Atasi Masalah Kaki Berbau Dengan Petua Ringkas Ini!

Hindar Masalah Kaki Berbau Dengan Petua Ringkas Ini!

Pada umumnya, beberapa perkara yang menyebabkan kaki berbau adalah gaya hidup yang tidak bersih. Sebagai contoh, selepas anda memakai alas kaki dan kasut sepanjang hari, anda tidak membasuh kaki anda dengan sabun antibakteria sehingga peluh masih melekat pada seluruh kawasan tertutup dan ditambah dengan bakteria, dari sini secara tidak sengaja ia menjadi sumber kepada masalah bau kaki.

Petua Atasi Masalah Kaki Berbau

Untuk kali ini penulis berkongsi beberapa cara yang berkesan untuk menghilangkan bau kaki;

1..Gunakan Deodoran dan Antiperspirant

Antiperspirant boleh digunakan pada tapak kaki untuk mengurangkan peluh kerana pori-pori akan menyempitkan dan juga saluran yang membawa kepada kelenjar peluh akan disekat oleh krim ini. Deodoran pula biasanya digunakan di ketiak, fungsinya adalah untuk mengurangkan pengeluaran minyak yang berlebihan di ketiak. Dan ternyata, untuk masalah bau kaki deodoran juga memberikan fungsi yang sama.

2. Merendam kaki dengan garam Magnesium Sulfat

Garam ini dapat meneutralkan bau dan juga mampu untuk meringankan beban kaki anda yang sakit. Apa yang anda perlu adalah sebekas air suam dengan kuantiti 8 gelas air suam dan juga secawan Magnesium Sulfat. Rendam kaki anda selama 30 minit sebanyak 1-2 kali sehari. Selepas itu pastikan kaki anda di lap dengan tuala supaya ia betul-betul kering. Anda juga boleh memasukkan hirisan lemon dan juga bunga-bungaan di dalamnya bagi menambahkan bau yang harum.

3. Merendamkan kaki di dalam air yang larutan baking soda

Baking soda bukan sahaja berfungsi untuk mengurangkan tahap peluh yang keluar, malah ia dapat meminimumkan jumlah bakteria yang menyebabkan bau pada kaki. Dengan hanya membasuh kaki anda dengan air baking soda,  ia berkesan untuk mengurangkan bau yang keluar. Pada dasarnya, baking soda boleh digunakan untuk menyerap bau.

4. Menggunakan sabun jenis anti bakteria dan nyah kuman

Terdapat pelbagai jenama sabun anti bakteria yang terdapat di pasaran kini. Anda boleh menggunakannya untuk membasmi bakteria yang terdapat pada kaki anda. Anda hanya perlu menyental kaki anda dengan sabun anti bakteria sekerap yang mungkin. Ini untuk memastikan supaya kaki anda bebas dari bau yang tidak menyenangkan. Lap sehingga kering selepas membasuh kaki. Jangan lupa mengosok bahagian celah jari kaki serta kuku anda supaya ia menyeluruh.

5. Merendam kaki dengan pembersih mulut (mouthwash)

Caranya ialah merendam kaki di dalam air yang telah dicampur dengan pembersih mulut sekali sehari. Cecair ini berfungsi bersama untuk menghilangkan bakteria dan kuman penyebab bau. Anda juga boleh mencuba dengan cara menggunakan kapas yang direndam dengan cecair ini dan mengosokannya ke bahagian celah jari dan kuku kaki anda. Lakukannya setiap hari.

6. Penggunaan alas kaki dan kasut yang sesuai

Elakkan memakai alas kaki jenis nylon kerana ia mampu untuk memerangkap kelembapan pada kaki anda. Sebaiknya guna sarung kaki jenis cotton kerana kaki anda dapat bernafas melaluinya. Jika kaki anda cepat berpeluh dan lembab, pastikan anda membawa lebih sarung kaki supaya anda dapat menukarnya jika kaki mula berpeluh. Pilih kasut yang mempunyai fabrik yang mempunyai pengaliran udara. Ini untuk memastikan kaki anda mempunyai udara untuk memastikan ia dapat bernafas sekaligus mengurangkan peluh dan bau. Antara fabrik yang sesuai untuk kasut adalah seperti cotton atau kulit. Anda juga dinasihatkan supaya tidak memakai kasut yang terlalu ketat.

7. Rendaman ke dalam jus lemon

Ambil lemon, potong dan perahkan jus lemon ke dalam air suam. Kacau sebentar, kemudian rendam kaki selama 15 – 25 minit. Buat tips penjagaan kaki ini 2 – 3 kali sehari, faedah yang akan anda rasai dalam masa terdekat.

8. Penyembur antiseptik

Jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk mencuba beberapa kaedah di atas. Anda hanya perlu dapatkan penyembur disinfectant. Hanya perlu sembur ke dalam bahagian kasut anda.

9. Rendaman air teh

Air daripada uncang teh dapat menyelesaikan masalah bau kaki. Rawatan ini berkesan untuk mengurangkan bau yang keluar dalam masa yang singkat, tetapi keberkesanannya bergantung kepada jenis kulit tertentu.

10. Amalan memotong kuku dan menjaga kebersihan kuku

Amalan memotong kuku pada setiap seminggu sekali mesti anda amalkan kerana kuku yang panjang mendorong kepada pembiakan bakteria yang boleh menyebabkan bau kaki.

Apakah pencegahan UTAMA kepada masalah kaki berbau?

  • Mencuci semua kasut dan alas kaki yang digunakan secara rutin.
  • Jangan memakai kasut atau alas kaki yang masih basah, lembab.
  • Senantiasa membasuh kaki anda sebelum dan selepas memakai kasut.
Loading...

Tags: #cara hilangkan bau kaki #cara menghilangkan bau kaki dengan garam #cegah kaki berbau #kaki #kaki bau busuk #kaki berbau #kaki berpeluh #kaki busuk #kaki busuk pakai kasut #Masalah Kaki Berbau #penyebab kaki berbau #Petua Hilangkan Bau Kaki #petua kaki berbau #punca kaki berbau #smelly feet

Tips Berucap Untuk Majlis : Teknik Ini Membantu Anda Berucap Dengan Baik!
Memberi ucapan yang baik boleh menjadi pengalaman yang bermakna buat anda. Ucapan yang
Cara Hindarkan Panggilan Scammer
Panggilan daripada penipu atau scammer boleh menjadi sangat memudaratkan dan mengancam keselamatan peribadi
Kaedah Menghafal Dengan Baik
Menghafal memerlukan pendekatan yang baik yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran individu. Berikut adalah
Tips Pupuk Kasih Sayang Isteri Dalam Hubungan Perkahwinan
Memupuk kasih sayang dalam hubungan perkahwinan adalah aspek penting untuk mengekalkan keharmonian dan

Comments are closed.