Teknik Tanam Kelapa Di Ladang

Tanam Kelapa

Penanaman kelapa di ladang

Saiz lubang tanaman hendaklah berukuran 0.6m x 0.6m x 0.6m  Seterusnya 200 gm baja fostat dimasukkan ke dalam lubang dan gaulkan bersama-sama tanah atas.  Selepas dua minggu, anak-anak pokok kelapa ditanam ke dalam lubang tersebut.  Anak-anak kelapa ini hendaklah terlebih dahulu disiram sebelum ditanam.  Aktiviti menanam perlu dirancang supaya dapat bermula pada awal musim hujan.  Menanam anak kelapa dijalankan dengan meletak anak pokok ke dalam lubang tanaman dan ditegakkan.  Tanah dimasukkan ke dalam lubang dan dipadatkan dengan memijak-mijak di sekeliling pangkal anak kelapa.  Elakkan daripada memijak akar pokok.

Jarak sesuai tanaman mengikut sistem tiga segi sama ;

Jenis Kelapa Jarak Tanaman Bilangan Pokok/Ha
Kelapa Tinggi
Kelapa MAWA
Kelapa Rendah
Kelapa Wangi
9 m x 9 m
8 m x 8 m
6 m x 6 m6 m x 6 m
124
156
278
278

Tahap kematangan buah kelapa

Bagi semua jenis kelapa, buah matang dalam masa 14 bulan selepas seludang pecah.  Buah yang matang boleh dikenali dengan perubahan warna kulit daripada warna hijau kepada warna keperangan dan terdengar bunyi kocakan air apabila buah digoncang.  Di ladang-ladang, kutipan hasil dibuat 45 hari sekali iaitu 8 kali setahun, kerana jika kutipan dibuat 60 hari sekali didapati banyak buah yang telah gugur.

Kelapa jenis rendah mula berbuah 4 tahun dan kelapa jenis tinggi 6 tahun selepas menanam dan jika dijaga dengan sempurna akan berbuah sehingga berumur 60 tahun atau lebih.  Kelapa jenis MAWA pula mulai berbuah selepas 3 1/2 tahun.

222245

Carian Berkaitan

cara tanam kelapa, cara tanam kelapa sgg
Loading...

Tags: #belajar teknik tanam kelapa bergambar #cara tanam kelapa #jenis pokok kelapa #tanam kelapa di ladang #teknik tanam kelapa ringkas #teknik tanaman kelapa

Panduan Mudah Menanam Bayam Dalam Pasu
Bayam atau dalam bahasa Inggerisnya dikenali sebagai ‘Spinach’ adalah spesies Amaranthus gangeticus yang
Tips Menanam Sayur Di Ruangan Sempit
Berkebun dengan menggunakan bekas seperti botol plastik, polibeg atau pasu boleh menjadi satu perkara yang menyeronokkan. Hal ini amat sesuai
10 Syarikat Penerbangan Tambang Termurah Di Dunia. Jangan Terkejut Kalau Baca!
Tambang murah tidak selalu bererti kualiti yang rendah. Jika anda ingin terbang dari
Ini Ciri-Ciri Perempuan Yang Dibenci Lelaki
Kaum lelaki memang sempoi dan adakalanya agak selekeh, tetapi percayakah anda bahawa mereka

Leave a reply "Teknik Tanam Kelapa Di Ladang"