Apakah Dugaan Kepada Pasangan Bercinta?

Perkahwinan

Dari sudut pergaulan dengan rakan karib, lelaki pasti akan berbangga dengan kelebihan yang dimiliki oleh pasangannya. Contohnya memiliki pasangan yang berkaliber dari segi kerjaya dan juga pandai bergaya. Mereka ini akan membandingkan pasangannya dengan perempuan yang dikenali disekeliling mereka. Ini adalah naluri biasa manusia tidak terkecuali juga pada kaum perempuan.

Hubungan lelaki dan perempuan sangat berbeza mengikut peringkat hubungan mereka. Bermula dengan hanya berpandang-pandangan tanpa mengetahui asal usul dan berakhir dengan perkahwinan. Dalam peringkat hubungan ini, pasangan yang telah mula bercinta antara satu sama lain dinamakan pasangan kekasih. Kemudian, setelah mencapai tahap stabil dalam hubungan kekasih mereka beralih pula kepada hubungan lebih intim iaitu hubungan pertunangan iaitu hubungan pra-perkahwinan. Pada peringkat hubungan ini, sememangnya banyak dugaan yang Allah s.w.t akan uji kita. Antara yang biasa dikongsikan ialah ;

  • Kekasih lama datang kembali merayu cinta lama.
  • Tiba-tiba “saham” naik melonjak dan menyebabkan kita akan didatangi dengan gadis-gadis cantik atau lelaki-lelaki yang hensem dan tampan.
  • Tunangan kita membuat perangai yang kadangkala membuat kita merasa menyesal jika  bersama si dia.
  • Tiba-tiba diri rasa seperti belum puas untuk membujang dan dirasakan terlalu awal untuk mengharungi alam perkahwinan.
  • Ada dorongan orang ketiga (luar) yang cuba “cucuk jarum” atau “masuk line”.

Itulah sedikit sebanyak yang boleh dikongsi kepada pembaca. Sebenarnya, dalam waktu menghitung hari menuju ke puncak kejayaan hubungan ini amat susah. Tidak dinafikan bahawa semua orang yang telah berkahwin rata-rata dalam dunia mengalami masalah sebegini. Hanya satu sahaja jalan iaitu kita kena berilmu, dan lakukan tindak tanduk yang paling tepat supaya tidak tergelincir. Yang selebihnya kita berdoa pada Allah s.w.t supaya di tetapkan hati dan dipanjangkan jodoh sehingga akhir hayat.

Sebab itulah, orang cakap perkahwinan adalah puncak kejayaan sebuah hubungan. Ini kerana untuk mencapai tahap tu sememangnya susah. Oleh sebab itulah, perkahwinan adalah hari paling gembira dalam hidup setiap pasangan kerana ia akan menjadi kenangan sampai bila-bila.

Loading...

Tags: #Apakah Dugaan Kepada Pasangan Bercinta? #cabaran semasa bercinta #cucuk jarum #dugaan pasangan bercinta #dugaan selepas kahwin #dugaan semasa bertunang #masuk line #sebab hubungan cinta gagal #sebab keretakkan hubungan

5 Kelebihan Rakyat Korea Selatan! Ini Sebab Masyarakat Dunia Iri Hati Dengan Mereka!
Selain K-Drama dan K-Pop, Korea Selatan turut dikenali sebagai sebuah negara yang kaya
5 Fakta Mengejutkan Tentang Wanita! Lelaki Tolong Jangan Terkejut!
Wanita merupakan sosok paling indah dan istimewa ciptaan Allah SWT yang pantas untuk
Apa Yang Menarik Tentang iPhone 8 & iPhone 8 Plus?
Syarikat pengeluar telefon pintar terkemuka dunia iaitu Apple telah memperkenalkan dua produk terbaharunya
5 Beza Produk Pewangi Badan Di Pasaran, Jangan Tahu Pakai Sahaja!
Selain pakaian sesuai dan tatarias yang menarik, wangian diri juga sangat penting dalam

Comments are closed.