Apakah Penyakit Utama Yang Boleh Menyerang Kucing Anda?


Anda sebenarnya dapat melindungi kucing peliharaan daripada semua penyakit ini. Apa yang paling penting adalah program vaksinasi pada kucing anda. Anda juga harus menitikberatkan pemberian makanan kucing yang berkualiti (premium). Pemberian makanan kibbles yang bewarna harus dielakkan.

Masalah kulit dan parasit pula boleh dihindari dengan cara melakukan pemeriksaan kepada bulu kucing anda serta grooming. Pastikan tempat makan, minum atau tidur berada pada keadaan bersih. Jika ternampak kucing dalam keadaan yang berbeza daripada biasa, segera bawa kucing anda berjumpa doktor. Jangan amalkan sikap menangguh membawa kucing berjumpa doktor kerana virus tidak menangguhkan waktunya walaupun sesaat untuk menghapuskan antibodi kucing anda. Antara penyakit utama yang sering menjangkiti kucing adalah seperti berikut :

  • Jangkitan saluran pernafasan
    Gejala dari jangkitan saluran pernafasan pada kucing adalah hidung dan mata yang berair, demam, mata merah, bersin, dan nafsu makan kucing semakin menurun.
  • Panleukopenia
    Kalau kucing anda terkena penyakit ini, jumlah sel darah putih akan turun mendadak. Dengan ini kucing akan terdedah kepada penyakit. Gejala yang terjadi adalah seperti hilang nafsu makan, cirit-birit dan kerap muntah.
  • Rabies

    Rabies ialah penyakit yang mudah berjangkit, terutamanya dengan gigitan. Gigitan ni akan menggangu sistem saraf secara terus. Penyakit ini sangat-sangat berbahaya. Sekiranya terdapat kucing yang telah dijangkiti, kucing akan demam dan berkelakuan yang tidak menentu. Kalau secara kasar kucing anda nampak seperti gila. Simptom kucing yang telah dijangkiti rabies ini adalah seperti air luir meleleh, menggigit barang sekitar, biji mata membesar, peningkatan nafsu makan secara mendadak dan lebih agresif dari biasa. Pada peringkat akhir akan lumpuh dan gagal bernafas seperti biasa. Kebiasaannya kucing yang dijangkiti penyakit ini berakhir dengan kematian.
  • Feline Immunodeficiency (FIV)
    FIV berjangkit melalui gigitan kucing lain yang telah dijangkiti penyakit ini. Beberapa gejala yang menunjukkan kucing anda menghidapi penyakit ini adalah seperti cirit-birit, hilang nafsu makan dan mengalami masalah pernafasan.
  • Parasit
    Kucing mudah terdedah kepada berbagai macam jenis parasit. Parasit luaran yang sering mengganggu ialah kutu dan tungau. Dua parasit ini mudah didapati pada kulit, celah bulu atau area telinga. Sekiranya ia menjangkiti kucing anda, kucing merasai kegatalan yang teruk pada bahagian yang dijangkiti. Parasit usus pula seperti cacing pita dan parasit coccidia yang hidup dalam sel-sel lapisan usus kucing. Kucing akan cirit-birit, dehidrasi dan mati kalau jika tidak diberi rawatan awal.
  • Feline Infectious Peritonitis (FIP)
    Ini antara penyakit paling serius. Terbahagi kepada dua bentuk, iaitu FIP basah yang melibatkan cairan perut dan FIP kering yang tidak melibatkan cairan perut. Keduanya dapat menimbulkan gejala seperti mudah lesu, demam, cirit-birit, muntah dan kehilangan nafsu makan.
  • Diabetis
    Kucing selalunya akan mengalami Diabetis sekiranya terdapat masalah Endokrin. Gangguan ini selalunya terjadi pada kucing yang gemuk. Gejala yang boleh kita perhatikan adalah pada nafsu makan kucing yang tinggi atau penurunan berat badan walaupun makan dalam kuantiti yang sangat banyak.
  • Penyakit saluran kencing
    Kucing akan sakit semasa kencing. Berlaku pendarahan atau kucing anda akan kerap kencing. Beberapa tanda awal daripada penyakit ini adalah seperti kerap kencing, terdapat darah di dalam kencing dan ketidakmampuan untuk kencing. Kemudian, secara tidak langsung kucing akan mengalami penurunan nafsu makan, muntah, dehidrasi, stress dan boleh menyebabkan kematian. Pemakanan kucing perlu dijaga kerana ia merupakan punca utama penyakit ini. Kibbles yang berwarna biasanya mengandungi pewarna atau kandungan garam yang tinggi dan perasa berlebihan. Oleh itu, elakkan kucing anda menikmati makanan seperti itu.
  • Feline Chlamydia
    Ia adalah sejenis bakteria yang mempengaruhi kesihatan kucing. Penyakit ini dapat terjangkit pada kucing anda pada bahagian mata sehingga menyebabkan conjunctivitis. Ciri-ciri awal penyakit ini adalah kucing akan mengalami batuk, bersin, anoreksia, radang paru-paru, masalah pernafasan, demam dan mata berair.
  • Feline Leukemia Virus
    Virus penyakit ini mempengaruhi sistem kekebalan tubuh kucing. Ia juga dapat menimbulkan berbagai bentuk kanser dan penyakit berkaitan lain. Penyebab utama penyakit ini adalah perkongsian makanan, tempat air, bekas urin, feses dan air liur daripada kucing yang dijangkiti, serta ia juga merebak melalui induk kucing kepada anaknya sewaktu di dalam rahim.
Loading...

Tags: #jangkitan pada kucing #jenis penyakit kucing #kenali penyakit kucing #kesan kucing dijangkiti penyakit #kesan penyakit kucing #kucing sakit #penyakit kucing #penyakit kucing berjangkit #penyakit utama menyerang kucing #sebab kucing sakit

Kenapa Perlu Memberi Ubat Cacing Pada Kucing Anda?
Pemberian ubat cacing secara teratur memainkan peranan penting untuk kesihatan dan tumbesaran kucing
Penjagaan Kucing Rumah Yang Perlu Anda Tahu!
Sebagai seorang pemilik kucing yang bertanggungjawab, anda akan memastikan kucing peliharaan berada dalam
Ketahui Tanda Kucing Akan Melahirkan Anak
Puting susu kucing akan mula membengkak dan bewarna kemerah-merahan selepas 15 hingga 18
Penjagaan Kucing Selepas Melahirkan Anak
Pertama kali apabila kucing anda melahirkan anak, anda tidak perlu berbuat apa-apa cuma

Comments are closed.