Kenapa Lelaki Suka Perempuan Pandai Bergaya?

Janna Nick Bertudung Comel

Kebanyakan lelaki akan memilih perempuan yang berpenampilan menarik. Ini adalah kerana ia sedikit sebanyak memberikan kepuasan dan keinginan terhadap perempuan yang berpenampilan sebegitu. Maksudnya di sini adalah penampilan yang disukai oleh mereka. Walaupun percubaan atau kemahuan itu dinampak seperti mementingkan diri sendiri dan perkataan “That’s me” dan “Terima seadanya” akan memerangkap segala percubaan itu.

Penampilan diri sangat penting dalam pasangan dan pernah suatu kajian menyatakan bahawa 80% daripada kecantikan wanita terletak pada penampilan mereka. Maka, di sini perempuan yang tidak mempunyai kelebihan dari segi rupa juga boleh dilihat sangat cantik jika berpenampilan menarik. Dan percayalah, perempuan yang secara naturalnya sangat cantik dan tidak pandai mengayakan pakaian pasti dilihat sangat selekeh dan ter-over.

Maksud penampilan menarik di sini adalah memakai pakaian dan mengayakan pakaian tersebut mengikut usia, masa dan trend semasa. Kadangkala, ada juga perempuan yang berpakaian seolah-olah seperti 10 tahun lebih tua dari usia sebenar mereka. Lelaki kadangkala tidak akan mengambil risiko menegur perilaku tersebut kerana sudah sedia maklum bahawa percubaan menegur cara pemakaian perempuan boleh diumpamakan seperti “mencurahkan minyak ke dalam api yang marak menyala”. Tolong jangan cuba wahai lelaki.

Untuk kelihatan menarik bukanlah dengan cara memilih pakaian yang berjenama dan mahal sahaja. Malah pakaian yang sangat biasa dan murah pun boleh nampak menarik jika pandai memilih dan mengayakannya.

Kadangkala sangat susah untuk mengubah corak pemakaian seseorang dan apa yang pasti setiap pendapat yang sering ditolak bulat-bulat mengundang sedikit perasaan kecewa kepada seorang insan yang kononnya mahu temannya berpenampilan begitu iaitu menarik di mata beliau.

Tetapi persoalannya; Adakah salah jika seseorang itu mahukan teman mereka mempunyai penampilan yang disukai olehnya? Bukan untuk orang lain, tapi untuk mereka juga kan? Rupa adalah perkara kekal dan penampilan itu adalah berubah-ubah kan? Renung-renungkanlah.

logo-150x150 Kenapa Lelaki Suka Perempuan Pandai Bergaya?

Encik Shino

More Posts - Website

Follow Me:
facebook Kenapa Lelaki Suka Perempuan Pandai Bergaya?

Loading...

Tags: #awek comel lelaki suka #cantik tidak semestinya make up #cara lelaki suka pada kita #cara mengetahui orang yang menyukai kita diam diam #cara mengetahui seseorang menyukai kita dari tatapan mata #Kenapa Lelaki Pilih Awek Penampilan Menarik? #make up tak semestinya cantik #Perempuan Bergaya Kerana Lelaki? lelaki suka perempuan macam mana cara nak tahu lelaki suka kita dalam diam #tanda lelaki benci kita #tanda lelaki suka kita tapi ego #tanda lelaki tak suka kat kita

Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kelebihan Pelaburan Dalam Hartanah dan Aset
Pelaburan dalam aset dan hartanah boleh memberikan beberapa kelebihan kepada pelabur. Berikut adalah
Overlap Loan : Pinjam Wang Untuk Bayar Pinjaman
Mengambil pinjaman baru untuk membayar pinjaman sedia ada selalunya tidak disyorkan, kecuali dalam
Strategi Kurangkan Beban Hutang Pinjaman Bank
Untuk mengurangkan beban hutang pinjaman bank anda, anda boleh melaksanakan beberapa strategi yang

Leave a reply "Kenapa Lelaki Suka Perempuan Pandai Bergaya?"