Petua Melebatkan Bulu Kening Tanpa Kesan Sampingan!

Petua Melebatkan Bulu Kening Tanpa Kesan Sampingan!

Sering kita lihat beberapa kaedah langsung dilakukan oleh wanita untuk memperlihatkan bulu kening mereka lebat! Antaranya ialah menggunakan alat make-up dan celak. Namun, jika solekan ini digayakan dengan melampau, ia pasti memberikan kesan yang melucukan pada wajah anda!

Bagi wanita yang mengidamkan bulu kening yang lebat secara semulajadi, di sini terdapat beberapa cara ringkas yang terbukti dapat melebatkan bulu kening wanita. Namun, kaedah di bawah memerlukan pengamalan yang konsisten untuk memperolehi kesan yang lebih baik! Jom kita semak petua ringkas ini;

  • Melumurkan minyak kelapa asli

Minyak Kelapa

Minyak kelapa dapat membantu mempercepatkan proses pertumbuhan rambut, malah ia juga dapat menggalakan pertumbuhan bulu kening. Minyak kelapa mengandung protein dan nutrisi seperti vitamin E dan zat besi yang membantu melebatkan bulu kening sekaligus menghitamkannya. Caranya dengan melumurkan minyak kelapa asli ke bahagian kening sebelum tidur pada setiap malam. Kesannya akan diperolehi seawal 3 minggu.

  • Teknik urutan lembut pada kening

Urutkan bahagian kening anda dengan lembut selama 5 minit sehari sebelum tidur. Teknik ini amat berkesan untuk meningkatkan pertumbuhan bulu kening. Gunakan minyak zaitun untuk melancarkan lagi proses urutan tersebut.

  • Pengambilan makanan tambahan Vitamin B & D

Makan makanan yang kaya dengan vitamin B & D untuk meningkatkan pertumbuhan rambut. Vitamin ini juga sangat berkesan untuk menyuburkan dan menguatkan bulu kening dan mata.

  • Melumurkan kuning telur

Kuning Telur

Kuning telur mempunyai kandungan protein yang tinggi. Dengan melumurkan bahagian kening dengan kuning telur, ia dapat melebatkan bulu kening anda. Amalkan secara rutin 1-2 kali seminggu. Anda boleh menggunakan kapas untuk melumurkannya. Biarkan selama 15-20 minit, kemudian bilasnya dengan air.

  • Melumurkan daun aloe vera

Daun Aloe Vera

Aloe vera mengandungi enzim yang mampu menutrisi folikel rambut dan menjadikan bulu kening anda tumbuh lebih cepat dan tebal. Selain itu, ia juga dapat melembutkan kulit serta menjaga kelembapan kulit sepanjang hari. Ambil daun aloe vera, keluarkan gelnya dan lumurkan ke bahagian kening. Biarkan selama 30 minit, kemudian bilasnya dengan air.

  • Melumurkan susu

Susu Laban

Tanpa disangka, susu juga dapat melebatkan bulu kening anda. Kandungan protein pada susu dapat menutrisi hingga ke akar sekaligus meningkatkan pertumbuhan bulu kening. Caranya ialah dengan mengambil beberapa titis susu, dan lumurkan pada bulu kening. Biarkan seketika sehingga kering. Kemudian, bilasnya dengan air.

Loading...

Tags: #bulu kening #bulu kening lebat tanpa make up #cara melebatkan bulu kening #cara memanjangkan bulu kening secara alami terbukti cepat #cara menghitamkan kening #cepatkan pertumbuhan bulu kening #kening lebat semulajadi #kening lelaki #kening tebal #Melebatkan Bulu Kening Tanpa Kesan Sampingan #melebatkan kening #Petua Melebatkan Bulu Kening Tanpa Kesan Sampingan #tips melebatkan bulu kening #Tips Melebatkan Bulu Kening Dengan Cara Mudah

Teknik Urutan Jari Yang Mudah Dan Melegakan. Anda Boleh Cuba!
Percaya atau tidak, tubuh manusia penuh dengan keajaiban. Rawatan-rawatan alternatif yang telah diamalkan
Rahsia Menulis Dengan Cepat. Ini Teknik Wartawan Biasa Guna!
Jika kerja harian anda memerlukan anda untuk menulis, mencatat nota, mengambil pesanan makanan,
Tips Mengasah Tulisan Tangan Supaya Cantik Dan Kemas!
Jika anda masih berasakan tulisan tangan anda tidak menarik, bahkan sukar dibaca oleh
Tips Mudah Hilangkan Cat Pada Pakaian. Pakaian Anda Kembali Bersih!
Kalau sedang mengecat dinding di rumah, pasti kita lebih memilih menggunakan pakaian buruk

Comments are closed.