Kaedah Supaya Pokok Hiasan Anda Sentiasa Berbunga

Tips Agar Tanaman Hiasan Sentiasa Berbunga

Bagi pencinta bunga pasti akan berasa senang jika pokok bunga hiasan yang ditanam di persekitaran rumah sebagai penyeri dan hiasan sentiasa berbunga. Terdapat tips dan cara untuk memastikan tanaman hiasan berbunga sepanjang masa. Tips dan cara ini sangat penting diikuti agar tanaman hiasan anda akan sentiasa berbunga tanpa mengenal musim.

Tips Agar Tanaman Hiasan Sentiasa Berbunga

Menjaga tanaman hiasan ini pastinya bukan perkara yang mudah kerana ia memerlukan kesabaran. Maka bagi anda yang tidak mempunyai karakter sebagai seorang yang penyabar atau cepat bosan dengan sesuatu perkara, disarankan jangan memaksakan diri untuk merawat pokok bunga. Hal ini demikian kerana penjagaan dan perawatan pokok bunga memerlukan waktu berkualiti yang lama dan harus diperhatikan rapi dan dirawat setiap hari.

Berikut adalah beberapa tips dan cara untuk memastikan tanaman hiasan berbunga sepanjang masa:

  1. Pemilihan lokasi

Pemilihan lokasi adalah penting bagi kelangsungan hidup sebuah tanaman, sebab jika lokasi yang kita pilih tidak disinari oleh cahaya matahari secara langsung, maka akan merencatkan kelangsungan hidup tanaman tersebut.

  1. Kondisi tanaman

Periksa daun dan tangkai tanaman dengan kerap kerana pasti sahaja ada tangkai atau daun yang layu. Tangkai dan daun yang layu hendaklah segera dipotong dan jangan dibiarkan begitu kerana jika tidak, ia akan mengganggu pertumbuhan tanaman hiasan tersebut.

  1. Pemberian baja

Pemberian baja ini sangat penting untuk mempercepat tumbuhnya bunga dan menyuburkan pokok. Disarankan dalam pemberian baja baiknya diberi baja organik sahaja, biarkan kondisi tanahnya tetap seimbang, dan biasanya ia akan menghasilkan daun dan tangkai yang sihat.

  1. Penyiraman

Dalam bab menyiram, adalah lebih baik jika jangan terlalu kerap. Lihat dulu kondisi tanahnya, biasanya jika terlalu banyak air apa lagi bagi tanaman yang ditanam di dalam pasu akan melambatkan perkembangan akarnya. Tetapi jika tanaman hiasan  itu ditanam di atas tanah tidaklah mengapa kerana ia menggalakkan penyerapan air bagi kuantiti siraman yang banyak.

  1. Vitamin

Jika tanaman masih enggan untuk berbunga, berikanlah vitamin yang mempunyai kadar nutrien lebih lengkap iaitu yang mengandungi unsur utama seperti mineral tambahan. Vitamin ini boleh didapati di kedai tanaman atau nurseri yang ada di sekitar kawasan anda.

Carian Berkaitan

pokok yg berbunga setiap hari
Loading...

Tags: #bunga #Kaedah Supaya Pokok Hiasan Anda Sentiasa Berbunga Macam Di Nurseri #Supaya Pokok Hiasan berbunga #tanaman hiasan #tips tanaman sentiasa berbunga #tips untuk tanaman hiasan

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan
10 Teknik Penanaman Sayur Di Ruang Sempit. Teknik Berkebun Ini Boleh Anda Cuba!
Selain menjadikan rumah lebih hijau, kegiatan berkebun juga dapat menjadi pelepas stres akibat
Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!
Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan,
Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!
Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh

Comments are closed.