Kenapa Persediaan Diri Perlu Sebelum Perkahwinan?

Persediaan Perkahwinan

Semasa kecil sehingga kita dewasa ibubapa banyak memainkan peranan dalam mendidik kita dan secara tak langsung juga kita belajar daripada pengalaman semasa menjalani kehidupan seharian. Inilah sebenarnya proses pembelajaran yang berlaku secara tak langsung. Apa yang pasti pada peringkat ini tiada apa yang perlu difikirkan sangat kerana kebanyakkan hal diuruskan oleh ibubapa.

Bila sudah ada family sendiri, maka tanggungjawab itu adalah lebih besar dan belajar untuk menyelesaikan urusan peribadi dengan sendiri tanpa bantuan pihak lain adalah satu latih tubi yang memberikan kemahiran ke arah itu. Sifat akur dan cuba mengambil tanggungjawab akan menjadikan kita lebih matang dalam menguruskan hal seharian. Perkara yang mesti kita alami untuk mencapai tahap ini ialah kita haruslah tahan dengan segala dugaan. Ini mengasah sifat sabar dan menjadikan keputusan yang kita lakukan amat tepat.

Bila sudah meningkat umur 25 tahun ke atas, rasanya tidak wajar untuk kita terus bergantung 100% kepada ibubapa kita lagi. Kita kena belajar berdikari, malah apabila telah memperolehi pekerjaan sendiri maka pada masa inilah kita akan membalas jasa ibubapa kita dan bukan terus menerus bergantung harap kepada ibubapa sampai ke tua. Kalaulah berlaku hal sebegitu, bolehlah anda dianggap sebagai seorang yang tidak pandai berdikari.

Bak kata orang, “kalaulah ditinggalkan di hutan seorang diri, maka sudah lama anda menjadi habuan binatang buas yang menghuni hutan tersebut!”. Sebenarnya, pada peringkat ini, kita sudah boleh membuat keputusan sendiri dan bukan mengambil keputusan orang lain sebagai keputusan sendiri. Cuma pandangan orang sekeliling boleh juga diambil sebagai maklumat untuk kita membuat keputusan yang tepat.

Kepada wanita, dalam mengharungi kehidupan selepas putus hak jagaan antara ibubapa kepada suami sendiri, banyak perkara yang harus kita telan dan terima serta bekerja untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya.

Jika dilihat daripada kes penceraian yang berlaku, kebanyakan adalah disebabkan mereka tidak tahan dengan dugaan seperti yang disenaraikan di bawah. Macam mana keadaannya dan dapat atau tidak kita sabar jika perkara tersebut berlaku kepada anda?

  • Apabila berkunjung ke rumah mertua, semua adik beradik lain memakai pakaian baru yang mahal-mahal tapi kita sekeluarga hanya memakai baju raya tahun lepas. Ini adalah kerana belum berkemampuan untuk membeli pakaian baru.
  • Apabila diadakan perjumpaan sanak-saudara di suatu keramaian yang dianjurkan oleh anggota keluarga. Kesemua saudara-mara datang dengan menaiki kenderaan mewah (BMW atau Mercedes atau seangkatan dengannya) tetapi kita sekeluarga hanya datang dengan kereta kancil yang penyaman udaranya telah pun rosak.
  • Dalam suatu situasi, dua keluarga sanak saudara menyinggah di kediaman kita dan seorang anak mereka yang berumur 7 tahun mula merengek kerana merasa sangat tidak selesa dengan keadaan kediaman anda.

Walaupun pada dasarnya mereka semua tidak pernah memencilkan anda, tetapi cuba anda bayangkan apa yang anda akan rasa jika berada pada situasi ini.

Loading...

Tags: #Apakah Dugaan Selepas Perkahwinan? #kes penceraian #kes penceraian rumah tangga #Persediaan Diri Sebelum Perkahwinan #persiapan diri sebelum alam perkahwinan

Wanita, Hindari 5 Tabiat Ini Jika Tidak Mahu Kulit Wajah Anda Bermasalah!
Memiliki kulit wajah yang cerah, tidak berjerawat dan berseri-seri merupakan impian setiap wanita
Ulser Kornea, Pengguna Kanta Lekap Berisiko Mengalami Buta Kekal!
Mesti ada segelintir daripada anda yang gemar memakai kanta lekap dan ada ketikanya
Tanda Mengalami ACL, Kecederaan Lutut Yang Biasa Berlaku Kepada Mereka Yang Aktif Bersukan!
Kecederaan lutut atau dalam bahasa saintifiknya osteoarthritis sering dialami oleh mereka yang gemarkan
20 Fakta Mengenai Manfaat Air Sejuk & Ais Untuk Tubuh Badan Yang Jarang Diketahui!
Minuman mengandungi ais menjadi pilihan utama kerana mampu menghilangkan rasa dahaga dengan cepat.
  1. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    aVissaWella86,
    ermm.. sepatutnya macam tu kan. Terbaik!

  2. author

    aVissaWella868 years ago

    yup, berdiri atas kaki sendiri, itu sememangnya perlu. yang terbaik utk diri anda =)

  3. author
    Author

    Encik Shino8 years ago

    aVissaWella86,
    Sebenarnya ini bukan masalah tak bersyukur or tak redha. Tapi isu berkenaan macam mana kita nak harungi semua itu jika berlaku perkara atau musibah di masa depan. Mana lah kita tahu. Sebab cakap mulut senang dari realiti yang berlaku.

    Dalam topik ni, penulis menekankan perlu ada sifat untuk berdikari supaya senang di kemudian hari. Senang disini ialah apabila kita dah mantap dari segi pengurusan diri kita, segalanya boleh ditempohi dengan lancar.

    Berdikari apabila sampai masanya dan bukan hanya bergantung 100% pada orang lain untuk hidup.

    Takkanlah sampai besar panjang pun, kita nak suruh orang guide kita macam budak baru nak belajar jalan.

    😛

  4. author

    aVissaWella868 years ago

    semua orang inginkan yang terbaik. tapi kita tak boleh nak puaskan hati semua pihak. yang penting apa kita buat adalah untuk kebaikan diri kita dan tidak menyusahkan org lain. kalau belum dapat apa yang kita inginkan, maknanya bukan rezeki lagi. sabar itu kan separuh daripada iman, kalau diusahakan insyaAllah apa yang kita nak kita akan dapat.. kalau banyak songeh sangat maknanya kita tak redha. kita dikurniakan akal, pikir lah sendiri.