahwin dengan pasangan seperti itu, apabila telah berkahwin nanti, semestinya akan timbul lagi pelbagai masalah. Jadi lebih baik jangan diteruskan. Kerana lelaki sememangnya sebegitu sebelum atau selepas. Sebab itulah diri mereka.

Bagi perempuan yang merasa diri mereka terkongkong oleh kemahuan bakal suami mereka. Dengan ikhlas dan jujur mereka dinasihatkan supaya berpisah. Itu lagi baik kerana sudah pasti perempuan itu tidak bersedia menerima dan menuruti kemahuan bakal suami mereka. Dengan erti lain ialah perempuan itu belum bersedia bersama lelaki tersebut.

Percaya atau tidak lelaki memang suka dimanja. Sebab lelaki sebenarnya sudah tiada tempat untuk bermanja selain daripada ibubapa mereka apabila telah dewasa. Kalau sudah berkahwin, memang isteri sahaja tempat untuk mereka meluahkan perasaan, masalah dan bercerita. Kalau bakal isteri yang dicadangkan sekarang masih tidak memahami apa yang berlaku, maka tiada gunalah diteruskan hubungan ini.

Kenapa kadang-kadang lelaki mahu mengelakkan diri dari berjumpa dengan teman wanitanya? Sebabnya, apabila lelaki ini cuba untuk meluahkan sesuatu masalah yang menimpa,  teman wanita pula menambahkan lagi masalah dan membuatkan dia berasa lebih kusut dan berserabut.  Jadi better dia keluar dengan kawan-kawan kerana ia lebih meringankan otak. Banyak faktor sebenarnya, antaranya sebagai contoh tidak pandai mengambil hati pasangan semasa keluar bersama samada melalui sentuhan, percakapan dan sebagainya. Kadangkala luahan dan perbuatan yang menciptakan sesuatu yang agak romantik boleh membantu.

Kalau wanita sudah pandai melayan karenah lelaki, Sudah pasti lelaki itu akan lebih mendahului teman wanita mereka dalam apa jua keadaan. Sehinggakan lelaki itu berasa:

“Lebih baik aku keluar dengan girlfriend aku dari lepak dengan diorang..”

Kalaulah perkara ini terjadi, ini boleh dikatakan perempuan itu sangat pandai ambil hati teman lelakinya. Pingat EMAS untuk perempuan itu. Renung-renungkanlah. Sekadar perkongsian.

Loading...

Tags: #hubungan bercinta #kenal hati kekasih #kenal hati lelaki #kenal hati pasangan #kenal hati tunang #Kenali Pasangan Anda #macamana nak kenal pasangan #pasangan bercinta #pasangan kekasih #Perempuan Wajib Baca

4 Perkara Ini Tidak Boleh Dilakukan Anda Ketika Di Dalam Kapal Terbang!
Menaiki pesawat sama ada untuk pergi bercuti, bekerja atau balik kampung sangat menyeronokkan.
4 Perkara Terlarang Ini Perlu Anda Jauhi Jika Masih Rindu Bekas Kekasih!
Kadang-kala, perasaan tidak boleh dikawal lebih-lebih apabila bersendirian dan terbayang-bayang bekas kekasih di
Wanita, Ini 5 Manfaat Garam Laut Untuk Kesihatan & Kecantikan Diri Anda!
Garam laut atau sea salt adalah sejenis garam yang diperolehi menerusi proses penyejatan
Ketahui Jenis Kulit Wajah Anda Sebelum Guna Sebarang Produk Kecantikan!
Salah satu faktor kenapa berlakunya masalah kulit wajah seperti kusam, jerawat dan jeragat

Comments are closed.